Friday 29 December 2017

4 tanda dari kesempurnaan iman (mencintai, membenci , memberi dan melarang (menahan) kerana Allah)

4 tanda dari kesempurnaan iman (mencintai, membenci , memberi dan melarang (menahan) kerana Allah)

حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ الْفَضْلِ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ شَابُورَ عَنْ يَحْيَى بْنِ الْحَارِثِ عَنْ الْقَاسِمِ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ وَأَبْغَضَ لِلَّهِ وَأَعْطَى لِلَّهِ وَمَنَعَ لِلَّهِ فَقَدْ اسْتَكْمَلَ الْإِيمَانَ

Telah menceritakan kepada kami Muammal Ibnul Fadhl berkata, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Syu'aib bin Syabur dari Yahya Ibnul Harits dari Al Qasim dari Abu Umamah dari Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa mencintai karena Allah, membenci karena Allah, memberi karena Allah dan melarang (menahan) karena Allah, maka sempurnalah imannya."
HR Abu Daud,4061. Sahih

Dalil al-Qur'an:

إِنَّ الْمُنَافِقِينَ يُخَادِعُونَ اللَّهَ وَهُوَ خَادِعُهُمْ وَإِذَا قَامُوا إِلَى الصَّلَاةِ قَامُوا كُسَالَىٰ يُرَاءُونَ النَّاسَ وَلَا يَذْكُرُونَ اللَّهَ إِلَّا قَلِيلًا

Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk shalat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan shalat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali. An-Nisa:142

Mencintai kerana Allah:

Barangsiapa mencintai kerana Allah ( مَنْ أَحَبَّ لِلَّهِ ) terhadap sesuatu atau seseorang bukan kerana luar tabi’i atau bukan kerana nafsu tetapi hanya semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.

Sebagaimana tanda cinta yang diucapkan oleh Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam terhadap sahabat Baginda dalam sebuah hadith,

يَا مُعَاذُ إِنِّي اُحِبُّكَ لا تَدَعْ دُبُرَ كُلِّ صَلاَةٍ، اَللَّهُمَّ أعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

“Hai Muaz, aku menyayangimu. Justeru jangan kamu tinggalkan untuk berdoa setiap kali selepas solat dengan membaca doa ini: Ya Allah, tolonglah aku untuk mengingatimu, bersyukur kepadamu dan membaikkan dalam beribadat kepadamu.”
HR Ahmad (no: 22119), Abu Daud (no: 1524), dan al-Nasaie (no: 9937). Dinilai sahih oleh Ibn Hibban dan Ibn Khuzaimah.

Dari Anas ra, Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

لَا يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

“Tidak sempurna keimanan seseorang diantara kalian sampai ia mencintai saudaranya seperti ia mencintai dirinya”. HR Bukhari

Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُ وُدًّا

Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal saleh, kelak Allah yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam (hati) mereka rasa kasih sayang. Maryam:96

Justeru itu, jika seseorang mencintai seseorang kerana orang tersebut memberinya sesuatu, maka dia tidaklah mencintainya tetapi hanya menyukai pemberian tersebut.Dan ini semua termasuk mengikuti keinginan jiwa sahaja.

Dan sesiapa yang mengatakan bahwa dia mencintai orang yang memberinya itu kerana Allah, maka itu hanya merupakan sebuah kedustaan, kemunafikan,kemustahilan, dan ucapan dosa. Kerana pada hakikatnya dia tidak menyintainya kecuali hanya menyintai atau menyukai hal-hal atau sarana yang sampai kepadanya yang berupa manfaat yang diraih atau keburukan yang tertolak, jadi dia hanyalah menyintai manfaat atau tertolaknya keburukan tersebut, dan yang semacam ini bukanlah kecintaan kerana Allah dan bukan pula dinamakan kecintaan kepada orang yang katanya dia cintai itu.

Membenci atau marah kerana Allah

Diantara tanda kesempurnaan Iman adalah membenci atau memarahi ( وَأَبْغَضَ لِلَّهِ ) kerana Allah demi kepentingan agama, seperti membenci kekufuran serta ahli kekufuran dan membenci kemaksiatan serta ahli maksiat ketika mana mereka sedang bermaksiat. Sebagaimana firman Allah,

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus, al-Hujurat:7

Memberi kerana Allah:

Memberi kerana (وَمَنَعَ لِلَّهِ ) meliputi setiap perkara samaada dari segi percakapan, pergaulan dan juga dikala bersendirian.

Dalil al-Qur'an

وَلَا تَمْنُنْ تَسْتَكْثِرُ

dan janganlah kamu memberi (dengan maksud) memperoleh (balasan) yang lebih banyak.Al-Muddassir: 6

Maksudnya adalah memberi sesuatu hanya dengan harapan dapat meraih reda dan pahala dari Allah bukan karena kecondongan hatinya pada yang ia beri. 
Dan dalam amalan kebiasaannya, kita boleh saja me­nanti ucapan terimakasih dari orang yang kita beri, tapi mengabaikannya jauh lebih mulia dan kedudukannya lebih tinggi, sebagaimana dalil dari firman Allah:

إِنَّمَا نُطْعِمُكُمْ لِوَجْهِ اللَّهِ لَا نُرِيدُ مِنْكُمْ جَزَاءً وَلَا شُكُورًا

Sesungguhnya kami memberi makanan kepadamu hanyalah untuk mengharapkan keridhaan Allah, kami tidak menghendaki balasan dari kamu dan tidak pula (ucapan) terima kasih.Al-Insan:9

Melarang (menahan) kerana Allah

Melarang (menahan) kerana Allah (وَأَعْطَى لِلَّهِ ),
Justeru itu setiap penolakan yang ia lakukan adalah atas dasar perintah Allah meliputi setiap perkara baik dari segi percakapan, pergaulan dan jika bersendirian sama seperti firman Allah didalam surah al An’am ayat 162:

قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Katakanlah: “Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.”

Seperti dikala menahan diri dari memberi zakat kepada non muslim kerana tiada kemuliaan darinya atau menahan memberi zakat kepada keturunan bani Hasyim kerana keagungan darajatnya, justeru kerana Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam adalah dari keturunan bani Hasyim.

