Friday 30 June 2017

Ikhlas

Ikhlas

Pengertian Ikhlas:


Al ‘Izz bin Abdis Salam berkata : “Ikhlas ialah, seorang mukallaf melaksanakan ketaatan semata-mata karena Allah. Dia tidak berharap pengagungan dan penghormatan manusia, dan tidak pula berharap manfaat dan menolak bahaya”.

 قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ  ۖفَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا

Katakanlah: "Sesungguhnya aku ini hanya seorang manusia seperti kamu, yang diwahyukan kepadaku: "Bahwa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan Yang Esa". Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada Tuhannya".Al-Kahfi:110

Ikhlas itu bahawasanya mengesakan Allah Ta’ala pada segala ketaatan dan qasad.Iaitu segala ketaatan itu hanya semata-mata bertujuan untuk menghampirkan diri kepapa Allah dan bukan selain daripadanya. Bukan kerana mengharapkan pujian manusia atau harta benda atau kemuliaan dan yang lainnya daripada segala tujuan dunia.

Ikhlas ialah, menghendaki keredhaan Allah swt dalam sesuatu amalan, membersihkannya dari segala yang bermaksud kepentingan diri mahupun duniawi. Tidak ada sesuatu yang menjadi latarbelakang kepada suatu amal, melainkan hanya kerana demi Allah dan hari akhirat. Tidak ada titik noda yang mencampuri suatu amal, seperti kecenderungan kepada dunia untuk diri sendiri, baik yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan, atau kerana mencari harta duniawi, atau kerana syahwat, kedudukan, harta benda, atau agar mendapat tempat di hati orang ramai, atau agar mendapat sanjungan tertentu, atau kerana kesombongan yang menyelubungi diri, atau kerana alasan-alasan lain yang tidak terpuji, yang intipatinya bukan karena Allah.Tetapi karena sesuatu,maka kesemua ini merupakan noda yang mengotori keikhlasan.

Dan bahawasanya ikhlas itu adalah satu kelakuan hati yang dipuji.Dan segala amalan tidak akan diterima melainkan dengan berlatar belakangkan ikhlas.
Allah swt telah berfirman dalam surah al-Bayyinah:5
وَمَآ أُمِرُوٓا۟ إِلَّا لِيَعْبُدُوا۟ ٱللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ ٱلدِّينَ
“Padahal mereka tidak diperintahkan kmelainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah/ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang lurus”.

Landasan niat yang ikhlas adalah memurnikan niat karena Allah semata-mata. Setiap bahagian dari perkara duniawi yang sudah mencemari amal kebaikan, sedikit atau banyak, dan apabila hati kita bergantung kepadanya, maka kemurniaan amal itu ternoda dan hilang keikhlasannya. Karena itu, orang yang jiwanya dikalahkan oleh perkara duniawi, mencari kedudukan dan populariti, maka tindakan dan perilakunya mengacu pada sifat tersebut, sehingga ibadah yang ia lakukan tidak akan murni, seperti solat, puasa, menuntut ilmu, berdakwah dan lainnya.
Seperti sabda Rasulullah saw:

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan[1])tergantung niatnya[2]). Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya[3]) karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. HR Asy-Syaikhan

Ikhlas itu ada tiga pangkat seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab شرح القشرية:
1-      Pangkat pertama: Mengerjakan amal ibadah kerana semata-mata menjunjung perintah Allah Ta’ala. Maka ini ikhlas yang paling tinggi.
2-      Pangkat kedua: Ikhlas pertengahan iaitu mengerjakan ibadah kerana menuntut pahala dan lari dari siksa.
3-      Pangkat ketiga: Ikhlas yang lebih rendah, iaitu bahawa mengerjakan amal ibadah supaya mendapat kemulain dari Allah di dunia dan akhirat atau mendapat keselamatan  dari kebinasaan dunia. Seperti membaca قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ . supaya dipeliharakan dia daripada was-was syaitan.
4-      Dan selain dari tiga pangkat ini, bermakna tidak ada lagi ikhlas bahkan ia riya’.

Dan berkata Imam Ghazali di dalam kitab al-Arba’in: Bahawa ikhlas itu tertegak dari tiga rukun iaitu hakikat, asal dan kesempurnaan.

1-    Asal: Iaitu Niat- (menghendaki wajhullah Ta’ala) sebagai wasilahyang menyampaikan Ikhlas (sebagai objektif).
2-      Hakikat: Menafikan campuran daripada niat (iaitu jernih/bulat niat tanpa ada sesuatu yang lain).
3-      Kesemprnaan: Iaitu benar.

Benar itu ada enam pangkat,barangsiapa yang sampai kepada kesemua pangkat itu dengan sempurna nescaya patut dinamakan dengan shiddiq,ertinya yang banyak benar:

1-      Benar pada perkataan dan segala kelakuan.
2-  Benar pada niat, iaitu bersih suci padanya yang menyeru kepada kebaikan sahaja, ertinya tiada bercampur sedikitpun dengan penyeruan kepada kejahatan. Maka jika bercampur dengan kejahatan sudah luput(hilanglah) oleh benar pada niat. Pada yang kedua inilah yang dinamakan wasilah kepada ikhlas.
3-      Benar pada cita-cita, seperti seseorang bercita-cita untuk bersedekah harta, kadang -kadang cita-cita itu dhaif lagi taraddud(ragu-ragu) dan kadang-kadang cita-cita yang putus(pasti) lagi kuat. Maka cita-cita yang putus itu dinamakan dengan cita-cita yang benar lagi kuat (tanpa ada kegoncangan).
4-     Benar pada menyempurnakan(melaksanakan) cita-citanya itu dengan ertikata bahawa tiada menyalahi ia akan cita-citanya yang benar lagi kuat. Seperti firman Allah Ta’ala dalam surah al-Ahzab:23,
رِجَالٌ صَدَقُوا مَا عَاهَدُوا اللَّهَ عَلَيْهِ
“....(beberapa lelaki) orang-orang yang menepati(benar) terhadap apa yang telah mereka janjikan kepada Allah..”
5-   Benar pada segala pekerjaan, iaitu bersamaan luar dan dalamnya; Maka tidak benar pada segala pekerjaan adalah seperti ada di dalam hatinya kehendak untuk menzahirkan kekusyukan hatinya dengan  anggota-anggota zahirnya. Padahal hakikatnya hatinya tidak khuysuk, terkadang ianya adalah membawa natijah riya’
6- Benar pada segala yang batin seperti khauf(takut) dan sabar dan tawakkal iaitu bahawa ia mengetahui(dengan mempelajari) apa yang dimaksudkan dengan khauf(takut) dan raja’(harap) dan sabar dan syukur dan tawakkal dan lainnya. Serta merasai kesemuanya itu di dalam hatinya, dengan erti kata lain bahawa kesemua sifat itu telah sebati dalam dirinya dan menjadi tabiat yang mempengaruhi perbuatannya.


