Hukum
lelaki menggunakan inai
Hadith
Riwayat Abu Daud
Hadith
Riwayat Muslim
Al-Majmu
Ibn Hazm
Daripada
Abu Hurairah ra,
أَنَّ النًبِيَّ صلى الله عليه
وسلم أُتِيَ بِمُخَنَّثٍ قَدْ خَضَّبَ يَدَيْهِ وَرِِجْلَيْهِ بِالْحِنَّاءِ، فَقَالَ
أَنَّ النًبِيَّ صلى الله عليه وسلم : مَا بَالُ هَذَا ؟ فَقِيْلَ: يَا رَسُوْلُالله،
يَتَشَبَّهُ بِالنِّسَاءِ، فَأَمَرَ بِهِ فَنُفِيَ إِلَى النَّقِيْعِ٠
Ertinya:”
Bahawasanya Nabi saw telah didatangi oleh seorang pondan yang mengecat
kedua-dua belah tangan dan kakinya dengai inai, maka Nabi saw bertanya,’kenapa
halnya ini? Dikatakan kepada Nabi saw.’Wahai Rasulullah saw dia menyamai
perempuan.’Lalu Nabi saw mengarahkan supaya dihalau ke paya(tempat yang
mempunyai banyak air).HR Abu Daud
Hadits
ini menunjukkan bahawa amalan mewarna merupakan perhiasan wanita. Ini bermakna bagi
lelaki yang menggunakannya menunjukkan persamaan dengan wanita, dan Nabi saw
melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan juga sebaliknya.
Daripada
Anas ra,
نَهَى رَسُوْلُ
الله صلى الله عليه وسلم أَنَّ يَتَزَعْفَرَالرَّجُلُ٠
Ertinya:”Nabi saw melarang lelaki memakai(atau melumur) za’faran.
HR Muslim
Za’faran: sejenis tumbuhan berwarna kuning kemerahan dan digunakan
sebagai ubat-ubatan dan dalam masakan.
Nabi saw melarang memakai za’faran (warna kuning kemerahan), begitu
juga hukum yang sama diambil bagi mewarnai kedua-dua tangan dengai inai bagi
lelaki.
Kebanyakan fuqaha dari kalangan mazhab Hanafi, Maliki dan satu
riwayat daripada Syafi’i, Hambali dan Zhahiri berpendapat bahawa makruh
mewarnai kedua-dua belah tangan dan kaki bagi lelaki.
Kesimpulan:
Amalan mengunakan inai untuk berubat adalah harus bagi lelaki dan
wanita. Adapun untuk perhiasan adalah harus bagi wanita berdasarkan pendapat
yang rajih dan makruh bagi lelaki berdasarkan kesepakatan fuqaha
No comments:
Post a Comment