Dan juga dalam urusan seharian, memilih kawan, memilih teman hidup, yang paling afdal sekali adalah untuk mendapat keredaan Allah. 
Justeru itu, hendaklah sentiasa ingat kepada Allah, ingat kepada hukum hakam-"Nya ketika melakukan sebarang urusan kehidupan, Kerana kesemuanya adalah sarana yang memainkan peranan yang penting agar kita sentiasa istiqamah di atas jalan agama.

Hindari kezaliman dan kebakhilan,kerana kedua-duanya penyebab kecelakaan di dunia dan di akhirat.

Hindari kezaliman dan kebakhilan,kerana kedua-duanya penyebab kecelakaan di dunia dan di akhirat.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ حَدَّثَنَا دَاوُدُ يَعْنِي ابْنَ قَيْسٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ بْنِ مِقْسَمٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اتَّقُوا الظُّلْمَ فَإِنَّ الظُّلْمَ ظُلُمَاتٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَاتَّقُوا الشُّحَّ فَإِنَّ الشُّحَّ أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ حَمَلَهُمْ عَلَى أَنْ سَفَكُوا دِمَاءَهُمْ وَاسْتَحَلُّوا مَحَارِمَهُمْ

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah bin Qa'nab; Telah menceritakan kepada kami Dawud yaitu Ibnu Qais dari 'Ubaidillah bin Miqsam dari Jabir bin 'Abdullah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Hindarilah kezaliman, kerana kezaliman itu adalah mendatangkan kegelapan pada hari kiamat kelak! Jauhilah kekikiran, karena kekikiran itu telah mencelakakan (menghancurkan) orang-orang sebelum kalian yang menyebabkan mereka menumpahkan darah dan menghalalkan yang diharamkan." HR Muslim, 4675.

Kezaliman (azh-Zhulm /الظلم )

Kata “azh-Zhulm” (الظلم) berasal dari fi’l (kata kerja) “zhalama – yazhlimu” ( ظَلَمَ - يَظْلِمُ )
yang membawa bererti “Menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya”. Ianya sepadan dengan kata “al-Jawr” ( الجور ).

Hadith diatas merupakan dalil atas keharaman perbuatan zalim yang mencangkupi semua bentuk kezaliman.

Kezaliman terbagi kepada dua jenis:

Pertama, kezaliman seorang hamba terhadap dirinya sendiri :

Kezaliman yang paling besar dan yang paling merbahaya dari jenis ini adalah "syirik" , yang mana orang yang berbuat kesyirikan menjadikan makhluk setaraf dengan Khaliq.

Allah Ta’ala berfirman,

وَإِذْ قَالَ لُقْمَانُ لِابْنِهِ وَهُوَ يَعِظُهُ يَا بُنَيَّ لَا تُشْرِكْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّ الشِّرْكَ لَظُلْمٌ عَظِيمٌ

Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar". Luqman:13

"Ini yang dimaksudkan, dia telah menempatkan sesuatu bukan pada tempatnya".

Kezaliman yang berikutnya adalah perbuatan-perbuatan maksiat yang berbagai jenis, samada yang besar ataupun yang kecil dan dalam perkara ini juga termasuk dalam hal membunuh diri.

Allah Ta’ala berfirman,

كَلَّا بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.” Al Muthoffifin: 14

“Yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah dosa di atas tumpukan dosa sehingga boleh membuat hati itu gelap dan lama kelamaan pun mati.” (Tafsir Al Qur’an Al ‘Azhim, Ibnu Katsir)

Kedua, kezaliman yang dilakukan oleh seorang hamba terhadap orang lain, baik terkait dengan jiwa atau nyawa, harta atau kehormatan.

Sebagaimana Allah Subhanahuwata'ala mendatangkan hukum Qisas bagi keselamatan nyawa:

وَلَكُمْ فِي الْقِصَاصِ حَيَاةٌ

Dan dalam qisas itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu.al-Baqarah:179]

Dan juga dalam bersoalan harta Allah Subhanahuwata'ala melarang mendapatkan harta dengan cara batil dan juga hukuman didunia bagi mereka yang menzalimi terhadap orang lain dalam persoalan harta:

Allah Ta’ala berfirman,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَنْ تَكُونَ تِجَارَةً عَنْ تَرَاضٍ مِنْكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesamamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan suka sama-suka di antara kamu. Dan janganlah kamu membunuh dirimu; sesungguhnya Allah adalah Maha Penyayang kepadamu. An-Nisa:29.

Allah Ta’ala berfirman,

وَالسَّارِقُ وَالسَّارِقَةُ فَاقْطَعُوا أَيْدِيَهُمَا جَزَاءً بِمَا كَسَبَا نَكَالًا مِنَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Al-Maidah:38

Dan juga dalam bersoalan kehormatan atau maruah, Allah Allah Subhanahuwata'ala mendatangkan hukum Qazaf bagi bagi orang yang menuduh orang lain berzina tanpa ada saksi.Allah Ta’ala berfirman,

وَالَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ ثُمَّ لَمْ يَأْتُوا بِأَرْبَعَةِ شُهَدَاءَ فَاجْلِدُوهُمْ ثَمَانِينَ جَلْدَةً وَلَا تَقْبَلُوا لَهُمْ شَهَادَةً أَبَدًا ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera, dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik. An-Nur:4.

Perhatian:
Kezaliman terhadap sesama makhluk tidak dapat ditebus dengan taubat. Taubat kepada Khaliq berkaitan dengan hak-hak-Nya, maka Dia akan menerimanya bila melakukan taubat nasuha. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala :

وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَ الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

Dan bertaubatlah kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. An-Nuur:31

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَّصُوحًا

Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya.At-Tahriim:8

Tetapi bila sesuatu yang terkait dengan sesama makhluk, maka hal itu terpulang kepada yang bersangkutan dan harus diselesaikan terlebih dahulu dengannya, apakah dia memaafkan dan menghalalkan kezaliman yang terlah terjadi atasnya atau tidak.

