Setibanya Di-Mina, para Jemaah Haji telah menunaikan
setengah kewajipan hajinya.Haji mempunyai dua rukun utama, dan tidak dikatakan
selesai sebelum menyelesaikan kedua-duanya bersama-sama. Kedua-dua rukun itu
tidak boleh dibayar fidyah atau dengan berbagai-bagai qadha’ lain.
Rukun
pertama ialah wuquf di Arafah, sedangkan rukun kedua ialah melakukan tawaf
ifadhah. Itulah kedua dua rukun haji. Yang selain daripada kedua-duanya(wajib
haji) boleh dibayar dengan fidyah atau menyembelih korban.
Ketika
kita sedang menuju Mina dari Masy’aril Haram untuk merejam syaitan, kita wajib
mengenang kembali kisah Ibrahim dan puteranya, Ismail. Ini merupakan kisah
ujian berat yang tidak ada tandingannya dalam sejarah. Mengapa perintah Allah
tersebut merupakan ujian yang amat berat bagi Ibrahim as.
Sebagaimana kita
ketahui, pada waktu itu usia Ibrahim sudah tua sekali, sementara usia Ismail
masih muda belia.Pada usia tuanya, Ibrahim menganggap puteranya sebagai
genarasi penerusan yang sangat dibanggakan dan disayangi lebih daripada dirinya
sendiri kerana Ismail sangat diharapkan untuk mengatasi kesulitan hidup
keluarganya. Juga kerana Ibrahim sudah amat tua dan isteri pertamannya, Sarah
pun, mandul. Ini bererti berakhirnya kebolehan Ibrahim untuk memperolehi
seorang putera lain, meskipun Pencipta sebab-musabab Maha Kuasa untuk
memberikannya.
Allah Subhanahuwata’ala telah memerintahkan kepada
Ibrahim supaya menyembelih Ismail.Kalau Allah menyuruh membunuhnya tentu lebih
terasa ringan kerana dia boleh mengupah
orang untuk membunuh puteranya jauh daripada penglihatannya. Atau boleh juga
dia mengajak puteranya ke puncak sebuah gunung, lalu menikamnya dari belakang.
Akan tetapai dia
diperintahkan menyembelih Ismail. Ini bererti dia diharuskan menyembelih leher
puteranya dengan sebilah golok dan dengan tangannya sendiri akan menyebabkan
kepala puteranya terpisah dari tubuhnya dan darah anaknya menyembur ke sana ke
mari dari lehernya itu. Ini suatu pemandangan tragis yang sangat mengerikan dan
memilukan hati meskipun oleh orang tua yang ramai anak sekalipun. Apalagi bagi
seorang tua seperti Ibrahim yang hanya mempunyai seorang putera yang baru
dewasa, dan lagi pula isterinya mandul. Sesungguhnya perintah seperti itu tidak
mungkin dilaksanakan, kecuali oleh seorang hamba yang mencintai Allah di atas
segala-galanya, seperti yang pernah dikatakan oleh Rasulullha SAW. melalui
sabdanya:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم :
لَايُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ
وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِيْنَ
“Belum beriman seorang di antara kamu sehingga aku merupakan orang yang paling dicintainya lebih daripada ayah, anak dan seluruh umat manusia”.HR Bukhari
Itulah ujian keimanan yang dihadapi Ibrahim as di Arafah. Suatu ujian yang menyakinkan bahawa Allah SWT. Baginya merupakan satu-satunya Zat yang paling dicintai melebihi yang lain, bukan hanya melalui perkataan sahaja tapi juga dibuktikan dengan amalan, dengan mengerjakan perintah-Nya yang hampir tidak masuk akal, iaitu menyembelih putera tunggalnya yang amat disayanginya!
