Dialog antara aqal dan
ketaatan terus berlanjutan, terutama dalam menunaikan ibadah haji. Kadangkala
aqal fikiran orang terhenti seketika di kala sedang menunaikan kewajipan haji, baik
pada waktu tawaf, bersae’i, mencium batu yang ini dan melempar batu yang itu
dan lain-lain. Sekali lagi kami katakan, masaalah itu melampaui batas aqal
manusia kerana memang masaalahnya adalah maasalah disiplin atau ketaatan kepada
Allah. Dalam hal ini Allah Subhanahuwata’ala tidak memberikan taklif secara
sambil lewa akan tetapai memperintah dengan hikmah yang maha Tinggi.
Ketika anda melempari syaitan pasti anda yakin bahawa ia
tidak akan pernah membiarkan masalah keimanan, kecuali untuk dirosakkannya.
Syaitan sudah mengejar Sayyidina Ibrahim as. Setiap kali diusir, setiap kali
itu pula syaitan kembali hendak memaksa pujuk rayunya. Namun dia tidak berhasil
memaksa pujuk rayunya. Namun dia tidak berhasil mengelincirkan Ibrahim. Maka
dia pun pergi mengoda Hajar dan Ismail, tapi juga menemui kegagalan.
Sebab kita melakukan
jumrah adalah, pertama,kerana hendak mematuhi perintah Allah. Kedua, untuk
menghidupkan sunnah nenek moyang kita, Ibrahim as. yang telah menamakan kita
kaum muslimin sebagai ungkapan rasa setia kita terhadap orang yang sangat setia
kepada Robbnya. Allah berfirman dalam surah al-Najm 37,
وَإِبْرَاهِيمَ الَّذِي وَفَّى
“Dan Ibrahim yang telah
menyempurnakan(apa-apa yang diperintahkan kepadanya).”
Ketika sedang melempari
iblis dalam haji maka kita harus membulatkan tekad bahawa kita tidak akan menta’atinya
sepulang dari haji.Kita akan tetap mengibarkan bendera kemenangan melawan pujuk
rayu dan bisikannya sampai sesudah ibadah haji selesai. Kita akan masih tetap
beriman kepada Allah Ta’ala meskipun syaitan amat tidak menyukainya. Kita akan
tetap tidak menyegutukan-Nya meskipun syaitan amat gusar kepada kita. Kita akan
menunaikan perintah-Nya dengan reda dan taat meskipun syaitan dan iblis tidak
senang!
Sesungguhnya rejam adalah simbol kemenangan kita terhadap
syaitan. Pada hari itu, hari jahanam bagi syaitan. Syaitan terkutuk daripada
Allah, daripada para malaikat dan segenap kaum mukmin. Kutukan Allah ghaib bagi
kita, namun ia ada dan berkesinambungan. Kutukan para malaikat pun ghaib bagi
kita, namun ia ada dan berlanjutan terus. Sedangkan di Mina kita juga telah
memaklumkan kutukan kepada syaitan dengan cara lahiriah, iaitu dengan
melemparinya dalam bentuknya yang paling hina dan nista.
Hari itu adalah hari
pembalasan dendam seluruh Jemaah terhadap syaitan yang selama ini
bermaharajalela menggoda seluruh umat manusia tanpa perlawanan yang bererti.
Hari ini adalah hari kemenangan terhadap musuh yang paling jahat. Dia harus
sentiasa menjadi musuh selama-lamanya, tidak boleh berubah menjadi sahabat.
Jangan diberikan dia kesempatan untuk menundukkan anda kembali. Jadikanlah
pelajaran itu sebagai pelajaran terakhir menjelang akhir hayat anda. Terimalah
semua perintah Allah dengan senang dan reda. Kalau anda telah melakukannya
dengan baik, maka anda telah menutup semua peluang syaitan yang hendak
mengelincirkan anda. Jangan diberinya kesempatan menguasai diri anda lagi.Tidak
semua ujian Allah diertikan sebagai
tanda kemarahan-Nya kerana anda tidak tahu apa yang disembunyikan dalam
qada-Nya. Mungkin saja ujian-Nya itu untuk meningkatkan ketaatan anda dan Dia
hendak melimpahkan pahala-Nya. Ganjaran akan melimpah ruah jika anda pandai
menjauhkan diri daripada kemaksiatan kepada-Nya.Dengan demikian darjat anda
disisi-Nya semakin meningkat juga. Bulatkanlah kejujuran anda dalam menyambut semua
perintah dan larangan-Nya, sekaligus bulatkanlah tekat untuk memenuhinya
sebaik-baiknya, dengan senang hati dan rasa puas sehingga memberikan alasan
kepada-Nya untuk memberikan ganjaran yang setimpal dengan disiplin dan ketaatan anda.
Sesudah melempari Jumrah al-A’qabah yang pertama, atau
Jumrah Iblis yang besar, anda kini sudah boleh melakukan tahallul yang kecil
dengan pergi ke Makkah dan melakukan tawaf ifadhah di sana yang merupakan rukun
terakhir daripada rukun haji. Sesudah tu barulah anda menyelesaikan tahallul
yang besar yang memperkenankan anda melakukan apa-apa yang diharamkan
sebelumnya.
Perlu selalu diingat,
kalau anda sudah menunaikan sa’ei antara Safa dan Marwah dalam tawaf haji(tawaf
qudhum), maka tidak wajib lagi menunaikan Sa’ei dalam tawaf ifadhah. Akan
tetapi kalau anda belum melaksanakannya, maka bersa’eilah sesudah tawaf
ifadhah.
Tawaf
tathauwu’(sukarela) pula dilakukan oleh orang yang ingin melipat gandakan
pahala. Tidak ada orang yang paling disukai Allah Ta’ala lebih daripada yang
melakukan ibadah yang difardhukan-Nya, baik solat, puasa,sedekah atau ajaran
agama lainnya. Pekerjaan itu merupakan bukti bahawa kita bukan hanya melakukan
apa-apa yang difardhukan Allah saja, tetapi kita menambahnya dengan berbagai
pekerjaan tathauwu’ sebagai ungkapan rasa cinta kita pada peribadatan kepada
Allah Subhanahu Wa Ta’ala.
No comments:
Post a Comment