Bakhil ( (البخل) atau kikir,

Bakhil dalam bahasa arab juga disebut dengan as syuhha ( الشُّحَّ ). Sedangkan dalam istilah adalah bakhilnya seseorang terhadap harta dan segala kebaikan yang ada pada dirinya atau pada orang lain. Allah Ta’ala berfirman,

وَلَا يَحْسَبَنَّ الَّذِينَ يَبْخَلُونَ بِمَا آتَاهُمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ هُوَ خَيْرًا لَهُمْ ۖ بَلْ هُوَ شَرٌّ لَهُمْ ۖ سَيُطَوَّقُونَ مَا بَخِلُوا بِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۗ وَلِلَّهِ مِيرَاثُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ

Sekali-kali janganlah orang-orang yang bakhil dengan harta yang Allah berikan kepada mereka dari karunia-Nya menyangka, bahwa kebakhilan itu baik bagi mereka. Sebenarnya kebakhilan itu adalah buruk bagi mereka. Harta yang mereka bakhilkan itu akan dikalungkan kelak di lehernya di hari kiamat. Dan kepunyaan Allah-lah segala warisan (yang ada) di langit dan di bumi. Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan. Ali-Imran:180

Hari ini kebakhilan sudah menjadi penyakit yang meluas dikalangan umat Islam. Ekonomi kapitalis dan budaya hidup inilah yang menjadikan seseorang itu tidak peka terhadap orang lain. Lingkungan keluarga dan masyarakat kini telah berhasil menanamkan jiwa invidualisme. Yang penting saya menjadi kaya, kecukupan, semua keperluan serba ada, dan tidak perlu memikirkan keperluan saudaranya yang lain.

Kerana itulah munculnya berbagi bentuk kebakhilan pada umat ini. Bakhilnya seorang da’i untuk menyampaikan kebenaran , bakhilnya seorang pemimpin untuk membela islam dan kebenaran, bakhilnya seseorang untuk mengorbankan waktunya demi berfikir untuk kemajuan Islam, bakhilnya seseorang untuk mengeluarkan hartanya di jalan Allah Ta’ala. Dan yang lebih parah lagi adalah bakhilnya seseorang untuk memberikan kemudahan bagi orang lain walaupun hanya dengan sesuatu yang kecil atau remeh. Orang yang bakhil tidak mungkin mahu untuk memberikan hartanya, waktunya, tenaganya apalagi jiwanya dan ruhnya untuk Islam.

Islam sangat membenci sifat bakhil dan ianya merupakan salah satu dari sifat mazmumah yang amat tercela. Kerana sifat bakhil adalah salah satu dari perangai orang munafiq yang tidak mahu berkorban untuk kebaikan. Dan diantara kerosakan yang terhasil dari sifat bakhil adalah sabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam :

إِيَّاكُمْ وَالشُّحَّ فَإِنَّمَا هَلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ بِالشُّحِّ أَمَرَهُمْ بِالْبُخْلِ فَبَخَلُوا وَأَمَرَهُمْ بِالْقَطِيعَةِ فَقَطَعُوا وَأَمَرَهُمْ بِالْفُجُورِ فَفَجَرُوا

Hendaklah kalian jauhi sifat bakhil, maka sesungguhnya telah celaka orang-orang sebelum kalian dengan kebakhilan : memerintahkan kepada mereka dengan kebakhilan kemudian mereka bakhil, dan memerintahkan kepada merela untuk memutus silaturrahmi kemudian mereka putus, dan memerintahkan kepada mereka dengan perbuatan dosa kemudian ia melakukannya. HR Abu Daud

Akhlak Islamiah: Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan amal selain akhlak yang baik.

Akhlak Islamiah: Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan amal selain akhlak yang baik.

حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ وَحَفْصُ بْنُ عُمَرَ قَالَا حَدَّثَنَا ح و حَدَّثَنَا ابْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ أَبِي بَزَّةَ عَنْ عَطَاءٍ الْكَيْخَارَانِيِّ عَنْ أُمِّ الدَّرْدَاءِ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ شَيْءٍ أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ قَالَ أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ سَمِعْتُ عَطَاءً الْكَيْخَارَانِيَّ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ عَطَاءُ بْنُ يَعْقُوبَ وَهُوَ خَالُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ نَافِعٍ يُقَالُ كَيْخَارَانِيٌّ وَكَوْخَارَانِيٌّ

Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid Ath Thayalisi dan Hafsh bin Umar keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Ibnu Katsir berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu'bah dari Al Qasim bin Abu Bazzah dari Atha Al Kaikharani dari Ummu Darda dari Abu Darda dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan amal selain akhlak yang baik." Abul Walid berkata; aku mendengar Atha' Al KaiKharani, Abu Daud berkata; "ia adalah paman Ibrahim bin Nafi'. Ia juga dipanggil dengan nama Kaikharani dan Kaukharani." Abu Daud,4166. Sahih

Dalil al-Qur'an,

وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ

Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. Al-Qalam:4

Dalil hadith,
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam-,

إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ

“Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan kemulian akhlak.” HR Al-Baihaqi

Akhlak dari sudut bahasa:
Berasal dari bahasa Arab iaitu “Al Khulk” yang dimaksudkan sebagai perangai, tabiat,budi pekerti, dan sifat seseorang. Oleh itu akhlak seseorang diertikan sebagai budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang terkait dengan sifat-sifat yang ada pada dirinya.

Akhlak dari sudut istilah:
Akhlak dalam istilah Islam adalah sifat atau perangai seseorang yang telah sebati dan biasanya akan tercermin dari perilaku orang tersebut. Seseorang yang memiliki sifat yang baik biasanya akan memiliki perangai atau akhlak yang baik juga dan sebaliknya seseorang yang memiliki perangai yang buruk atau tercela cenderung memiliki akhlak yang tercela. Pengertian akhlak disebutkan dalam firman Allah Subhanahuwata'ala pada ayat berikut,

إِنَّا أَخْلَصْنَاهُمْ بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ

Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat.Shad : 46

Dari pengertian diatas dapat difahami bahawa akhlak adalah sifat dalaman seseorang di mana ia menunjukkan kebaikan ataupun keburukan.Kesinambungan daripada istilah akhlak adalah sebuah kehormatan. Jika diteliti pada maksud maruah itu, ia adalah sesuatu yang diperlihatkan kepada orang lain berdasarkan sifat dan amalannya.

Agama Islam mempunyai asas-asas tertentu yang membentuknya, iaitu ia terbina dari aqidah, syariat dan akhlak.