Ibrahim pergi membawa puteranya untuk melaksanakan perintah Allah.Dia tidak ingin membuat kejutan dengan membawa anaknya ke atas gunung, lalu cepat-cepat menjalankan perintah penyembelihan itu, sementara golok yang hendak dipakai untuk menyembelih sudah ditangan. Ibrahim terlebih dahulu membreritahukan perintah Allah tersebut kepada puteranya.Ini dipaparkan Allah dalam surat as-Shaffaat 102:
فَلَمَّا بَلَغَ مَعَهُ السَّعْيَ قَالَ يَا بُنَيَّ
إِنِّي أَرَىٰ فِي الْمَنَامِ أَنِّي أَذْبَحُكَ فَانظُرْ مَاذَا تَرَىٰ ۚ قَالَ
يَا أَبَتِ افْعَلْ مَا تُؤْمَرُ ۖ سَتَجِدُنِي إِن شَاءَ اللَّهُ مِنَ
الصَّابِرِينَ
Maka ketika anaknya
itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama
dengannya, Nabi Ibrahim berkata: "Wahai anak kesayanganku! Sesungguhnya
aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu; maka fikirkanlah apa
pendapatmu?". Anaknya menjawab: "Wahai ayah, jalankanlah apa yang
diperintahkan kepadamu; Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang
yang sabar".
Ternyata
cinta Ismail kepada Allah Ta’ala melebihi cinta kepada dirinya sendiri.Maka
ayah yang sudah tua dan putera yang baru memasuki usia dewasa itu sama-sama
pergi untuk menunaikan perintah Allah Ta’ala. Tetapi apakah syaitan mahu
melihat kedua-dua insan itu ikhlas melaksanakan perintah Allah? Sudah tentu
tidak! Kerana memang sudah menjadi tugas utama syaitan merosak ketaatan anak
Adam kepada Allah.
Syaitan besar datang kepada Ibrahim
al-Khalil hendak merosak keimanan dan ketakwaannya. Ia datang berpura-pura hendak
menjadi penyelamat. Ia bertanya,”Apa gerangan yang hendak kamu lakukan terhadap
anakmu? Kenapa kamu hendak menyembelih anakmu yang satu-satunya akan menjadi pembantu
utamamu dalam kehidupan ini? Apakah kamu yakin bahawa mimpimu itu wahyu
daripada Allah, bukan bisikan yaitan? Konon khabarnya Ibrahim mengherdik dan
melemparinya dengan batu.Namun syaitan tetap belum puas selagi pujuk-rayunya
belum berhasil merosakkan ketaatan Ibrahim dan Ismail kepada Allah.
Sejak Ibrahim dan Ismail keluar
meninggalkan rumah, syaitan sudah berusaha keras hendak meragukan kedua-duanya
akan perintah Allah Ta’ala. Ini bertujuan agar ketaatan mereka dapat pula
dikendurkan.Syaitan berkata kepada dirinya sendiri, “Ini ujian yang berat.Kalau
aku tidak berhasil nescaya aku tidak akan berhasil selama-lamanya.
Syaitan
datang menemui isteri Nabi Ibrahim, Hajar katanya, “Tahukah engkau kemana
Ibrahim dan puteranya pergi?” Siti Hajar menjawab, “Mereka pergi untuk
menunaikan kewajipan!” Syaitan lalu berkata dengan tegas, “Kedua-duanya tidak
pergi untuk menunaikan kewajipan, tetapai untuk melaksanakan mimpi Ibrahim
menyembelih puteranya...”Hajar mulai curiga dan bertanya,”kenapa dia mahu
menyembelihnya?” Syaitan menjawab,”Dia mengaku telah diperintah oleh Robbnya.”
Hajar kemudian marah dan mengherdik syaitan itu dengan melempari batu.
Katanya,’Nyahlah kau dari sini. Kalau Allah memang memerintahkannya maka sudah sewajarnya
dia melaksanakan perintah itu!”.
Usaha syaitan menggoda Ibrahim dan Sayyidatina Hajar pun
gagallah. Kini usahanya dipusatkan untuk mengoda Ismail supaya dia memberontak
terhadap keyakinan ayahnya yang dinilainya tidak masuk akal. Katanya, “Hai Ismail,
tahukah kamu bahawa ayahmu pergi membawamu untuk menyembelih kamu.” Tapi Ismail
menjawab dengan tenang,”Kalau dia sedang melaksanakan perintah Allah, biarlah
dia melaksanakannya.”
Syaitan berusaha keras
hendak menghalang kedua-duanya meneruskan perjalanannya ke tempat
penyembelihan.Kononnya tempat itu dikenali dengan nama Jabal ul Kabsyi kerana
di atas gunung itu kibas pengganti Nabi Ismail diturunkan.