Thursday 29 June 2017

Syirik Kecil: Riya' (menunjuk-nunjuk)

Syirik Kecil: Riya' (menunjuk-nunjuk)

Dalam bahasa Arab, arriya’ (الرياء) berasal dari kata kerja raâ ( راءى) yang bermakna memperlihatkan. 
Bahawasanya riya' itu menuntut atau menghendaki kedudukan di dalam hati manusia dengan ibadah dan pekerjaan kebajikan, atau menghendaki oleh seseorang dengan ibadahnya akan munafaat seperti harta dan pujian. Ataupun boleh juga difahami bahawa riya’ merupakan memperlihatkan sekaligus memperbagus suatu amal ibadah dengan tujuan agar diperhatikan dan mendapat pujian dari orang lain. Riya’ termasuk karena meniatkan ibadah selain kepada Allah SWT. Dan bahawasanya riya'itu adalah kelakuan yang dicela yang haram dengan ijma' dan dinamakan dia syirik yang kecil.

Allah swt telah berfirman,

فَوَيْلٌ لِلْمُصَلِّيْنَ * الَّذِيْنَ هُمْ عَنْ صَلَا تِهِمْ سَاهُونَ* الَّذِيْنَ هُمْ يُرَآءُونَ
“Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (yaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya. orang-orang yang riya'”. Al-Maun:4-6

Keadaan riya’ adalah, tiap-tiap amal ibadah yang dikerjakan bukan kerana Allah bahkan kerana sesuatu tujuan yang lain.

Dalam sebuah hadith Rasulullah saw bersabda

:عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ أَخْوَفَ مَا أَخَافُ عَلَيْكُمْ الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الشِّرْكُ الْأَصْغَرُ قَالَ الرِّيَاءُ إِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى يَقُولُ يَوْمَ تُجَازَى الْعِبَادُ بِأَعْمَالِهِمْ اذْهَبُوا إِلَى الَّذِينَ كُنْتُمْ تُرَاءُونَ بِأَعْمَالِكُمْ فِي الدُّنْيَا فَانْظُرُوا هَلْ تَجِدُونَ عِنْدَهُمْ جَزَاءً

Dari Mahmud bin Labid berkata: Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Sesungguhnya yang paling aku takutkan dari kamu adalah syirik kecil." Mereka bertanya: Apa itu syirik kecil wahai Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Riya`, Allah 'azza wajalla berfirman kepada mereka pada hari kiamat saat orang-orang diberi balasan atas amal-amal mereka: Temuilah orang-orang yang dulu kau perlihat-lihatkan didunia lalu lihatlah apakah kamu menemukan balasan disisi mereka(mintalah dari mereka balasan) ?" HR Ahmad

إِنَّ الله حَرَّمَ الجَنَّةَ عَلَى كُلِّ مُرَاءٍ
Bahawasanya Allah Ta’ala mengharamkan syurga atas tiap-tiap orang yang Riya’. HR Abu Na’im dan ad-Dailamai dari Abu Sa’id ra

Riya’ ada enam jenis:

1-      Riya’ dengan tubuh badan, seperti menzahirkan ia kurus dan pucat badanya supaya disangkakan dia orang yang kuat mengerjakan ibadah pada malam dan puasa pada siang hari.
2-      Riya’ dengan kelakuan, seperti menundukkan kepala dan memejamkan mata supaya disangkakan dia memikirkan kelakuan akhirat.
3-   Riya’ dengan pakaian, seperti ia memakai kain yang keras-keras dan bertampung-tampung supaya disangkakan dia daripada ahli tasawwuf(zuhud)
4-     Riya’ dengan perkataan, seperti riya’ orang yang berpidato dan memberi nasihat dengan al-Quran dan hadith, dan perkataan salaf serta sunyi hatinya daripada ikhlas dan benar. Dan seperti meggerak-gerakkan bibir dengan zikir di hadapan orang lain.
5-      Riya’ dengan pekerjaan, seperti memanjangkan rukuk dan sujud di hadapan orang lain.
6-      Riya’ dengan banyak murid dan banyak berjumpa dengan guru-guru.

Catitan:
Adapun menuntut pangkat/kedudukan pada hati manusia dengan pekerjaan yang bukan pekerjaan ibadah, maka ia tidak haram, seperti memakai pakain bagus-bagus. Dan dengan ilmu hisab, ilmu kedoktoran dan sebagainya bahkan ianya adalah harus selama tidak ada padanya penipuan dan takabur dan seumpamanya.

MEDIA Sosial yang banyak digunakan oleh netizen (warga internet) sekarang -Khususnya Facebook : selain memiliki sisi yang positif, juga memiliki sisi yang negatif. Salah satu "sisi negatifnya" ialah Facebook dan media sosial  (sosmed) yang lain, yang dengannya boleh menyuburkan sikap Riya' (menunjuk-menunjuk) dan Ujub (berbangga diri).

