Perhatikan firman Allah
Ta’ala berkenaan ‘Arafah dalam surah al-Baqarah 198:
لَيْسَ
عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَبْتَغُوا فَضْلًا مِّن رَّبِّكُمْ ۚ فَإِذَا أَفَضْتُم
مِّنْ عَرَفَاتٍ فَاذْكُرُوا اللَّهَ عِندَ الْمَشْعَرِ الْحَرَامِ ۖ وَاذْكُرُوهُ
كَمَا هَدَاكُمْ وَإِن كُنتُم مِّن قَبْلِهِ لَمِنَ الضَّالِّينَ
Tidaklah menjadi salah,
kamu mencari limpah kurnia dari Tuhan kamu (dengan meneruskan perniagaan ketika
mengerjakan Haji). Kemudian apabila kamu (tumpah
keluar أَفَضْ )bertolak turun dari padang Arafah(عَرَفَاتٍ ) (menuju ke Muzdalifah)
maka sebutlah nama Allah (dengan doa,"talbiah" dan tasbih) di tempat
Masy'ar Al-Haraam (di Muzdalifah), dan ingatlah kepada Allah dengan menyebutnya
sebagaimana Ia telah memberikan petunjuk hidayah kepadamu; dan sesungguhnya
kamu sebelum itu adalah dari golongan orang-orang yang salah jalan ibadatnya.
Perkataan Arafah kini
sudah menjadi nama tempat. Namun asal usul penamaannya lebih daripada hanya
sebuah kisah.Ada yang mengatakan bahawa
ketika Adam dan Hawa as. diturunkan dari syurga.Kedua-duanya telah terpisah.Ini
berdasarkan firman-Nya dalam surah Thaha 123:
قَالَ
اهْبِطَا مِنْهَا جَمِيعًا ۖ بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ ۖ فَإِمَّا
يَأْتِيَنَّكُم مِّنِّي هُدًى فَمَنِ اتَّبَعَ هُدَايَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا
يَشْقَىٰ
Allah Ta’ala
berfirman:Turunlah kamu berdua daripada syurga bersama-sama, sebahagian kamu
menjadi musuh bagi sebahagian yang lain.Maka jika datang kepadamu petunjuk
daripada-Ku, ia tidak akan sesat dan tidak akan celaka.
Adam dan Hawa
diturunkan berpisah tempat .Masing-masing mencari teman hidupnya sehingga
mereka berjumpa kembali di suatu tempat bernama Arafah atau Arafat.
Kisah mengenai Adam dan Hawa berjumpa mereka di Arafat
memerlukan penjelasan.Kita bayangkan keadaan Adam dan Hawa as. yang asalnya
hidup berkasih-kasihan di syurga.Semua keperluan mereka tersedia secukupnya
daripada Allah Ta’ala.Tapi kini di dunia mereka harus menerima hidup
terpisah.Masing-masing mencari keperluannya sendiri untuk mempertahankan
kehidupannya.Mereka melihat ke depan, kebelakang, ke kanan dan ke kiri.Namun
tidak ditemui seorang manusia pun yang tentu membuatkan mereka berasa senang sekali.Apalagi kalau
berjumpa dengan teman hidupnyasendiri yang selama ini selalu hidup bersama
dengan penuh kebahagiaan di syurga. Merka berpusing ke sana ke mari mencari
teman hidupnya dengan penuh rasa rindu mengenagkan masa-masa lalu yang
indah.Akhirnya mereka berdua berjumpa di Padang Arafah, dan sejak itulah
kedua-duanya tidak pernah berpisah lagi, kecuali maut
Ada kisah lain yang
mengatakan bahawa para malaikat
mengingatkan Adam dan Hawa as. setelah kedua-duanya diturunkan ke bumi, iaitu
di Arafah.Ini bertujuan agar mereka mengakui dosa-dosanya dan memohon keampunan
daripada Allah.
Adam dan Hawa mematuhi nasihat malaikat seperti yang
dipaparkan al-Qur’anul Karim tentang doa, pengakuan dosa dan permohonan ampun
mereka dalam surah al-A’raf 23
قَالَا
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنفُسَنَا وَإِن لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا
لَنَكُونَنَّ مِنَ الْخَاسِرِينَ
Kedua-duanya berkata:
“Ya Robb kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri, dan jika Engkau tidak
mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya kami termasuk
orang-orang yang rugi.Kemudian dikatakan bahawa Adam dan Hawa telah mengetahui(‘Arafa) dosanya. Mereka juga mengetahui (‘Arafa) caranya bertaubat.