Demikianlah kisah penentangan Ibrahim ,Ismail dan
Hajar dalam melawan godaan syaitan yang
kita kenang dan peringati. Ketiga-tiga orang ini melawan syaitan tidak hanya
dengan adu pertelingkahan tapi juga dengan kekerasan, iaitu dengan melempari
beberapa biji batu kepada syaitan, seperti yang diperintahkan kepada para
Jemaah haji melempar jumrah.
Allah Ta’ala ingin agar
kita mengenang kisah Ibrahim dan Ismail as. dengan syaitan,. Hikmah ini
bertujuan memberi pengajaran sesudah berwuquf di arafah dan sesudah Dia
mengampuni dosa-dosa kita. Juga supaya memelihara taubat.Kita harus sentiasa
merejam syaitan dalam diri kita secara moral.Jangan sampai syaitan diberi
peluang masuk atau berusaha merosakkan ketaatan kita kepada Allah.Rejamlah
syaitan dengan bangkangan terhadap tipu dayanya sehingga dia menjauhkan diri
daripada kita.
Kalau anda mendengar
suara syaitan maka ini merupakan langkah pertama kearah kemaksiatan. Syaitan
selalu berusaha menarik perhatian dengan berbagai tipudayanya. Kesempatan baik
itu jangan anda berikan kepadanya. Jangan anda mendengar pujuk rayunya, tetapi
terus sahaja anda rejam dengan bangkangan dan perlagaan.
Ada juga orang
bertanya, “Bukankah kita merejam batu dengan batu.Apa hubungannya syaitan
dengan batu itu? Apakah syaitan masih ada ditempat itu?”
Ada ulama mengatakan bahawa syaitan-syaitan itu
dipenjarakan dalam batu tersebut pada hari-hari
di Mina.Kami berpendapat, samaada benar atau tidak keterangan tersebut,
yang jelas pekerjaaan itu merupakan ujian keimanan dalam qalbu. Sebab-musabab
keimanan bukan sesuatu yang harus kita fahami atau yang harus kita ketahui
terlebih dahulu hiklmahnya. Tabir segala sesuatu terletak pada persoalannya,
apakah pekerjaan itu perintah Allah atau tidak? Kita mencium batu ini dan
merejam batu itu semata-mata mentaati perintahh Allah dan Rasul-Nya tanpa
mencuba untuk berfalsafah dengan fikiran kita yang sempit dan lemah. Kita
berpegang teguh pada pendirian, kalau Allah Ta’ala yang memerintahkannya sudah
tentu ada hikmahnya, baik hikmah itu kita ketahui ataupun tidak, kerana memang
di alam ini banyak rahsia Allah yang kita tidak ketahui dan kita tidak perlu
berusaha untuk mengetahuinya.
Allah
Ta’ala ingin memberitahu kita bahawa kalau kita sudah berhasil menunaikan
kewajipan haji dengan baik dan selama haji kita itu diperolehi melalui jalan
yang halal dan dengan tujuan mencari keredaan-Nya semata-mata, maka ibadah haji
kita jelas makbul dan mabrur.Dalam keadaan seperti
itu janganlah kita beranggapan syaitan akan meninggalkan kita hanya kerana kita sudah terampun daripada dosa.
Tidak demikian! Syaitan bahkan lebih bersemangat untuk menjerumuskan kita ke
dalam dosa-dosa baru setelah kita menunaikan haji. Syaitan akan sentiasa
berusaha merosakkan ketaatan kita dan menjerumuskan kita ke dalam maksiat yang
lebih dalam.
Berkat bimbingan Allah Ta’alalah kita berhasil memerangi
perlawanan terhadap syaitan selama menunaikan ibadah haji. Kita berhasil
memerangi perlawanan terhadap syaitan selama menunaikan ibadah haji. Kita
berhasil menjauhi semua larangan-Nya meskipun larangan-Nya sudah tersebar
meliputi semua yang dhalalkan di luar musim haji walaupun hal-hal yang
diharamkan-Nya semakin bertambah namun kita dapat mengatasinya dengan baik.