Ukuranya adalah dengan popularnya istilah dan perilaku Narsis & Selfie.
Narsis atau Narsisisme (dari bahasa Inggeris) atau narsisme (dari bahasa Belanda) adalah perasaan cinta terhadap diri sendiri yang berlebihan.Narsis Adalah Sifat seseorang yang suka membanggakan diri sendiri secara berlebihan atas apa yang dimilikinya baik itu karena dia memiliki fisikal yang tampan/cantik mahupun narsis kerana perilaku, perbuatan atau prestasi. kata narsis pertama kali diperkenalkan dari negara Yunani untuk seorang pemuda yang suka menyombongkan ketampananan, bahkan di negara itu ada sebuah taman yang diberi nama dengan Narcys. Rujuk: antarberita.blogspot.com/2013/05/pengertian-narsis-adalah.html

Selfie adalah jenis foto potret diri yang diambil oleh diri sendiri dengan menggunakan sebuah kamera, baik kamera digital atau kamera telepon.



Tuesday 27 June 2017

Tanda-tanda berhasilnya amal ibadah selama bulan Ramadhan

Tanda-tanda berhasilnya amal ibadah selama bulan  Ramadhan

Kita berharap agar Allah swt menerima segala amalan baik kita seperti tercantum dalam doa berikut:

رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
"Tuhan kami terimalah daripada kami (amalan kami), sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui".  Al Baqarah:127

Kita juga berharap agar dikelompokkan oleh Allah swt. dalam kalangan orang-orang yang bertakwa.

إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

"Sesungguhnya Allah hanya menerima (amal) dari orang yang bertakwa.” Al Maidah:27

Tanda-tanda berhasilnya amal ibadah selama bulan  Ramadhan

Mengekali kebiasaan amalan baik di dalam bulan Ramadhan, pada bulan Syawwal dan bulan-bulan seterusnya adalah tanda berhasilnya amal ibadah selama Ramadhan. Allah Swt berfirman:

وَيَزِيدُ اللَّهُ الَّذِينَ اهْتَدَوْا هُدًى وَالْبَاقِيَاتُ الصَّالِحَاتُ خَيْرٌ عِنْدَ رَبِّكَ ثَوَابًا وَخَيْرٌ مَرَدًّا

“Dan Allah akan menambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapatkan petunjuk, dan amal-amal soleh yang kekal itu lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu dan lebih baik sesudahnya. Maryam:76.

Beberapa amalan positif didalam bulan Ramadhan yang perlu dikekalkan dan ditingkatkan kualiti dan kuantitinya adalah:

1-     Amalan solat, dalam hal ini adalah mengekali solat berjamaah lima waktu di masjid, mengekali solat malam (tahajjud) setiap hari, dan mengekali solat-solat sunnah lainnya.
2-    Amalan puasa , dalam hal ini adalah membiasakan berpuasa sunnah, seperti puasa Syawwal, puasa Arafah, puasa Asyura, puasa Isnin dan khamis, dan puasa-puasa sunnah lainnya.
3-      Amalan sedekah.
4-      Amalan tilawah al-Qur’an dan
5-      Amalan thalabul ilmi, gemar menghadiri majlis-majlis ilmu.

Terdapat keterangan dari ulama-ulama salaf yang mengatakan, “Balasan dari amalan kebaikan adalah amalan kebaikan selanjutnya. Barangsiapa melaksanakan satu kebaikan lalu dia melanjutkan dengan kebaikan selanjutnya, maka itu adalah tanda diterimanya amalan yang pertama. Begitu pula orang yang melaksanakan amalan kebaikan lalu dilanjutkan dengan melakukan amalan kecelaan, maka ini adalah tanda tertolaknya atau tidak diterimanya amalan kebaikan yang telah dilakukan. Karena Allah telah memberi taufiq dan menolong kita untuk melaksanakan puasa Ramadhan serta berjanji mengampuni dosa kita yang telah lalu,  maka hendaklah kita mensyukuri hal ini dengan melaksanakan puasa sunnah setelah Ramadhan. Sebagaimana para salaf dahulu, setelah malam harinya melaksanakan solat malam, di siang harinya mereka berpuasa sebagai rasa syukur pada Allah atas taufiq yang diberikan. Ibn Rajab, Latho’if Al Ma’arif

Sebagaimana firman Allah Swt berfirman:

وَالَّذِينَ اهْتَدَوْا زَادَهُمْ هُدًى وَآتَاهُمْ تَقْوَاهُمْ

“Dan orang-orang yang mendapat petunjuk,  Allah menambah petunjuk kepada mereka dan memberikan kepada mereka (balasan) ketakwaannya Muhammad:17

Perlu juga diberi perhatian dari sudut lain tanda-tanda diterima amal ibadah seseorang:

    1-      Amal tidak diterima kecuali jika sah.

Tanda diterimanya amal, adalah dikerjakan dengan cara yang sah, sah ada dua unsur, zahir dan batin.
Unsur zahir:  Mencangkupi syarat, rukun dan pelaksanannya berdasarkan sunnah Rasulullah Shalallahu Alaihi wa Sallam.
Unsur batin: niat yang ikhlas. Dua hal ini harus dipenuhi jika ingin amal ibadah diterima oleh Allah.
Misalnya: Seseorang berniat ikhlas melakukan solat, namun tidak berwudhu, tidak menghadap kiblat, tidak boleh membaca Al fatihah dengan betul, rukuk dan sujudnya tanpa to'maninah. tidak khusyu maka akan sukarlah amalan solatnya diterima.