Marilah pula kita semak
kisah Ibrahim as. bagaimana Allah memberitahukan kepadanya (‘Arrafahu) tentang
tempat bernama Arafah itu.
Pada suatu petang ketika sedang tidur, Ibrahim melihat
dalam mimpinya dia sedang menyembelih puteranya ,Ismail.Sungguhnya ini
merupakan masalah yang amat besar, yang sukar dibayangkan oleh jiwa seorang
bapa terhadap anaknya.Apalagi Ismail adalah anaknya yang tunggal. Perkara ini
tentunya amat sukar dan berat sekiranya dia harus menyembelih anaknya yang
satu-satunya itu dengan kedua-dua tangannya sendiri. Kerana itulah setelah
bermimpi, Ibrahim duduk mendalami fikiranya dengan cermat. Sebab itu hari Arafah juga dinamakan dengan hari tarwiyah(renungan).
Setelah dia yakin bahawa mimpinya benar dan dia harus menyembelih puteranya
maka dia menamakan tempat mengetahui hakikat mimpinya itu dengan nama Arafah.
Ada pula kisah yang mengatakan bahawa Ibrahim as.
diberitahu Jibril cara menunaikan kewajipan haji di tempat ini. Jibril
bertanya, “Arafta, (tahukah anda)?” Ibrahim menjawaab, “ ‘Araftu’ (Aku
mengetahuinya). “Dengan demikian boleh
jadi ini bererti bahawa di tempat itu manusia mengenali Robbnya, dan
manusia datang ke tempat itu untuk mengakui dosanya serta untuk memohon
keampunan Robbnya dengan penuh rasa rendah diri.
Dengan itu asal usul
penamaan tempat itu sebagai Arafah dan kegiatan ibadah pada hari itu dengan
hari Arafah atau Tarwiyah, tidak diragukan bahkan hari itu merupakan hari
mulia, yang dibanggakan Allah Ta’ala kepada para hamba-Nya.Ini dijelaskan Allah
dalam firmannya yang bermaksud:
“Lihatlah
hamba-hamba-Ku itu.Mereka telah meninggalkan semua yang dimilikinya dan
mendatangi-Ku dengan kusut dan berdebu, memohon keampunan dan rahmat-Ku. Aku
bersaksi dengan kalian bahawa Aku telah mengampuni mereka…”
Di Arafah kita melihat persamaan yang merata dan
kewujudan yang utuh bagi para Jemaah haji yang datang ke Baitullah al-Haram.Tidak
seorang pun yang tertinggal. Pada waktu yang sama mereka mengakhiri wuqufnya
bersamaan dengan terbenamnya matahari di hari Arafah.Tempat ini merupakan
satu-satunya tempat manusia berkumpul dalam keadaan dan waktu seperti itu.
Kita memasuki Makkah denagan rombongan dan pada waktu
yang berbeza, sesuai dengan kesepakatan rombongan masing-masing.Ada yang masuk
dua minggu sebelum haji dan ada pula rombongan yang datang satu hari sebelum
haji.Waktu pulang pun tiap-tiap rombongan
menetapkan waktunya sendiri, sesuai dengan kesepakatan rombongan. Yang tinggal
di Makkah pun berbeza-beza juga sesuai dengan kemampuannya. Ada yang tinggal di
hotel mewah, dan ada pula yang tinggal di rumah kecil murah.Bahkan ada juga
yang tidur beralaskan pasir, sesuai dengan keadaan dan kemampuan masing-masing.
Namun di Arafah, keadaan tidak sedemikian.Semua jenis
bangsa warna kulit dan bahasa, berbagai pangkat dan jawatan harus
memperlihatkan kebersamaan yang utuh.Semua berkumpul dalam sebuah padang dan
pada waktu yang sama.Pakaian pun sama dan seragam, tidak ada bezanya antara
yang kaya dan yang miskin, yang pangkatnya tinggi dan yang rendah, yang
bangsawaan dan fakir.Tidak ada rasa sombong dan angkuh. Semua merendahkan diri
mengharapkan keampunan daripada Pencipta Yang Maha Agung, Allah
Subhanahuwata’ala.
Pada hari ini,ketika semua orang menyingkirkan semua rasa
sombong dan angkuhnya, sifat jahat dan dengkinya.Allah Ta’ala segera
melimpahkan maghfirah dan rahmat-Nya. Kerana sememangnya, yang memisahkan kita
daripada maghfirah dan rahmat Allah adalah kesombongan dan kezaliman kita. Pada
hari ini kita menyedari bahawa apa yang kita bangga-banggakan selama ini bukan
daripada kita tetapi semua kepunyaaan Allah. Maka tergeraklah hati semua orang
untuk mengabdikan diri kepada Zat yang mencipta dan memiliki semua.Pada hari
yang sama Pencipta berfirman yang bermaksud;
“Meraka
para Jemaah itu layak mendapatkan maghfirah dan rahmat-Ku”.