Kita berhasil menunaikan kewajipan haji itu dengan memperbanyakkan zikrullah,
beribadah dan berdoa. Selama musim haji kita bukan hanya meningkatkan ketaatan
kita selama bertahun-tahun. Kalau kita kembali mengenang hikmahnya nescaya kita
akan selalu meningkatkan ketakwaan setelah menunaikan haji kerana sebenarnya
kita memiliki kemampuan untuk berbuat lebih daripada yang diwajibkan Allah.Seperti
firman Allah Ta’ala dalam surah al-Baqarah 200,
فَإِذَا
قَضَيْتُم مَّنَاسِكَكُمْ فَاذْكُرُوا اللَّهَ كَذِكْرِكُمْ آبَاءَكُمْ أَوْ
أَشَدَّ ذِكْرًا ۗ فَمِنَ النَّاسِ
مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الْآخِرَةِ مِنْ خَلَاقٍ
Kemudian
apabila kamu telah selesai mengerjakan amalan ibadat Haji kamu, maka hendaklah
kamu menyebut-nyebut dan mengingati Allah (dengan membesarkanNya) sebagaimana
kamu dahulu menyebut-nyebut (memuji-muji) datuk nenek kamu, bahkan dengan
sebutan yang lebih lagi. Dalam pada itu, ada di antara manusia yang (berdoa
dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami! Berilah kami kebaikan) di dunia".
(orang-orang ini diberikan kebaikan di dunia) dan tidak ada baginya sedikitpun
kebaikan di akhirat.
Allah Ta’ala ingin kita
sentiasa mengingati-Nya meskipun sudah selesai menunaikan kewajipan haji dengan
berjaya. Ini bertujuan agar kita tidak tersesat dan menyimpang daripada
ajaran-Nya. Kita diperintahkan untuk selalu mengingati-Nya seperti kita
mengingati orang tua kita, bahkan harus lebih besar dan lebih banyak daripada itu
kerana keterikatannya bersih daripada hawa nafsu dan kecenderungan lalu.
Allah Ta’ala ingin selalu didekati makhluk-Nya sehingga
menjadikan gerak-geri makhluk-Nya selalu sejajar dengan kehendak-Nya dan bahkan
tidak bertentangan.Maka kita wajib selalu mengingati-Nya lebih daripada
mengingati orang tua kita kerana orang tua kita walaupun akan meninggalkan dunia.
Sedangkan Allah bersifat azali dan tidak tersentuh maut. Kalau orang tua
merupakan sebab utama kehadiran kita didunia, maka Allah Ta’ala adalah yang
telah menciptakan kita daripada tidak ada. Semua makhluk kelak akan kembali
kepada Khaliqnya. Kita hanya sebab-musabab semata. Kita harus sentiasa ingat mengingati
asal usul yang mewujudkan kita. Kita harus mengingati Zat yang mengadakan kita
daripada tidak ada, lebih banyak daripada mengingati zat yang menjadi sebab-musabab
kewujudan kita.
Kini marilah kita
mengenagkan kembali kisah kejayaan Ibrahim, Ismail dan Hajar dalam menghadapi
ujian yang berat itu, yang kemudiannya terjadilah tebusan seperti yang
digambarkan al-Qura’anul Karim melalui firmannya dalam surah ash-Shaafat
106-112:
إِنَّ هَٰذَا لَهُوَ الْبَلَاءُ
الْمُبِينُ.وَفَدَيْنَاهُ بِذِبْحٍ عَظِيمٍ.وَتَرَكْنَا
عَلَيْهِ فِي الْآخِرِينَ.سَلَامٌ عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ.كَذَٰلِكَ
نَجْزِي الْمُحْسِنِينَ.إِنَّهُ مِنْ عِبَادِنَا
الْمُؤْمِنِينَ.وَبَشَّرْنَاهُ بِإِسْحَاقَ نَبِيًّا
مِّنَ الصَّالِحِينَ
Sesungguhnya
ini benar-benar satu ujian yang nyata; Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor
binatang sembelihan yang besar; Dan Kami kekalkan(abadikan
untuk Ibrahim itu pujian yang baik) baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang kemudian: (iaitu) "Salam
sejahtera(kesejahteraan) dilimpahkan keatas Ibrahim!". Demikianlah Kami
membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya Ibrahim
itu termasuk dari kalangan hamba-hamba Kami yang beriman. Dan Kami pula berikan
kepadanya berita yang mengembirakan, bahawa ia akan beroleh (seorang anak):
Ishak, yang akan menjadi Nabi, yang terhitung dari orang-orang yang soleh.