Justeru itu agama dan akhlak tidak dapat dipisahkan, di mana pengertiannya yang lebih jelas adalah apabila seseorang yang beragama (iaitu Islam) dan berakhlak, mereka tidak akan mengganggu,menyusahkan dan menyakiti orang lain.

Pengutusan Rasulullah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam menyampaikan agama Islam dan mengeluarkan manusia daripada kesesatan adalah suatu anugerah dari Allah Subhanahuwata'ala dalam membentuk sebuah agama yang mempunyai umat berakhlak mulia. Dari itu pula Rasulullah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah contoh dan ikutan yang terbaik yang diutuskan diatas mukabumi ini, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan dan rahmat) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam firmannya,

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا

Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. Al-Ahzab:21

Akhlak terbahagi dua bahagian:

Berakhlak terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala

Berakhlak terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah berserah diri hanya kepada-Nya, bersabar, reda terhadap hukum-Nya baik dalam masalah syariat mahupun takdir, dan tidak berkeluh kesah terhadap hukum syariat dan takdir-Nya serta menghadirkan segala sifat mahmudah dan menjauhi segala sifat mazmudah didalam jiwa.

Berakhlak terhadap manusia dan makhluk Allah yang lain

Berakhlak terhadap manusia adalah tidak menyakiti mereka dengan lisan dan anggota badan, tersenyum di hadapan mereka, manis muka,menahan amarah, tidak sombong,tidak meninggi diri,sabar terhadap gangguan mereka, rendah hati, jujur, amanah, dan menghadirkan segala sifat mahmudah menjauhi segala sifat mazmumah didalam jiwa.

Diantara contoh akhlak yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah beliau telah memerintahkan agar bergaul dengan manusia dengan akhlak yang mulia, sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam:

“اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ.”

“Bertakwalah kamu kepada Allah dimanapun kamu berada! Iringilah kejelekan dengan kebaikan, niscaya dia akan menghapuskannya! Pergaulilah manusia dengan akhlak yang mulia!”HR Tirmizi

Dan juga termasuk berakhlak adalah berakhlak mulia dengan makhluk Allah yang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam

حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي الْأَشْعَثِ عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ قَالَ خَصْلَتَانِ سَمِعْتُهُمَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا قَالَ غَيْرُ مُسْلِمٍ يَقُولُ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ

Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Khalid Al Hadzdza` dari Abu Qilabah dari Abu Al Asy'ats dari Syaddad bin Aus, ia berkata; dua sifat yang aku dengar dari Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan bersikap baik terhadap segala sesuatu, apabila kalian membunuh maka bersikaplah yang baik!" selain Muslim mengatakan mengatakan: maka bunuhlah dengan baik, dan apabila kalian menyembelih maka sembelihlah dengan baik, dan hendaknya salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya dan memberikan kenyamanan kepada hewan sembelihannya."HR Abu Daud, Sahih. 2432

Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dan bermanis muka

Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam dan bermanis muka

حَدَّثَنِي أَبُو غَسَّانَ الْمِسْمَعِيُّ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا أَبُو عَامِرٍ يَعْنِي الْخَزَّازَ عَنْ أَبِي عِمْرَانَ الْجَوْنِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الصَّامِتِ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَحْقِرَنَّ مِنْ الْمَعْرُوفِ شَيْئًا وَلَوْ أَنْ تَلْقَى أَخَاكَ بِوَجْهٍ طَلْقٍ

Telah menceritakan kepadaku Abu Ghassan Al Misma'i; Telah menceritakan kepada kami 'Utsman bin 'Umar; Telah menceritakan kepada kami Abu 'Amir yaitu Al Khazzaz dari Abu 'Imran Al Jauni dari 'Abdullah bin Ash Shamit dari Abu Dzar dia berkata; Nabi shallallahu 'alaihi wasallam berkata kepadaku: "Janganlah kamu menganggap remeh sedikitpun terhadap kebaikan, walaupun kamu hanya bermanis muka kepada saudaramu (sesama muslim) ketika bertemu." HR Muslim,4760

Dalil al-Qur'an

فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ (7) وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sekecil apa pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sekecil apa pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula.” Al Zalzalah: 7-8

Bermanis muka adalah sesuatu yang teramat mudah untuk dilakukan oleh sesiapa sahaja, perbuatan ini merupakan suatu kebaikan yang apabila dilakukan maka akan mendatangkan banyak kebaikan dan kurniaan dari Allah Subhanahuwata'ala.

Bermanis muka menghasilkan suasana harmonis pada setiap kali pertemuan, walaupun mungkin dalam keadaan suasana hati yang berbeza, namun begitulah Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengajarkan, agar memberikan keceriaan kepada sesama kita lebih diutamakan dibandingkan dengan kepentingan peribadi.

Keperibadian yang menarik ini akan mendatangkan rasa damai dan bahagia setiap kali bertemu dengannya, bila berjauhan akan menghadirkan kerinduan yang hebat, menyebut-nyebutkan namanya adalah kenikmatan yang tersendiri, begitulah yang dialami oleh para sahabat terhadap Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam
, keelokan wajahnya dan keramahannya membuat para sahabat tidak mampu untuk berjauhan dari sisinya, bahkan tidak sedikit para sahabat Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam yang tidak mampu memejamkan mata diwaktu malam kerana selalu terbayangkannya dan ingin selalu mendekatinya. Sebagaimana hadith yang yang diriwayatkan oleh Ali ra tentang diri Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam,