2- Tidak kembali melakukan dosa

Jika seorang hamba benci kembali melakukan kemaksiatan dan dosa, ketahuilah bahwa itu tanda amalnya diterima. Kerana orang yang bertaubat dengan bersungguh –sungguh terdetik rasa penyesalan mendalam didalam hatinya, ia bertekad sekuat hati agar tidak kembali terjerumus kedalam  dosa dan maksiat.
وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ
"Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemauanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus".A-Hujurat:7

3.      Bertambah ketaatan (lantaran bertambah keimanan)

Firman Allah swt,
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ الَّذِينَ إِذَا ذُكِرَ اللَّهُ وَجِلَتْ قُلُوبُهُمْ وَإِذَا تُلِيَتْ عَلَيْهِمْ آيَاتُهُ زَادَتْهُمْ إِيمَانًا

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (kerananya)". al-Anfal:2

4  Hati yang bersih

Hati yang bersih adalah bekal terbaik ketika menghadap Allah swt, hati yang bersih pula sebagai kayu ukur diterima atau tidak amal kita.
Firman Allah:
يَوْمَ لَا يَنْفَعُ مَالٌ وَّلَا بَنُوْنَ ۙ 88  اِلَّا مَنْ اَتَى اللّٰهَ بِقَلْبٍ سَلِيْمٍ ؕ  89

(yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tidak berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih, As Syuara: 88-89

Harta tidak dapat menjaga seseorang dari azab Allah, sekali pun ia menebusnya dengan emas sepenuh bumi atau dengan seluruh penghuni bumi.
Pada Hari Kiamat, tidak ada yang bermanfaat kecuali keimanan kepada Allah, ikhlas dan tunduk hanya kepada-Nya, bebas diri dari perilaku syirik dan para penganutnya.

5.      Selalu mengingati akhirat

Kehidupan akhirat adalah kehidupan yang kekal selamanya, tiada bertepi tiada berhujung, hanya Allah yang Maha tahu. Orang –orang yang diterima amal perbuatannya senantiasa mengaitkan segala kehidupan dunia dengan kesudahan akhirat, baik dan buruk pasti akan di pertanggung jawabkannya dihadapan Allah.

Firman Allah:
وَالآخِرَةُ خَيْرٌ وَأَبْقَى

"Padahal kehidupan akhirat itu lebih baik dan lebih kekal". Al A’laa: 17

وَلَلْآخِرَةُ خَيْرٌ لَّكَ مِنَ الْأُولَى

"Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan)". Ad Dhuha: 4

Bangun tidur adalah merupakan satu nikmat dari sekian banyak nikmat-nikmat Allah

Bangun tidur adalah merupakan satu nikmat dari sekian banyak nikmat-nikmat Allah

Nikmat-nikmat tersebut adalah merupakan sebagai tanda rahmat dan kekuasaan Allah swt keatas alam ini agar manusia memikirkannya dan juga sebagai nikmat yang wajib untuk disyukuri.sebagimana  Firman Allah swt:

إِنَّ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ وَٱخْتِلَٰفِ ٱلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لَءَايَٰتٍۢ لِّأُو۟لِى ٱلْأَلْبَٰبِ ﴿ە۱۹﴾ ٱلَّذِينَ يَذْكُرُونَ ٱللَّهَ قِيَٰمًۭا وَقُعُودًۭا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِى خَلْقِ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَٰطِلًۭا سُبْحَٰنَكَ فَقِنَا عَذَابَ ٱلنَّارِ ﴿۱۹۱

“Sesungguhnya, dalam penciptaan langit dan bumi, dan pergantian malam dan siang, terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk, atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), “Ya Tuhan kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Mahasuci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka.”  Ali-‘Imran: 190-191).
Tidur adalah merupakan satu bentuk dari rahmat Allah sebagaimana firman-Nya dalam firman-firman-Nya yang berikut:

وَمِنْ ءَايَاتِهِ مَنَامُكُم بِالَّليْلِ وَالنَّهَارِ وَابْتِغَآؤُكُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّ فِي ذَلِكَ لأَيَاتٍ لِّقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah tidurmu diwaktu malam dan siang hari serta usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan”. Ar Rum: 23
.
وَمِن رَّحْمَتِهِ جَعَلَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ لِتَسْكُنُوا فِيهِ وَلِتَبْتَغُوا مِن فَضْلِهِ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

“Dan karena rahmatNya, Dia jadikan untukmu malam dan siang, supaya kamu beristirahat pada malam itu dan supaya kamu mencari sebagian dari karunia-Nya (pada siang hari) dan supaya kamu bersyukur”. Al Qashahs: 73

Juga sebagaimana firman Allah swt.
وَجَعَلْنَا نَوْمَكُمْ سُبَاتًا

“Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirehat”. An Naba : 9
Bangun tidur merupakan nikmat yang tidak ada bandingnya. Dengananya kita masih boleh bernafas dan kembali menghirup udara serta masih diberi peluang untuk bertaubat dan melakukan amal ibadah serta dapat  menjalani aktiviti seperti biasa. Pagi hari menjadi momentum yang tepat mengucapkan banyak syukur karena kesempatan hidup yang diberikan Allah kepada kita.

Walaupun begitu ketika pagi hari, ramai orang yang bermalas-malasan untuk bangun dari tidurnya. Padahal, selain mendapatkan kesegaran, bangun tidur juga boleh menjadi lahan mencari reda Allah swt. Ketika bangun, banyak amalan yang dapat dilakukan untuk mendapatkan pahala dan meraih keampunan Allah swt.

Diantara ucapan Rasulullah saw ketika bangun tidur adalah dengan berdoa.