Jadi ketika Allah Ta’ala memerintahkan Ibrahim agar
menyembelih puteranya,dia tidak mempunyai putera selain Ismail. Setelah itu
barulah dia diberi khabar gembira bahawa
dia akan di beri seorang putera lain yang bernama Ishaq. Meskipun ujian yang
dihadapi Ibrahim tidak terbayang beratnya, namun dia pasrah sepenuhnya kepada
Allah SWT. kerana itulah Allah menggambarkannya sebagai seorang hamba yang
penyantun, banyak memohon, lagi banyak bertaubat.
Ini mengisyaratkan
kepada kita bahawa jika kita menyambut dengan redha dan ikhlas semua hukum Allah
Ta’ala maka tentu kita(setidak-tidaknya) akan memperolehi pahala ketaatan atas
perintah-perintah-Nya, dan pada waktu-waktu yang sama Allah SWT. berkenan
mengangkat qada-Nya kepada kita, seperti yang dibatalkan terhadap Ibrahim dan
Ismail, seperti firman-NYa dalam surah ash Shaffat 103:
فَلَمَّا
أَسْلَمَا وَتَلَّهُ لِلْجَبِيْنَ
Setelah keduanya berserah
bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Ibrahim membaringkan anaknya atas
pelipisnya, nyatalah kesabaran keduanya
Ibrahim dan Ismail telah siap melaksanakan perintah Allah Ta’ala tanpa ragu
sedikit pun. Ibrahim sudah siap dengan pisaunya yang telah melekat di leher
anaknya, dan Ismail pun sudah meletakkan sebelah pipinya ketanah untuk
mempersiapkan diri disembelih. Ternyata pisau yang dipakai untuk menyembelih
itu tidak berdaya memotong leher Ismail. Pisau, meskipun memiliki sifat
memotong, namun tetap sebilah pisau yang tidak mungkin berdaya tanpa izin Allah
Ta’ala. Sama halnya dengan api. Meskipun api memiliki sifat membakar, namun
ketika Ibrahim dilemparkan kaumnya ke dalam api ternyata api tersebut tidak
berdaya membakarnya. Ini kerana segala sesuatu mematuhi perintah Allah. Seperti
firman Allah Ta’ala dalam surah al-Anbiyaa 69
قُلْنَا يَا نَارُ كُونِي
بَرْدًا وَسَلَامًا عَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ (69)
“Kami berfirman : ‘Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi
keselamatanlah bagi Ibrahim.’
Ternyata api tidak
berdaya membakarnya, seperti halnya pisau yang ada di tangan Ibrahim. Dia tidak
berdaya memotong leher Ismail, tetapi telah memotong leher tebusannya, iaitu
seekor kambing kibas. Maka Allah berfirman kepada Ibrahim dalam surah ash
Saaffat 104-105:
وَنَادَيْنَاهُ
أَنْ يَا إِبْرَاهِيمُ (104) قَدْ صَدَّقْتَ الرُّؤْيَا إِنَّا كَذَلِكَ نَجْزِي
الْمُحْسِنِينَ (105)
“Dan kami panggil dia, Hai Ibrahim, sesungguhnya kamu telah
membenarkan mimpi itu. “Sesungguhnya demikianlah kami memberi balasan kepada
orang-orang yang berbuat baik”.
Allah Ta’ala
menginginkan agar makhluk-Nya beriman dengan hikmah perintah-perintah-Nya dan
melaksanakannya dengan penuh keredaan. Kalau anda mempersiapkan diri untuk
menunaikannya dengan penuh keredaan maka adakalanya Allah mengangkat qada-Nya.
Kerana itu hafallah baik-baik ayat itu dan ingatlah selalu, baik di Mina
mahupun diluar Mina sehingga anda
benar-benar menyakini bahawa semua peristiwa hidup yang menimpa manusai tidak
akan diangkat qada-Nya oleh Allah, kecuali kalau orang itu reda dengan ujian
yang sudah berlanjutan pada seseorang, misalnya dia terkena penyakit yang sukar
disembuhkan terkena kepada anaknya atau hartanya, namun tidak juga berakhir,
maka ketahuilah, orang yang terkena ujian itu tidak reda dengan qada Allah.Pada
saat keredaan dan kepasrahannya maka dia akan pulih dengan hikmah qada lalu
ujiannya pun akan diangkat.