كَانَ عَلِيٌّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ إِذَا وَصَفَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَمْ يَكُنْ بِالطَّوِيلِ الْمُمَّغِطِ وَلَا بِالْقَصِيرِ الْمُتَرَدِّدِ وَكَانَ رَبْعَةً مِنْ الْقَوْمِ وَلَمْ يَكُنْ بِالْجَعْدِ الْقَطَطِ وَلَا بِالسَّبِطِ كَانَ جَعْدًا رَجِلًا وَلَمْ يَكُنْ بِالْمُطَهَّمِ وَلَا بِالْمُكَلْثَمِ وَكَانَ فِي الْوَجْهِ تَدْوِيرٌ أَبْيَضُ مُشْرَبٌ أَدْعَجُ الْعَيْنَيْنِ أَهْدَبُ الْأَشْفَارِ جَلِيلُ الْمُشَاشِ وَالْكَتَدِ أَجْرَدُ ذُو مَسْرُبَةٍ شَثْنُ الْكَفَّيْنِ وَالْقَدَمَيْنِ إِذَا مَشَى تَقَلَّعَ كَأَنَّمَا يَمْشِي فِي صَبَبٍ وَإِذَا الْتَفَتَ الْتَفَتَ مَعًا بَيْنَ كَتِفَيْهِ خَاتَمُ النُّبُوَّةِ وَهُوَ خَاتَمُ النَّبِيِّينَ أَجْوَدُ النَّاسِ كَفَّا وَأَشْرَحُهُمْ صَدْرًا وَأَصْدَقُ النَّاسِ لَهْجَةً وَأَلْيَنُهُمْ عَرِيكَةً وَأَكْرَمُهُمْ عِشْرَةً مَنْ رَآهُ بَدِيهَةً هَابَهُ وَمَنْ خَالَطَهُ مَعْرِفَةً أَحَبَّهُ يَقُولُ نَاعِتُهُ لَمْ أَرَ قَبْلَهُ وَلَا بَعْدَهُ مِثْلَهُ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيب

Apabila Ali radliallahu 'anhu menshifati Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dia berkata; Beliau adalah sosok orang yang berpawakan tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu pendek, orang yang berpawakan sedang-sedang, rambutnya tidak kaku dan tidak pula keriting, rambutnya lebat, tidak gemuk dan tidak pula kurus, wajahnya sedikit bulat, kedua biji matanya sangat hitam, bulu matanya panjang, persendian-persendiannya yang pokok besar, bahunya bidang, bulu dadanya lembut, tidak ada bulu-bulu di badan, telapak kakinya tebal, jika berjalan seakan-akan sedang berjalan di jalanan yang menurun, jika menoleh seluruh badannya ikut menoleh, di antara kedua bahunya ada stempel kenabian yaitu stempel para Nabi, telapak tangannya bagus, dadanya bidang, yang paling jujur bicaranya, yang lembut perangainya, yang paling mulia pergaulannya, siapa pun yang tiba-tiba memandangnya tentu menaruh hormat kepadanya, siapa yang bergaul dengannya tentu akan mencintainya." Dia melanjutkan; "Aku tidak pernah melihat orang yang seperti beliau sebelum maupun sesudahnya." Abu Isa berkata; "Hadits ini derajatnya hasan gharib, 3571

Tanda dari baiknya keIslaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.

Tanda dari baiknya keIslaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya.

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ شُعَيْبِ بْنِ شَابُورَ حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ عَنْ قُرَّةَ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَيْوَئِيلَ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ حُسْنِ إِسْلَامِ الْمَرْءِ تَرْكُهُ مَا لَا يَعْنِيهِ

Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Syu'aib bin Syabur telah menceritakan kepada kami Al Auza'i dari Qurrah bin Abdurrahman bin Haiwa`il dari Az Zuhri dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tanda dari baiknya keIslaman seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermanfaat baginya."
HR Ibnu Majah,3966. Sahih

Telah sedia dimaklumi bahawa seluruh kebaikan ajaran Islam telah terhimpun dalam dua kalimah yang disebutkan Allah Subhananuwata'ala dalam surat An Nahl ayat 90:

إِنَّ اللهَ يَأْمُرُ بِالْعَدْلِ وَالإِحْسَانِ

“Sesungguhnya Allah menyuruh (kalian) berlaku adil dan berbuat kebajikan.” An-Nahl: 90

Hadith di atas mengandungi makna bahawa 
sesuatu yang tidak bermunafaat bagi seseorang muslim, boleh berlaku samaada dengan perkataan atau dengan perbuatan malahan boleh berlaku dengan hati. Justeru itu, setiap perkataan dan perbuatan yang tidak ada munafaatnya baik ianya untuk kepentingan ukhrawi atau duniawi seorang muslim, maka seharusnya dia tinggalkan agar keIslamannya menjadi baik.

Walaupun begitu, apakah acuan dan sumber yang boleh digunakan untuk menentukan suatu perbuatan itu termasuk bermunafaat bagi seorang muslim atau tidak?

Justeru itu, acuan dan sumber yang harus kita gunakan dalam masalah ini adalah syariat dan bukan hawa nafsu. Hal ini perlu ditekankan kerana ramai orang yang salah faham dalam memahami hadits ini, sehingga dia meninggalkan hal-hal yang diwajibkan syariat atau disunahkan, dengan alasan bahwa hal-hal itu tidak bermanfaat baginya

Antara lain hal-hal yang tidak bermanfaat bagi seorang muslim, adalah:

1. Maksiat atau hal-hal yang diharamkan oleh Allah ta’ala. Dan ini hukumnya wajib untuk ditinggalkan oleh setiap manusia. Kerana dia bukan hanya tidak bermunafaat, malahan juga membahayakan diri sendiri, baik di dunia mahupun di akhirat. Di antara bahaya yang ditimbulkan maksiat di dunia adalah mengerasnya hati dan menghitam, hingga cahaya yang ada di dalamnya padam. Akibatnya, mata hatinya akan menjadi buta sehingga tidak mampu untuk membezakan mana yang haq dan mana yang batil. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam firmannya,

كَلَّا ۖ بَلْ ۜ رَانَ عَلَىٰ قُلُوبِهِمْ مَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya apa yang selalu mereka usahakan itu menutupi hati mereka.al-Muthaffifin: 14

Dan dijelaskan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadith berikut,

« إِنَّ الْعَبْدَ إِذَا أَخْطَأَ خَطِيْئَةً نُكْتَتُ فِي قَلْبِهِ نُكْتَةً سَوْدَاءَ, فَإِنْ هُوَ نَزَعَ وَاسْتَغْفَرَ صَقلَ قَلْبُهُ, وَإِنْ زَادَ زِيْدَ فِيْهَا حَتَّى تَعْلُو قَلْبُهُ وَهُوَ الرَّانُ الَّذِي ذَكَرَ اللهُ كَلاَّ بَلْ رَانَ عَلَى قُلُوْبِهِمْ مَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ.»