الحَمْدُ اللهِ الَذِي أَحْيَاناَ بَعْدَ ما أَمَاتَناَ وَ إِلَيْهِ النُشُور

“Segala puji bagi Allah Yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadanya seluruh makhluk akan dibangkitkan”HR Bukhari

Dan juga Rasulullah saw. membaca kalimah berikut:

مَنْ تَعَارَّ مَنَ اللَيْلِ فقَال حِيْنَ يَسْتَيْقِظُ: لا إله اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ له، لَهُ المُلْكُ وَ لَهُ الحَمْدُ يُحْيِي وَ يُمِيْتُ،بِيَدِهِ الخَيْرُ و هو على كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ، سُبْحَان الله وَ الحَمْدُ للهِ ولا إله إلا اللهُ و اللهُ أَكْبَرُ و لا حَوْلَ و لا قُوَّةَ إلاَّ بالله، ثُمَّ قَال: اللهُمَّ اغْفِرْ لِي أَوْدَعا اسْتُجِيبَ لَهُ، فَإِنْ قَامَ فَتَوَضَأُ ثُمَّ صَلَّى قُبِلَتْ صَلاَتُهُ

“Barangsiapa bangun pada malam hari, kemudian ia berdoa,” Tiada illah yang berhak disembah melainkan Allah semata, tiada sekutu baginya, milik-Nyalah segala kerajaan dan pujian, Yang Maha menghidupkan dan mematikan, di tangan-Nyalah segenap kebaikan dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu. Maha Suci Allah, segala puji bagi-Nya dan tiada illah yang berhak disembah kecuali Allah, Allah Maha Besar, tiada daya serta upaya melainkan dengan pertolongan Allah” kemudian setelah itu berdoa,” Ya Allah ampunilah aku” ataupun doa yang selain itu niscaya dikabulkan doanya. Kemudian apabila ia bangkit berwudu lalu solat maka akan diterima shalatnya. HR Bukhari

Oleh itu syukurilah terhadap nikmat-nikmat Allah yang banyak itu. Bersyukur adalah merupakan tanda keimanan seseorang kepada Allah swt. Bersyukur juga merupakan jalan pintas yang dapat ditempuh setiap hamba Allah untuk mendekatkan diri pada-Nya. Bersyukur juga merupakan cara cepat untuk meraih kecintaan Allah. Karena bersyukur merupakan ibadah yang cepat mengundang turunnya kasih sayang Allah, maka Iblis berusaha semaksimal mungkin menjauhkan manusia dari sifat syukur ini. Walaupun begitu ramai manusia yang kufur terhadap nikmat Allah,Allah swt menjelaskan dalam ayat berikut:

وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ

“…Dan sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang bersyukur.” Surat Saba’ ayat 13:
Dengan keadaan sikap manusia yang hanya suka kepada nikmat tetapi ingkar dalam mensyukuri nikmat kurnian Allah, maka Iblis akan memainkan peranannya untuk menyesatkan manusia.Iblis berjanji di hadapan Allah akan menjerumuskan manusia dari jalan yang lurus dan membuat mereka untuk tidak bersyukur kepada-Nya. Hal ini diceritakan Allah dalam Al-Qur’an Surah Al-A’raf  ayat 17, di dalamnya Iblis mengatakan:

ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ             

“Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur.”
Natijah dari kelalaian manusia akan menghanyutkan mereka kelembah kekufuran, sebagaimana firman Allah swt dalam surah Ibrahim ayat 7:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”


Sunday 25 June 2017

Puasa enam syawwal - Seumpama Berpuasa Sepanjang Tahun


Puasa enam syawwal - Seumpama Berpuasa Sepanjang Tahun

عَنْ أَبِي أَيُوْبَ الأَنْصَارِي رَضِىَ اللهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ ‏ ‏صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الْدَهْرِ. رواه مسلم.

Maksud hadis :
*Daripada Abi Ayub Al-Ansori r.anhu katanya : Bahawa Rasulullah saw. telah bersabda: "Sesiapa berpuasa Ramadan, kemudian diiringi dengan puasa (sunat) enam hari dalam bulan Syawal adalah seperti puasa selama setahun."* Hadith riwayat Muslim

Seseorang yang berpuasa enam hari di bulan Syawal setelah berpuasa Ramadhan, seolah-olah ia berpuasa setahun penuh.

Keterangannya, setiap kebaikan dibalas dengan sepuluh kali ganda.Berpuasa di Bulan Ramadhan seumpama berbuasa sepuluh bulan(300 hari). Sementara enam hari (dalam bulan syawwal) seumpama berpuasa dua bulan(60 hari). Maka jumlahnya menjadi setahun penuh(360 hari). Sehingga dapat diraih pahala ibadah setahun penuh tanpa keberatan, ianya adalah sebagai kemurahan dari Allah dan kenikmatan bagi para hambaNya.

Firman Allah Ta’ala,

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

“Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali ganda amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).” (Al An’am: 160).

Juga seperti yang dimaksudkan oleh Hadith Rasulullah SAW

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – قَالَ « يَقُولُ اللَّهُ إِذَا أَرَادَ عَبْدِى أَنْ يَعْمَلَ سَيِّئَةً فَلاَ تَكْتُبُوهَا عَلَيْهِ حَتَّى يَعْمَلَهَا ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا بِمِثْلِهَا وَإِنْ تَرَكَهَا مِنْ أَجْلِى فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً وَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَعْمَلَ حَسَنَةً فَلَمْ يَعْمَلْهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ حَسَنَةً ، فَإِنْ عَمِلَهَا فَاكْتُبُوهَا لَهُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا إِلَى سَبْعِمِائَةٍ »

Dari Abu Hurairah,  Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Allah Ta’ala berfirman: Jika hamba-Ku bertekad melakukan kejahatan, janganlah dicatat hingga ia melakukannya. Jika ia melakukan kejahatan tersebut, maka catatlah satu kejahatan yang semisalnya. Jika ia meninggalkan kejahatan tersebut karena-Ku, maka catatlah satu kebaikan untuknya. Jika ia bertekad melakukan satu kebaikan, maka catatlah untuknya satu kebaikan. Jika ia melakukan kebaikan tersebut, maka catatlah baginya sepuluh kebaikan yang semisalnya hingga 700 kali ganda.” HR. Bukhari dan Muslim

Cara perlaksanaannya:

Perlaksanaannya, boleh dengan dilakukan secara  berurutan ataupun terpisah-pisah. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menyebutkan pelaksanaannya adalah secara mutlak, dan tidak menyebutkan caranya dengan dilakukan secara berurutan atau terpisah.

