Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi
Kita harus menyedari beberapa masalah yang berkaitan
dengan Masjidil Haram dalam musim haji. Masjid penuh sesak dengan para Jemaah
haji. Ramai orang yang ingin memasuki masjid, sementara dari arah lain ramai
juga yang mahu meninggalkanya. Maka terjadilah tolak-menolak dan perlanggaran
antara yang mahu masuk dan yang mahu keluar. Sebahagian daripada mereka tidak
mahu meninggalkan tempat untuk menunaikan solat di dalam masjid. Mereka
beranggapan, solat di dalam masjid mendapat pahala berlipat ganda, sedang di
luar tidak demikian.
Sebenarnya dalam keadaan masjid yang safnya bersambung
dengan yang solat di luar masjid dari yang dalam, mulai dari pintu masjid dari
tangga hingga ke jalanraya dan kelapangan yang bersebelahan dengan itu(sehingga
tidak ada lagi yang boleh digunakan untuk lalu lalang), maka solatnya sama saja
dengan solat di dalam masjid meskipun saf orang yang solat sampai ke
Sha’na(Yaman) dengan syarat saf tersebut
tidak terputus. Perlu disedarai oleh semua Jemaah, dalam keadaan majid sudah
tidak dapat menampung orang-orang yang solat didalamnya, maka solat diluar
pahalanya sama dengan pahala solat di dalam asalkan saf anda dengan saf mereka
bersambung. Kalau terputus, maka terputus pulalah pahala masjid itu kerana
direbut jalan raya.
Perlu diperhatikan bersama
adanya gejala “pesan tempat” atau “monopoli tempat” di Masjidil Haram oleh
segelintir penduduk Makkah atau lainnya di saf-saf pertama. Ini tidak
dibenarkan! Mereka tidak mempunyai hak berbuat demikian di Baitullah kerana saf
pertama diperuntukkan bagi orang yang masuk terdahulu, atau berada di
belakangnya. Kalau saf pertama penuh, maka saf kedua segera diisi, demikian
seterusnya sehingga setiap orang yang datang terlebih dahulu mendapat tempat
pada saf paling depan.
Rasulullah SAW melarang
orang menyita tempat-tempat tertentu dalam masjid kerana hal iu merupakan suatu
usaha hendak menggalakkan perbezaan di tempat suci yang berketuhanan, dimana
semua orang sama di hadapan-Nya. Tidak ada tempat yang boleh disita di masjid,
melainkan tempat imam. Bahkan jalan kesana pun harus disediakan sehingga ketika
dia hendak mengimamkan para Jemaah, dia tidak melangkah bahu Jemaah atau
mengganggu para Jemaah yang lain.
Suatu hal yang perlu diperhatikan pula ialah meluruskan
saf di Kaabah. Barisan pertama yang paling dekat dengan Kaabah harus merapatkan
dan meluruskan safnya. Kalau semua pihak bertimbang rasa terhadap sesama
saudaranya, maka solat itu akan berjalan rapi dan tertib, baik yang dibawah
mahupun yang diatas, yang di dalam mahupun yang diluar. Kita juga harus
mengatur sejadah agar membatasi jumlah orang yang solat juga. Sejadah dibentang
di sekitar Kaabah, melainkan di beberapa ruang dan jalan-jalan yang tidak ada
sejadahnya.
Ada sesuatu yang
namanya lazim tapi tidak dilazimkan dalam haji.Apa itu? Perhatikan firman Allah
Ta’ala, seperti firman-Nya dalam surah al-Baqarah 125:
وَإِذْ جَعَلْنَا
الْبَيْتَ مَثَابَةً لِّلنَّاسِ وَأَمْناً وَاتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ
إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَن طَهِّرَا
بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ
Dan
(ingatlah) ketika Kami jadikan Rumah Suci (Baitullah) itu tempat tumpuan bagi
umat manusia (untuk Ibadat Haji) dan tempat yang aman; dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang. Dan
Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail (dengan berfirman):
"Bersihkanlah Rumahku (Kaabah dan Masjid Al-Haraam dari segala perkara
yang dilarang) untuk orang-orang yang bertawaf, dan orang-orang yang beriktikaf
(yang tetap tinggal padanya), dan orang-orang yang rukuk dan sujud".