“Jika seorang hamba berbuat sebuah dosa, maka akan ditorehkan sebuah noktah hitam di dalam hatinya. Tapi jika ia meninggalkannya dan beristigfar niscaya hatinya akan dibersihkan dari noktah hitam itu. Sebaliknya jika ia terus berbuat dosa, noktah-noktah hitam akan terus bertambah hingga menutup hatinya. Itulah dinding penutup yang Allah sebutkan dalam ayat (Sekali-kali tidak demikian, sebenarnya apa yang selalu mereka kerjakan itu menutup hati mereka)” al-Muthaffifin: 14.HR Ibn Majah. Hasan

Adapun di akhirat pula, maka orang yang gemar berbuat maksiat, diancam oleh Allah untuk dimasukkan ke dalam neraka, 

وَإِنَّ جَهَنَّمَ لَمَوْعِدُهُمْ أَجْمَعِينَ

Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. Al-Hijr:43

2. Perkara-perkara yang dimakruhkan dalam agama dan juga berlebih-lebihan dalam mengerjakan perkara yang diperbolehkan agama, yang sama sekali tidak mengandung munafaat, malah kadangkala boleh menghalangi seseorang dari berbuat amal kebajikan.

Makruh kadang-kadang membawa maksud haram. Erti inilah yang kadang-kadang dimaksudkan oleh para ulama .Sikap seperti ini didasarkan kepada sifat berhati-hati (ihtiat)di dalam mengistinbatkan suatu hukum, Sebagaimana mengambil peringatan dari firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَلَا تَقُولُوا لِمَا تَصِفُ أَلْسِنَتُكُمُ الْكَذِبَ هَٰذَا حَلَالٌ وَهَٰذَا حَرَامٌ لِتَفْتَرُوا عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ ۚ إِنَّ الَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini halal dan ini haram", untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. Al-Nahl:116

Justeru itu maka jangan merasa aman jika melakukan sesuatu yang makruh. Ini kerana definisi Makruh dari sudut bahasa bererti yang tidak disukai atau dibenci.
Maka kerana itu sudah seharusnya kita meninggalkan sesuatu yang dibenci oleh Allah Subhanahuwata'ala. Seperti dalam firman Allah Subhanahuwata'ala Al-Isra' 38,

كُلُّ ذَٰلِكَ كَانَ سَيِّئُهُ عِنْدَ رَبِّكَ مَكْرُوهًا

Semua itu kejahatannya amat dibenci di sisi Tuhanmu.

Kata makruhan (مَكْرُوهاً) atau dibenci dalam ayat di atas ertinya diharamkan.

Tips menjaga saluran pencernaan cara Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam

Tips menjaga saluran pencernaan cara Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam

حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ الْحِمْصِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَتْنِي أُمِّي عَنْ أُمِّهَا أَنَّهَا سَمِعَتْ الْمِقْدَامَ بْنَ مَعْدِ يكَرِبَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَا مَلَأَ آدَمِيٌّ وِعَاءً شَرًّا مِنْ بَطْنٍ حَسْبُ الْآدَمِيِّ لُقَيْمَاتٌ يُقِمْنَ صُلْبَهُ فَإِنْ غَلَبَتْ الْآدَمِيَّ نَفْسُهُ فَثُلُثٌ لِلطَّعَامِ وَثُلُثٌ لِلشَّرَابِ وَثُلُثٌ لِلنَّفَسِ

Telah menceritakan kepada kami Hisyam bin Abdul Malik Al Himshi telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Harb telah menceritakan kepadaku Ibuku dari Ibunya bahwa dia berkata; saya mendengar Al Miqdam bin Ma'dikarib berkata, "Aku mendengar Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Tidaklah anak Adam memenuhi tempat yang lebih buruk daripada perutnya, ukuran bagi (perut) anak Adam adalah beberapa suapan yang hanya dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika jiwanya menguasai dirinya, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minum dan sepertiga untuk bernafas."HR Ibnu Majah, 3340.Sahih

Dalil al-Quran,

يَا بَنِي آدَمَ خُذُوا زِينَتَكُمْ عِنْدَ كُلِّ مَسْجِدٍ وَكُلُوا وَاشْرَبُوا وَلَا تُسْرِفُوا ۚ إِنَّهُ لَا يُحِبُّ الْمُسْرِفِينَ

Hai anak Adam, pakailah pakaianmu yang indah di setiap (memasuki) mesjid, makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan. Al-A'raf:31

Dalil al-Quran,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ

Hai orang-orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. Al-Baqarah:172

Dalil al-Quran,

الَّذِينَ يَتَّبِعُونَ الرَّسُولَ النَّبِيَّ الْأُمِّيَّ الَّذِي يَجِدُونَهُ مَكْتُوبًا عِنْدَهُمْ فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ يَأْمُرُهُمْ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَاهُمْ عَنِ الْمُنْكَرِ وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ وَيَضَعُ عَنْهُمْ إِصْرَهُمْ وَالْأَغْلَالَ الَّتِي كَانَتْ عَلَيْهِمْ ۚ فَالَّذِينَ آمَنُوا بِهِ وَعَزَّرُوهُ وَنَصَرُوهُ وَاتَّبَعُوا النُّورَ الَّذِي أُنْزِلَ مَعَهُ ۙ أُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

(Yaitu) orang-orang yang mengikut Rasul, Nabi yang ummi yang (namanya) mereka dapati tertulis di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka, yang menyuruh mereka mengerjakan yang ma'ruf dan melarang mereka dari mengerjakan yang mungkar dan menghalalkan bagi mereka segala yang baik dan mengharamkan bagi mereka segala yang buruk dan membuang dari mereka beban-beban dan belenggu-belenggu yang ada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya. memuliakannya, menolongnya dan mengikuti cahaya yang terang yang diturunkan kepadanya (Al Quran), mereka itulah orang-orang yang beruntung. Al-A'raf:157

Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam memperingatkan kita untuk hati-hati dalam mengisi perut kita dengan makanan. Mencukupkan makanan hanya untuk sanggup beribadah dan sanggup bekerja harian, tujuan seperti ini dapat dicapai dengan cara yang Nabi shallallahu 'alaihi wasallam ajarkan iaitu saat seseorang itu mulai merasa lapar hendaklah dia mengisi perutnya dengan sepertiga makanan, sepertiga minuman dan sepertiga nya untuk pernapasan. Maksudnya adalah ada ruang yang disisakan untuk udara bebas bergerak dalam lambung.