Ibrahim telah berhasil memenuhi mimpinya. Kerana dia
sudah memenuhinya dengan keredaan hati dan kepasrahan diri maka Allah berkenan mengangkat
qada-Nya. Kerana itu Allah berfirman kepadanya, Jangan disembelih puteramu itu!”
Lalu dibawakanlah seekor kambing kibas dari langit, seakan-akan Allah Ta’ala
yang menebusnya dengan nyawa Ismail.Bukan hanya itu saja. Selain anak
tunggalnya diselamatkan daripada kematian yang pasti, Ibrahim bahkan diberi
kurnia seorang putera lagi(yang kedua), iaitu Ishaq.
Jadi, seorang hamba
yang menerima perintah-perintah Ilahi yang ghaib,yang tidak diketahui hikmahnya
dan hikmah Allah yang tersembunyi di sebalik itu, sudah tentu pahalanya besar
sekali. Setiap kali hukum itu tidak terjangkau oleh akal maka setiap itu pula
keimanannya di dada lebih mantap. Ada pun seorang hamba yang keberatan dengan hukum
yang diharamkan Allah hanya kerana belum tahu hikmahnya (dan baru sedia setelah
mengetahui hikmahnya), maka mereka bukan orang yang melakukan perintah-Nya,
berdasarkan keimanan kepada Allah, tetapi kerana imannya kepada ilmu perubatan,
ilmu pengetahuan atau ilmu yang lain.
Di sini kita harus mengetahui perbezaan antara takif hamba terhadap hamba yang lain, dan taklif Khaliq terhadap makhluk-Nya. Taklif seseorang
makhluk terhadap makhluk lainnya harus kita ketahui hikmahnya, setelah itu baru
kita laksanakan. Namun, taklif khaliq
terhadap makhluk-Nya harus kita laksanakan bedasarkan keimanan dengan hikmah
Allah Ta’ala dalam apa-apa yang disyariatkan-Nya. Kita harus memiliki keyakinan
bahawa semua yang disyariatkan Allah Ta’ala kepada kita, yang tidak dapat kita
jangkau dan serap harus dilaksanakan berdsarkan keimanan dengan hikmah Allah Ta’aala.
Al Imam Ali ra.
berbicara tentang mengusap pada kedua al-Khuffain, berkata, “Kalau masaalah itu
tunduk pada aqal, bukan di atasnya kerana yang
memijak kotoran adalah bahagian bawah (telapak kaki)”. Akan tetapi
pekerjaan tersebut adalah untuk mempersiapkan jiwa kita menerima apa pun
yang dikehendaki Allah Ta’ala dengan
ketaatan yang penuh, dan tidak
membiarkan diri kita mencampuri kehendak Allah dengan fikiran selogik apa pun.
Allah Subhanahuwata’ala tidak dipertanggungjawabkan tentang apa-apa yang dilakukan-Nya
dan tentang apa pun yang diperintahkan-Nya.
Kalau anda hendak pergi merejam syaitan, sebenarnya anda
hendak menutup peluang bagi syaitan agar jangan sampai mengusik diri anda, baik
syaitan puncak aqidah(dengan merejam syaitan besar) mahupun pada cabang-cabang
aqidah anda dengan merejam syaitan-syaitan kecil. Anda merejam atau melempari
syaitan dengan tujuh biji batu sebanyak sepuluh kali.Perkar ini dapat difahami,
sesuai dengan kewujudan anda yang lahiriah. Namun di sebalik itu masih terdapat
hikmah dan harus disedari, iaitu Allah Ta’ala ingin agar setelah kewajipan
haji, kita menerima semua qada-Nya dengan reda dan kepasrahan. Allah ingin kita
menyedari bahawa apa-apa yang telah ditetapkan Allah adalah yang terbaik bagi
kita.
سورة البقرة(216)
كُتِبَ
عَلَيْكُمُ الْقِتَالُ وَهُوَ كُرْهٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تَكْرَهُواْ شَيْئاً
وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ وَعَسَى أَن تُحِبُّواْ شَيْئاً وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ
وَاللّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لاَ تَعْلَمُونَ
Diwajibkan atas kamu
berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi
kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui." (Al-Baqarah: 216)
No comments:
Post a Comment