Ini bermaksud juga bahawa seluruh bulan Syawwal merupakan waktu untuk berpuasa enam hari.

Hari pelaksanaannya tidak tertentu dalam bulan Syawwal. Ini bermaksud seorang mu`min itu boleh memilih waktu bilakah untuk melakukannya, (baik) di awal bulan, pertengahan bulan atau di akhir bulan. Juga boleh melakukannya secara terpisah atau berurutan. Oleh kerana itu perkara ini adalah fleksibel. Jika menyegerakan dan melakukannya secara berurutan di awal bulan, maka itulah afdhalnya. Sebab ianya menunjukkan menyahut tuntutan bersegera didalam melakukan kebaikan.
Allah Ta’ala berfirman,

فَاسْتَبِقُوا الْخَيْرَاتِ

“Berlomba-lombalah dalam kebaikan.” ( Al Baqarah: 148).

Begitu juga Allah Ta’ala berfirman,

وَسَارِعُوا إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتُ وَالْأَرْضُ أُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِينَ

“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa.” (Ali Imran: 133).

Para ulama menganjurkan (istihbab) pelaksanaan puasa enam hari dikerjakan setelah langsung hari ‘Idhul Fitri. Tujuannya, sebagai mencerminkan menyegerakan dalam melaksanakan kebaikan. Ini untuk menunjukkan bukti kecintaan kepada Allah, sebagai bukti tidak ada kebosanan dalam beribadah (berpuasa) pada dirinya, untuk menghindari faktor-faktor yang boleh menghalanginya berpuasa, jika ditunda-tunda.

Saturday 24 June 2017

Keluar air setelah mandi

Keluar  air setelah mandi

Soalan:

Seseorang yang telah mandi janabah dan dia dapati ada air keluar, adakah mandinya itu perlu diulang?

Jawapan:

Setiap lelaki dan wanita diperintahkan untuk mandi setelah bersetubuh. Apabila mandi itu sudah dilakukan, maka tiada lagi tanggungan lain ke atas mereka. Jika air masih keluar setelah selesai mandi, maka tidak dimestikan mandi semula kerana tiada keterangan yang memerintahkan demikian. Akan tetapi jelas , kedua mereka mesti berwuduk kerana telah keluar sesuatu dari qubul atau dubur. Ini bermakna mereka dalam keadaan berhadas kecil. Kesimpulannya, lelaki atau wanita yang mendapati ada sesuatu keluar dari qubul atau dubur, maka tidak diwajibkan mandi semula, cukup dengan berwuduk sahaja.

Berkenaan dengan hal ini ada terdapat satu riwayat;

إِذَا اغْتَسَلَ أَحَدُكُمْ ثُمَّ ظَهَرَ مِنْ ذَكَرِهِ شَيْءٌ فَلْيَتَوَضّأْ
Maksudnya:

“Dari Hakam bin Amr ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Apabila salah seorang dari kamu telah mandi janabah, kemudian didapati ada sesuatu keluar dari kemaluannya, maka hendaklah dia berwudhu”. HR Thabrani (Dhoif)


Status hadith ini tidak sahih riwayatnya akan tetapi maknanya sesuai dan tiada keteranga pula dalam larangannya.

Was-was kentut dalam solat


Was-was kentut dalam solat

Jumhur ulama bersepakat bahawa salah satu dari penyebab terbatalnya  wudhu adalah apabila keluar apa sahaja daripada qubul atau dubur, daripada najis, air mani mahupun, angin (kentut).

Oleh itu, seseorang yang yakin bahawa dia telah kentut maka wudhunya akan terbatal serta merta sama ada angin tersebut mengeluarkan  bunyi atau tidak, berbau ataupun tidak.

Namun, sekiranya seseorang ragu-ragu sama ada dia telah kentut ataupun tidak, pada ketika inilah sifat-sifat yang zahir daripada kentut itu perlu diambil kira bagi memastikan kedudukan wudhunya. Sifat-sifat zahir inilah yang mensyaratkan sama ada angin itu mengeluarkan bunyi ataupun bau bagi menghilangkan keraguan batalnya wudhu.

Sabda Rasulullah SAW.
شَكَا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الرَّجُلُ الَّذِي يُخَيَّلُ إِلَيْهِ أَنَّهُ يَجِدُ الشَّيْءَ فِي الصَّلَاةِ فَقَالَ لَا يَنْفَتِلْ أَوْ لَا يَنْصَرِفْ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

"Seorang lelaki telah mengadu kepada Rasulullah S.A.W bahawa dia seolah-olah mendapati sesuatu di dalam solatnya (ragu-ragu wudhu’nya terbatal sewaktu sedang solat). Maka (baginda) bersabda:  Janganlah dia berhenti (solat)sehingga mendengar bunyi atau mendapati (mencium) bau. HR Bukhari, Muslim dan lain-lainnya.

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – – إِذَا وَجَدَ أَحَدُكُمْ فِي بَطْنِهِ شَيْئًا, فَأَشْكَلَ عَلَيْهِ: أَخَرَجَ مِنْهُ شَيْءٌ, أَمْ لَا? فَلَا يَخْرُجَنَّ مِنْ اَلْمَسْجِدِ حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا, أَوْ يَجِدَ رِيحًا – أَخْرَجَهُ مُسْلِم

“Dari Abu Hurairah ra., ia berkata bahwa Rasulullah saw. bersabda, “Jika salah seorang di antara kamu mendapati ada terasa sesuatu di perutnya, lalu ia ragu-ragu apakah keluar sesuatu ataukah tidak, maka janganlah ia keluar dari masjid hingga ia mendengar suara atau mendapati bau.” HR. Muslim

Kaedah Fikh

Dari hadits di atas, dapat dihasilkan suatu kaedah yang biasa disebutkan oleh para ulama,
اليقين لا يزول بالشك

“Yang yakin tidak boleh dihilangkan dengan ragu-ragu".

