1-Sumber Rujukan utama: Fiqh Manhaji(Kitab Fikah Mazhab Syafie)
2-Sumber Rujukan untuk nota keterangan:Kitab Fiqih Islami Wa Adillatuhu(Fiqih Empat Mazhab)
Pengertian
Zakat fitrah ialah harta pada kadar tertentu yang wajib dikeluarkan ketika terbenam matahari pada hari terakhir Ramadhan, dengan syarat-syarat tertentu keatas mukallaf dan orang yang dibawah tanggungannya.
Pensyariatannya
Mashyur dalam Al-sunnah difardhukan pada tahun kedua hijrah, iaitu pada tahun yang difardhukan puasa bulan Ramadhan.
Dalil wajib zakat ialah hadis riwayat Bukhari(1433) dan Muslim(984).Lafaz hadis oleh Muslim daripada Ibnu Umar r.a katanya:
"Rasulallah S.A.W telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadhan keatas setiap orang samaada orang yang merdeka atau hamba,lelaki atau perempuan daripada kalangan orang-orang Islam,dengan satu gantang tamar atau satu gantang gandum.
Syarat-syarat Wajib Zakat Fitrah
Zakat fitrah diwajibkan dengan tiga Syarat:
1. Islam. Oleh itu ia tidak wajib keatas orang kafir dengan suatu kewajipan yang dituntut di dunia ini berdasarkan hadis terdahulu daripada Ibnu Umar r.a.
2.Terbenam matahari pada akhir Ramadhan.Oleh itu sesiapa yang meninggal dunia selepas terbenam matahari pada hari tersebut, diwajibkan zakat fitrah keatasnya samada dia mati setelah dia mampu mengeluarkannya ataupun mati sebelum daripada itu.
Ini berlainan dengan sesiapa yang dilahirkan selepas terbenam matahari, dia tidak diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah. Begitu juga sesiapa yang mati sebelum terbenam matahari,dia tidak diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah.Berlainan pula dengan sesiapa yang dilahirkan sebelum terbenam matahari,dia diwajibkan mengeluarkan zakat fitrah.
3.Memiliki harta yang melebihi keperluan makan untuk diri dan tanggungannya pada hari raya dan malamnya, serta keperluan untuk tempat tinggal dan khadamnya jika dia memerlukan kepada khadam.
Jika hartanya tidak mencukupi untuk untuk perbelanjaan atau nafkah pada hari raya dan malamnya untuk diri dan orang-orang yang dibawah tangungannya maka ia tidak dikenakan zakat fitrah.
Jika dia mempunyai harta yang cukup untuk hari raya dan malamnya, tetapi tidak cukup untuk hari-hari selepas itu, dia diwajibkan juga mengeluarkan zakat fitrah dan alasan tidak cukup untuk hari-hari selepas itu tidak diambil kira.
Golongan yang Seseorang Mukallaf Wajib mengeluarkan Zakat Fitrah untuk Mereka
Sesiapa yang cukup syarat-syarat diatas wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi dirinya,orang yang dibawah tanggungannya seperti kedua ibubapa, datuk,nenek, anak-anak dan isterinya.
Oleh sebab itu tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah kepada anak yang sudah baligh yang mampu berusaha sendiri mencari rezeki,dan juga kepada sesiapa sahaja dari keluarga terdekat yang tidak ditaklifkan kepadanya untuk memberi nafkah (yang bukan dibawah tanggunganya). Malah tidak sah mengeluarkan zakat fitrah bagi pihak mereka kecuali dengan izin dan sebagai wakil mereka.
Jika dia mempunyai sedikit kemampuan yang tidak mencukupi untuk semua kaum keluarga yang berada di bawah tanggungannya,maka ia hendaklah mendahulukan dirinya, kemudian isterinya,anak yang kecil,ayah kemudian ibunya dan seterusnya anaknya yang telah dewasa yang tidak mampu berusaha sendiri mencari rezeki.