Kalau
kita mengamati firman-Nya di atas, pada lahirnya seolah-olah merupakan suatu
perintah, padahal faktanya tidak sedemikian, maksudnya hanya keizinan
sahaja. Ayat itu tidak bererrti hanya
Maqam Ibrahim saja menjadi tempat solat di Kaabah.Pada mulanya Makam Ibrahim
terletak diantara Kaabah dan di antara orang-orang yang sedang solat.Mereka
merasa keberatan solat dibelakang makam Ibrahim kerana mengelilingi mereka dari
Kaabah. Lalu mereka tidak mahu solat dibelakangnya kerana terhalang oleh Makam
Ibrahim dari Kaabah.
Allah Ta’ala
menghilangkan keberatan mereka dengan firman-Nya:
وَاتَّخِذُواْ مِن مَّقَامِ إِبْرَاهِيمَ مُصَلًّى
…. dan jadikanlah oleh Kamu Makam Ibrahim itu tempat sembahyang.
Ertinya,
anda tidak perlu keberatan solat di tempat itu, meskipun makam itu melindungi
anda daripada Kaabah.
Pada akhir tawaf, jemaah akan
melakukan solat dua akaat. Kerana orang yang bertawaf di situ banyak sekali, sudah
tentu tempat itu penuh sesak terutama pada musim haji. Untuk mengurangkan
kepadatan yang luar biasa itu, pada tahun 50an pengurus Masjidil Haram berusaha
hendak memindahkan makam Ibrahim ke tempat yang lain, yang jauh dari sana. Pada
waktu itu Makam Ibrahim terletak di tengah-tengah sebuah bangunan yang bertiang
dan beratap yang banyak memakan tempat dan menganggu orang yang bertawaf pada
saat-saat kesibukan.Bangunan yang baru sudah di persiapkan. Perasmian
pemindahan batu itu ketempatnya yang baru akan dilakukan oleh Raja su-ud. Namun
dua hari sebelum pemindahan dilakukan, keputusan dari yang berhak tidak
mengesahkan pemindahan Makam tersebut.dari tempatnya.Para Ulama tidak
membenarkan pemindahan makam Ibrahim tersebut.Perintah pemindahan di lucutkan
dan tempat yang disiapkan untuk pemindahan Makam itu dihancurkan. Lalu bangunan
lama digantikan dengan bangunan baru yang seukuran Makam dan bercermin, yang
tidak memakan banyak tempat dan keihatan dari luar, seperti yang ada sekarang.
Makam Ibrahim merupakan salah satu dari ayat Allah yang harus sentiasa dilihat
dan dikenang oleh para Jemaah yang berhaji dan berumrah ke Baitullah al-Haram.
Sekali lagi perlu ketahui, tidak ada
perbezaan pahala orang yang tawaf di sekitar Kaabah atau yang Sa’i antara safa
dan Marwah, baik ditingkat pertama, kedua mahupun ketiga kerana udara di Masjidil
Haram hingga ke langit ketujuh, ke Baitul Ma’mur adalah masjid juga.
Kiranya,
penting juga kita ketahui tentang zam-zam. Zam-zam merupakan hal yang penting dalam
akidah dengan mengambil kira pendapat yang mengatakan bahawa ia mempunyai
khasiat penyembuhan penyakit dan minuman yang sihat bagi tubuh. Yang jelas
zam-zam merupakan lambang kemutlakan kekuasaan Allah yang tidak sepenuhnya
bergantung pada sebab-musabab. Pada waktu jamaah meminumnya mereka teringat
akan rahmat Allah Ta’ala yang telah bermurah hati, membukan pintu yang
terrtutup rapat ketika ikhtiar manusia sudah menemui jalan buntu.
No comments:
Post a Comment