Justeru, kalau tiada bau dan bunyi, dan lebih kepada was-was semata-mata, boleh dikira bahawa itu hanyalah pergerakan otot dubur semata-mata. Kadang-kadang kerana ada angin yang terperangkap di celah punggung tetapi bahagian luar. Itu bukan kentut. Kadang-kadang juga dirasai gas di bahagian hujung dalam dubur itu naik ke usus, membuatkan ada rasa sensasi di bahagian hujung. Itu juga bukan kentut.


Maka yang penting dalam isu ini ialah keyakinan bahawa memang ada hadas yang keluar, lalu membatalkan wuduk dan solat. Jika tiada maka kekallah hukum asal bahawa seseorang itu masih dalam keadaan suci.

Friday 23 June 2017

Orang yang rugi : Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan

Orang yang rugi : Rugilah Jika Ramadan Berlalu Dosa Tidak Diampunkan

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ دَخَلَ عَلَيْهِ رَمَضَانُ ثُمَّ انْسَلَخَ قَبْلَ أَنْ يُغْفَرَ لَهُ وَرَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ أَدْرَكَ عِنْدَهُ أَبَوَاهُ الْكِبَرَ فَلَمْ يُدْخِلَاهُ الْجَنَّةَ

Dari Abu Hurairah Radhiyallahu anhu, ia berkata, “Rasulullah SAW bersabda: “Rugi (celaka) orang yang disebutkan namaku (nama Rasulullah SAW) di hadapannya, tetapi ia tidak mahu berselawat kepadaku. Rugi (celaka) orang yang masuk Ramadan, kemudian Ramadan itu berlalu sebelum dosa-dosanya diampuni. Rugi (celaka) seorang yang mendapatkan kedua orang tuanya di waktu tua (lanjut usia), tetapi keduanya tidak dapat menyebabkannya masuk Syurga.” (HR Tirmizi No: 3464) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Satu daripada adab kita terhadap Rasulullah SAW ialah apabila nama baginda disebut, kita hendaklah menyahutnya dengan berselawat ke atas junjungan baginda SAW. Antaranya dengan lafaz

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

Rugi mereka yang tidak menyahut dan berselawat ke atas Nabi SAW.

Sabda Nabi SAW:

الْبَخِيلُ مَنْ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ

“Orang bakhil ialah mereka yang apabila disebut nama-Ku mereka tidak berselawat”. [HR: Tirmizi. No: 3469]. Status: Sahih

2.  Ramadan adalah bulan anugerah Allah kepada umat Nabi Muhammad SAW. Puasa di siang hari, ibadat solat terawih, baca quraan,  iktikaf wirid zikir istighfar dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan menjadi instrument penghapus dosa.

Rugi kita jika tidak berusaha melakukan ibadat puasa bersungguh-sungguh sehingga ibadat puasa menjadi penghapus dosa yang lalu.

Rugi kita jika tidak berusaha bersungguh-sungguh menjadikan ibadat di malam hari bermula daripada berbuka puasa, solat maghrib, solat isya, solat terawih, solat tahajud, solat witir, solat sunat yang lain, tilawah, bersahur dan berdoa diwaktu sahur – sebagai instrumen pengampunan dosa yang lalu.

Apakah ibadat puasa kita serta menghidupkan ibadat malam hari yang dilakukan menjadi penghapus dosa-dosa yang lalu?.

Jika ada dosa kita sepanjang ramadan berbentuk fitnah, umpatan dan sebagainya yang berkaitan dengan orang lain - mohonlah kemaafan. Moga kita tidak tergolong dalam kalangan orang yang celaka.
Marilah kita merenung Sabda Rasul (s.a.w)yang diriwayatkan dari Abu Hurairah (r.a) berkata Nabi (s.a.w):
" رُبَّ صَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ صِيَامِهِ الْجُوعُ وَالْعَطَشُ ، وَرُبَّ قَائِمٍ حَظُّهُ مِنْ قِيَامِهِ السَّهَرُ "

Hadith riwayat Ibnu Khuzaimah dan Ibnu Hibban.Hadith ini menunjukkan ada orang yang Solat tetapi  hanya mendapat bilangan rakaat dan penat dan orang yang berpuasa hanya mendapat lapar dan dahaga. Ini kerana solat dan puasa mereka tidak mampu merubah seseorang kepada manusia yang mencegah dirinya dari kemungkaran dan mencapai tahap ketaqwaan yang sebenarnya.


3.  Memuliakan kedua orang tua berarti memuliakan Allah, kerana itu Allah menghubungkan berbuat baik kepada keduanya dengan bertauhid kepada Allah di dalam firman-Nya [Al-Israa': 23]:

وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِنْدَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُلْ لَهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُلْ لَهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا

“Dan Rabb-mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'ah' dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkan-lah kepada mereka perkataan yang mulia.”

Rugi mereka yang masih ada orang tua tidak berbuat baik kepada keduanya, tidak menunaikan tanggungjawab sebagai anak, menyayangi dan membantu segala keperluan mereka.