Zakat Fitrah Jenis dan Kadarnya
Jenis dan kadar zakat fitrah ialah segantang makanan asasi bagi sesebuah negeri yang mukallaf bermukim Ini berdasarkan hadis Ibnu Umar yang lalu dan hadis riwayat al-Bukhari(1439) daripada Abi Said al-Khudri r.a katanya:
"Kami telah mengeluarkan zakat dizaman Rasulullah S.A.W pada raya fitrah segantang makanan. Makanan kami ialah gandum,anggur kering,keju dan tamar."
Gantang yang digunakan oleh Rasulullah S.A.W menyamai 4 cupak.Ia menyamai 3 altar atau lebih kurang 2400g.
Makanan asasi dinegara kita(perngarang) sekarang ialah gandum. Oleh itu zakat fitrah yang wajib keatas setiap individu ialah sama dengan 3 altar.Dalam mazhab imam syafi'e ia tidak memadai jika dikeluarkan dengan nilaian. Bahkan mestilah dikeluarkan makanan asasi bagi sesebuah negeri itu sendiri.
Walaubagaimanapun,dizaman sekarang tidak mengapa mengikut mazhab imam Abu Hanifah r.a. dalam masaalah tersebut iaitu harus mengeluarkan dengan nilaian. Ini kerana pada hari ini mengeluarkan dengan nilaian lebih memberi munafaat kepada orang fakir daripada makanan asasi dan lebih dekat untuk mencapai matlamat yang diharapkan.
Waktu mengeluarkan Zakat Fitrah
Waktu wajib telahpun kita nyatakan iaitu mulai terbenam matahari pada hari akhir bulan Ramadhan.
Waktu harus mengeluarkannya ialah di sepanjang bulan Ramadhan dan Hariraya pertama.
Waktu sunat mengeluarkannya ialah pada waktu subuh hari raya sebelum keluar untuk solat hari raya. Ini dinyatakan dalam hadis Ibnu Umar r.a dan juga dalam hadis riwayat Al-Bukhari(1432):
"Dan Baginda memerintahkan supaya kamu menunaikan(zakat fitrah) sebelum orang ramai keluar pergi solat."
Waktu makruh mengeluarkannya ialah selepas waktu solat hari raya hingga akhir hari raya. Sekiranya ia melewatkannya hingga selepas dari itu(selepas terbenam matahari pada hari raya), maka dia berdosa dan wajib menqada'kannya.
Keterangan Tambahan;
Waktu Diwajibkan Zakat Fitri(ada dua pendapat)
Sumber rujukan:Kitab Fiqih Islami Wa Adillatuhu(Fiqih Empat Mazhab)
Para Fuqaha mempunyai dua pendapat mengenai waktu diwajibkannya zakat fitrah dan hal yang menyertainya. Hanafiyyah berkata zakat fitrah diwajibkan ketika terbitnya fajar pada hari raya i'dul fitri, kerana zakat tersebut disandarkan kepada I'dul Fitri.
Penyandaran tersebut berfungsi untuk ikhtishah(menghususkan).Pengkhususan untuk I'dul Fitri dilakukan pada hari itu bukan pada malamnya.Kerana, maksud dari fitri adalah lawan kata dari shaum(puasa), dan itu dilakukan di harinya bukan malamnya. Sebab puasa pada hari itu hukumnya haram.
Jumhur Fuqaha berkata zakat fitrah wajib sebab tenggelamnya matahari pada malam hari raya I'dul Fitri, iaitu malam pertama hari I'dul Fitri. Kerana, zakat fitrah dalam keterangan hadis-hadis yang disandarkan kepada fithr(berbuka) dari puasa Ramadhan. Maka, dimulai wajib menunaikannya ketika tenggelamnya matahari, kerana penyandaran tersebut berfungsi untuk pengkhususan.
Berbuka pertama yang terjadi diseluruh bulan Ramadhan dan tidak ada kewajipan puasa setelahnya adalah setelah tenggelamnya matahari pada malam I'dil Fitri dan selesainya puasa dengan tenggelamnya matahari.
Sebab perbezaan antara jumhur fuqaha dan Hanafiyyah adalah apakah zakat fitrah merupakan ibadah yang berkaitan dengan hari raya I'dul Fitri atau dengan selesainya bulan Ramadhan; kerana malam I'dul Fitri bukan termasuk bulan Ramadhan.
No comments:
Post a Comment