Sesungguhnya
sikap keras kepala, sombong, ingin menonjolkan diri dan kelebihan peribadi
terhadap saudara sesama kita menjadi penyebab yang menyingkirkan maghfirah dan
rahmat Allah.
Sebagai contoh, kami
bawakan suatu peristiwa di zaman Rasulullah SAW.
Pada suatu hari
Rasulullah SAW. keluar hendak memberitahu kepada para sahabatnya tentang
datangnya Lailatul Qadar.Dalam perjalanannya, Rasulullah SAW. menemui dua orang
sahabatnya memperdebatkan sesuatu masaalah sehingga Rasulullah SAW.lupa
menyampaikan maksudnya itu.Gara-gara peristiwa itu sahabat itu telah rugi
kerana Lailatul Qadar berlalu tanpa pengetahuan mereka. Jadi, pertengkaran dan
permusuhan mencegah limpahan kebaikan dalam masyarakat. Sedangkan kerukunan
serta persatuan yang merindukan limpahan kurnia Allah Ta’ala yang dilakukan
dengan keikhlasan dan ketulusan hati akan mampu mengundang rahmat dan menerima
limpahan kurnia Robbnya.
Pada hari Arafah
banyakkan doa, makbulkan.Setiap orang mengangkat wajahnya kelangit dan
mengangkat kedua-dua tangannya ke atas dengan penuh khusyuk dan ikhlas. Mereka
tidak peduli dengan udara hari itu yang sedang membakar dengan teriknya, atau
sedang membeku dinginnya. Semua berdiri khusyuk. Semua pasrah menyerah dan
merendah diri kepada Allah Rabbul ‘Alamin.
Di Padang Arafah Allah Ta’ala menurunkan rahmat-Nya
kepada Jemaah Arafah.Allah Ta’aala juga melimpahkan maghfirah-NYa kepada mereka
yang ikhlas den sesuai dengan bimbingan rasul-NYa, memohon keampunan. Kalau
anda sudah bertekad wuquf di Arafah untuk itu semua dan selama Allah sudah
berkenan melimpahkan berbagai maghfirah dan rahmat-Nya, maka selayaknyalah
sepulangannya anda dari Arafah, anda tidak berkata-kata dan berbuat sesuatu
yang boleh mendatangkan murka Allah Ta’ala.
Manfaatkanlah
kesempatan menunaikan ibadah haji kerana ia juga untuk membersihkan diri
daripada dosa-dosa. Janganlah anda
tergelincir oleh bisikan syaitan sedikit pun. Rahmat-Nya sudah memenangkan anda
atas tipu daya syaitan. Meskipun adakalanya ia berhasil menggelincirkan anda
iaitu saat anda lemah.
Sedarlah selalu bahawa
syaitan tidak akan membiarkan anda
sekejappun. Setiap kali iman anda meningkat, maka setiap itu pula
kegiatan syaitan menggoda dan menjerumuskan semakin meningkat. Mereka terus
berusaha supaya anda terpedaya dan melakukan maksiat terhadap Allah.
Anak cucu iblis terdiri daripada syaitan-syaitan daripada
bangsa jin dan manusia. Mereka menggelincirkan orang dengan berbagai dosa yang
lebih rendah daripada keimanan. Mereka menghasut manusia agar melakukan
dosa-dosa lain dengan janji kenikmatan dan kejayaan yang hampa, misalnya dalam
perbutan zina, rasuah, minum minuman keras,judi,makan riba , dan sebagainya.
Itulah tugas tetap anak cucu iblis setiap hari. Sedangkan iblis sendiri
menggerogoti keimanan kaum mukmin pada puncak aqidahnya kepada Allah Ta’ala. Ia
berusaha menimbulkan keraguan anda pada kewujudan Allah, pada wahdaniyah dan
kemahakuasaan-Nya, kepada kebenaraan Al-Qur’an Karim, dan pada kebenaran
risalah yang dibawa Muhammad SAW. Ia sentiasa menimbulkan was-was dan ragu-ragu
dalam hati dan fikiran manusia, sehingga manusia merasa ragu-ragu menyandang
imannya dan rela tidak beriman, bahkan tidak keberatan menjadi kafir. Naudzu
billah min dzalik
No comments:
Post a Comment