4. Di penghujung Ramadan ini marilah kita muhasabah  diri. Adakah ibadat puasa yang telah kita lalui menyebabkan kita merasai kemanisan beribadat? Adakah ibadat solat yang kita tunaikan sama ada yang sunat atau fardu, solat terawih, solat tahajjud dan lain-lain, adakah kita merasai kelazatannya? Berbagai bentuk ibadah yang kita lakukan, sedekah dan infaq yang kita berikan, zakat yang kita keluarkan, bantuan dan sumbangan yang kita berikan sepanjang ramadhan, adakah kita merasai nikmat dan khusyuk dari segala bentuk ibadah yang telah kita lakukan sepanjang ramadan? Inilah ibadat yang sepatutnya kita lakukan bukannya kita beribadat kerana mengikut kebiasaan. Orang berpuasa kita berpuasa…orang mengadakan majlis khatam al-Qur’an, maka kita pun membaca al-Qur’an, orang pergi solat terawih maka kita pun ke masjid untuk berterawih tetapi semua ibadat ini kosong dari kekhusyukan, kosong dari kemanisan dan keseronokan beribadat. Inilah roh kepada setiap ibadat yang kita lakukan sebagaimana yang disabdakan oleh Nabi (s.a.w):

أنْ تَعْبُدَ الله كَأَنَّك تَراهُ فَإن لَم تَكنْ تَراهُ فَإنَّه يَراكَ

“ Kamu menyembah Allah (s.w.t) seolah-olah kamu melihatnya, dan tentunya kamu tidak dapat melihat Allah Allah (s.w.t)  tetap melihat kamu.” HR Muslim

Kelazatan ini yang inilah yang dialami oleh Rasulullah (s.a.w). Sabda Rasulullah (s.a.w): 
وَجُعِلَت قُرَّةُ عِينِي فِي الصَّلاةِ  maksudnya dijadikan penyejuk mataku dalam ibadat solat. Merasai kelazatan beribadah yang melahirkan tenaga dan kekuatan dalaman. Rasulullah (s.a.w), para sahabat dan generasi awal menjadikan ibadat khusus solat, puasa, zakat, tahajjud sebagai kekuatan dalaman untuk menegakkan agama Allah (s.w.t), bukan sahaja untuk menentang hawa nafsu tetapi untuk menentang musuh-musuh Islam dalam peperangan.  Inilah kekuatan yang perlu kita cari dari ibadat yang dilakukan

5. Idul fitri hampir tiba dan ramadhan hampir ke penghujungnya. Persoalannya sejauh manakah kita mampu menjadi manusia bertaqwa setelah kita berpuasa selama sebulan. Adakah Hari raya disambut dengan menghabiskan masa membaca al-Qur’an sebagai penerusan dari ibadat bulan Ramadan atau ia disambut di hadapan televisyen berjam-jam menonton drama-drama, kisah-kisah cinta, filem-filem yang diimport dari timur dan barat yang jelas bertentangan dan Islam dan tidak memberi manfaat dan melupakan tanggungjawab melayan tetamu. Amalan ini tidak seharusnya dibiarkan kerana ia bertentangan dengan taqwa yang ingin dicapai dari ibadat puasa dan bertentangan dengan roh sambutan Aidul Fitri yang sebenar iaitu kembali  kepada fitrah, kemurnian, kesucian dan kemuliaan sebagai makhluk Allah swt.

Adakah kita ingin merosakkan kebaikan yang dilakukan sepanjang bulan Ramadan ini dengan membiarkan isteri kita, anak-anak perempuan kita, wanita-wanita Islam disekitar kita membuka tudung mereka. Tudung yang dipakai dengan cantik selama sebulan hanya disimpan di dalam almari. Adakah kita ingin meninggalkan al-Qur’an yang kita baca sepanjang ramadan dengan menyimpannya di atas rak buku? Apakah patut kita meninggalkan ramadan dengan mengulangi kembali dosa-dosa dan kesalahan yang telah kita sesali, setelah kita bertaubat kepada Allah (s.w.t)? Marilah sama-sama kita memerangi hasutan dan godaan syaitan yang akan dibebaskan beberapa ketika lagi. Semoga kita keluar dari bulan Ramadan sebagai golongan yang dibebaskan daripada api neraka. Semoga Allah (s.w.t) memanjangkan umur kita sehingga kita bertemu dengan ramadan yang akan datang.  Semoga kita termasuk dalam golongan yang bertaqwa yang Allah sediakan untuk mereka syurga. Firman  Allah (s.w.t):

وَسِيۡقَ الَّذِيۡنَ اتَّقَوۡا رَبَّهُمۡ اِلَى الۡجَـنَّةِ زُمَرًا​ؕ حَتّٰٓى اِذَا جَآءُوۡهَا وَفُتِحَتۡ اَبۡوَابُهَا وَقَالَ لَهُمۡ خَزَنَتُهَا سَلٰمٌ عَلَيۡكُمۡ طِبۡتُمۡ فَادۡخُلُوۡهَا خٰلِدِيۡنَ‏ ﴿73﴾ وَقَالُوا الۡحَمۡدُ لِلّٰهِ الَّذِىۡ صَدَقَنَا وَعۡدَهٗ وَاَوۡرَثَنَا الۡاَرۡضَ نَتَبَوَّاُ مِنَ الۡجَـنَّةِ حَيۡثُ نَشَآءُ ​ۚ فَنِعۡمَ اَجۡرُ الۡعٰمِلِيۡنَ‏ ﴿74


Dan orang-orang yang bertaqwa kepada Tuhan mereka akan dibawa ke syurga dengan berpasuk-pasukan, sehingga apabila mereka sampai ke syurga yang pintu-pintunya sedia terbuka dan penjaga-penjaganya mengalu-alukan mereka dengan kata-kata:” salam sejahtera kepada kamu, berbahagialah kamu, maka silalah masuk ke dalam syurga ini dengan keadaan tinggal kekal di dalamnya” (Mereka pun masuk) – Serta mereka berkata:” Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menepati janjinya kepada kami, dan yang menjadikan Kami mewarisi bumi syurga ini Dengan sebebas-bebasnya, Kami boleh mengambil tempat dari syurga ini di mana sahaja Kami sukai; maka pemberian Yang demikian ialah sebaik-baik balasan bagi orang-orang Yang beramal”. Surah al-Zumar Ayat 73-74.