Ini kerana Islam mengakui akan peri pentingnya menjaga kesihatan diri dan mengelakkan diri berdepan dengan berbagai penyakit yang pada kebanyakkanya berpunca dari tabiat pemakanan yang tidak baik.

Sebenarnya, keselamatan juga ada hubungkait dengan tabiat pemakanan yang seimbang, perlakuan dan aktiviti fizikal termasuk senamam dan sukan yang bersesuaian, hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah Ta'ala dalam aspek kerohanian. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَيَسْأَلُونَكَ عَنِ الْمَحِيضِ ۖ قُلْ هُوَ أَذًى فَاعْتَزِلُوا النِّسَاءَ فِي الْمَحِيضِ ۖ وَلَا تَقْرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطْهُرْنَ ۖ فَإِذَا تَطَهَّرْنَ فَأْتُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ أَمَرَكُمُ اللَّهُ ۚ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Mereka bertanya kepadamu tentang haidh. Katakanlah: "Haidh itu adalah suatu kotoran". Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari wanita di waktu haidh; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka itu di tempat yang diperintahkan Allah kepadamu. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan menyukai orang-orang yang mensucikan diri. Al-Baqarah: 222.

Kebersihan juga memainkan peranan yang begitu penting dalam mengelakkan seseorang dari ditimpa penyakit. Persekitaran yang kotor akan mengundang pelbagai jenis kuman pembawa penyakit ke kawasan tersebut. Sebab itu aspek kebersihan merupakan cabang keimanan.

Friday 15 December 2017

Larangan meninggalkan solat Jum'at dan juga musibah yang akan menimpanya.

Larangan meninggalkan solat Jum'at dan juga musibah yang akan menimpanya.

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ خَشْرَمٍ أَخْبَرَنَا عِيسَى بْنُ يُونُسَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ عَبِيدَةَ بْنِ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي الْجَعْدِ يَعْنِي الضَّمْرِيَّ وَكَانَتْ لَهُ صُحْبَةٌ فِيمَا زَعَمَ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَرَكَ الْجُمُعَةَ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَهَاوُنًا بِهَا طَبَعَ اللَّهُ عَلَى قَلْبِهِ قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ ابْنِ عُمَرَ وَابْنِ عَبَّاسٍ وَسَمُرَةَ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي الْجَعْدِ حَدِيثٌ حَسَنٌ قَالَ وَسَأَلْتُ مُحَمَّدًا عَنْ اسْمِ أَبِي الْجَعْدِ الضَّمْرِيِّ فَلَمْ يَعْرِفْ اسْمَهُ وَقَالَ لَا أَعْرِفُ لَهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَّا هَذَا الْحَدِيثَ قَالَ أَبُو عِيسَى وَلَا نَعْرِفُ هَذَا الْحَدِيثَ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Khasyram telah mengabarkan kepada kami Isa bin Yunus dari Muhammad bin Amru dari 'Abidah bin Sufyan dari Abu Ja'd yaitu Adl Dlamri dan dia pernah bertemu (dengan Rasulullah) sebagaimana yang diperkirakan Muhammad bin Amru dia berkata, Rasulullah Shallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa yang meninggalkan shalat Jum'at sebanyak tiga kali karena meremehkannya, maka Allah akan menutup hatinya." (perawi) berkata, dalam bab ini (ada juga riwayat -pent) dari Ibnu Umar, Ibnu 'Abbas dan Samrah. Abu Isa berkata, hadits Abu Ja'd adalah hadits hasan. Dia berkata, saya bertanya kepada Muhammad mengenai namanya Abu Ja'd Ad Dlamri, tetapi ia tidak mengetahui namanya seray aberkata, saya tidak mengetahui darinya apa yang datang dari Nabi Shallahu 'alaihi wa sallam melainkan hadits ini. Abu Isa berkata, kami tidak mengetahui hadits ini kecuali dari hadits Muhammad bin Amru. HR Tirmizi,460. Hasan

Solat Jum’at adalah solat yang wajib bagi setiap muslimin yang mukallaf yang tidak ditimpa keuzuran.Kewajiban solat Jum’at berdalilkan ayat berikut,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ

“Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah.” Al Jum’ah: 9.

Kata kebanyakan ahli tafsir, yang dimaksud ‘dzikrullah’ atau mengingat Allah di sini adalah solat Jum’at.

Disokong dalilnya dengan hadith Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِى جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِىٌّ أَوْ مَرِيضٌ

“(Solat) Jum’at adalah suatu kewajiban bagi setiap muslim dalam jama’ah kecuali bagi empat orang: budak yang dimiliki, wanita, anak kecil dan orang yang sakit.” HR Abu Daud,1067. Sahih

Begitu pula disebutkan dalam hadith yang lain,

رَوَاحُ الْجُمُعَةِ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُحْتَلِمٍ

“Pergi (solat) Jum’at adalah wajib bagi setiap orang yang telah mimpi basah.” (HR An-Nasai, 1371. Sahih.

Justeru itu barangsiapa meninggalkannya, bermakna ia telah terjerumus ke dalam dosa besar. Juga barangsiapa yang meninggalkan solat Jum’at sebanyak tiga kali dalam keadaan mempermudahkanya , maka hatinya akan tertutup dan ia akan termasuk dalam jumlah orang-orang yang lalai. Sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah dan Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, keduanya mendengar Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata ketika beliau memegang tongkat di mimbarnya,

لَيَنْتَهِيَنَّ أَقْوَامٌ عَنْ وَدْعِهِمُ الْجُمُعَاتِ أَوْ لَيَخْتِمَنَّ اللَّهُ عَلَى قُلُوبِهِمْ ثُمَّ لَيَكُونُنَّ مِنَ الْغَافِلِينَ

“Hendaklah orang yang suka meninggalkan solat jumat menghentikan perbuatannya. Atau jika tidak Allah akan menutup hati-hati mereka, kemudian mereka benar-benar akan tergolong ke dalam orang-orang yang lalai.” HR Muslim 865.

Dari sudut hukuman duniawi pula, maka hendaklah ulil amri (penguasa) memberi hukuman(ta'zir) bagi orang yang meninggalkan solat Jum’at tanpa ada keuzuran agar mencegah perbuatan kejahatan mereka.

Pakaian kesukaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah gamis dan larangan memakai pakaian syuhroh.

Pakaian kesukaan Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah gamis dan larangan memakai pakaian syuhroh.

حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا الْفَضْلُ بْنُ مُوسَى عَنْ عَبْدِ الْمُؤْمِنِ بْنِ خَالِدٍ الْحَنَفِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ أُمِّ سَلَمَةَ قَالَتْ كَانَ أَحَبُّ الثِّيَابِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقَمِيصَ

Telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Musa berkata, telah menceritakan kepada kami Al Fadhl bin Musa dari Abdul Mukmin bin Khalid Al Hanafi dari Abdullah bin Buraidah dari Ummu Salamah ia berkata, "Pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam adalah gamis." HR Abu Daud, 3507. Sahih

Ketahuilah bahwa memakai gamis adalah suatu yang disunnahkan. Ianya adalah pakaian yang disukai oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

Gamis adalah pakaian yang lebih menutupi diri berbanding dengan pakaian yang dua pasang yaitu izar (pakaian bawah) dan rida’ (pakaian atas). Pakaian gamis hanyalah satu dan mengenakannya pun hanya sekali. Memakai gamis di sini lebih mudah dibandingkan menggunakan pakaian atas bawah secara berasingan. Pakaian yang dipakai secara berasingan adalah ianya dipakai bahagian seluar terlebih dahulu lalu memakai pakaian bahagian atas kemudiannya.Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam sendiri menyukai gamis karena lebih menutupi.

Namun begitu ada juga dikalangan para sahabat di masa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam terkadang memakai pakaian atas dan bawah secara berasingan,iaitu seperti baju dan seluar.
Walaupun begitu menyerupai kebiasaan masyarakat(uruf) dalam soal berpakain dan juga hal-hal yang bukan keharaman adalah disunnahkan juga. Justeru itu menyalahi kebiasaan yang ada dalam masyarakat bererti menjadi hal yang syuhroh (suatu yang nampak berbeza) dan ianya mungkin akan terdedah kepada fitnah dan tohmahan. Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam melarang berpakaian syuhroh. Jadi sesuatu yang menyelishi kebiasaan masyarakat setempat, itu terlarang dilakukan.

Sebagaimana sabda Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam,

مَنْ لَبِسَ ثَوْبَ شُهْرَةٍ أَلْبَسَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوْبًا مِثْلَهُ

“Barangsiapa memakai pakaian syuhroh, nescaya Allah akan memakaikan kepadanya pakaian semisal pada hari kiamat” HR Abu Daud dan Ibnu Majah. Hasan.

Berdasarkan keadaan ini apa yang disunnahkan juga adalah mengikuti kebiasaan masyarakat disesuatu tempat itu, lantas jika di negeri tersebut yang ada adalah memakai pakaian seperti itu, umpama pakaian atas dan bawah, maka itu juga merupakan bahagian dari sunnah. Jika mereka di negeri tersebut tidak mengenalnya bahkan tidak menyukainya, maka itu bukanlah sunnah.

Solat Fardhu dan tuntutan untuk mengerjakannya walaupun dalam keadaan sakit ataupun masyaqqah.

Solat Fardhu dan tuntutan untuk mengerjakannya walaupun dalam keadaan sakit ataupun masyaqqah.

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ طَهْمَانَ عَنْ حُسَيْنٍ الْمُعَلِّمِ عَنْ ابْنِ بُرَيْدَةَ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ كَانَ بِيَ النَّاصُورُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فَقَالَ صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Muhammad berkata, telah menceritakan kepada kami Waki' dari Ibrahim bin Thahman dari Husain Al Mu'allim dari Ibnu Buraidah dari Imran bin Hushain berkata, "Aku mengalami sakit wasir, maka aku bertanya kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam tentang pelaksanaan shalat, beliau bersabda: "Shalatlah dengan berdiri, jika tidak mampu hendaklah dengan duduk, jika tidak mampu hendaklah dengan berbaring. " Ibu Majah,1213. Sahih
Solat fardhu lima waktu sehari semalam adalah suatu kewajipan untuk dikerjakan walaupun dalam apa jua keadaan. Ganjaran dan fadhilatnya adalah amat besar sekali. Banyak terdapat di dalam Al-Qur’an dan hadis Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang menyatakan hikmat dan kelebihan solat lima waktu itu.

Demikian juga sebaliknya,banyak juga peringatan dan ancaman terhadap sesiapa yang leka atau lalai mengerjakan solat, lebih-lebih lagi yang meninggalkannya. 

Allah Subhanahu wa Ta‘ala berfirman:

فَوَيْلٌ لِّلْمُصَلِّينَ . الَّذِينَ هُمْ عَن صَلاَتِهِمْ سَاهُونَ

“(kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang ahli sembahyang, (iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya.” al-Ma'un:4-5

Meninggalkan solat adalah berdosa besar serta akan mendapat balasan dan hukuman yang sangat berat, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ . قَالُواْ لَمْ نَكُ مِنَ الْمُصَلِّينَ

(Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): “Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam neraka saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang.” al-Muddatsir:42-43

Justeru itu, maka janganlah sekali-kali diabaikan kewajipan untuk bersolat. Kerana ia adalah merupakan unsur asas kekukuhan binaan bagi agama seseorang itu, maka apabila hilang unsur asas ini nescaya akan binasalah agama seseorang itu.

Tuntutan untuk menunaikan solat adalah berterusan selama mana akal fikiran seseorang itu dalam keadaan sedar dan waras sekalipun dalam keadaan sakit, justeru itu, tidak ada kelonggaran untuk meninggalkannya.

Bagi seseorang yang tidak Berdaya Untuk berdiri:

Berdiri atau qiam dalam solat fardhu itu adalah salah satu dari rukun solat yang mesti dilakukan. Namun pun begitu, jika seseorang mukallaf itu tidak berdaya untuk berdiri maka haruslah dia solat secara duduk. Manakala yang tidak berdaya duduk dan berdiri maka haruslah dia solat secara baring. Sebagaimana sabda RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam:

صَلِّ قَائِمًا فَإِن لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِن لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ

Maksudnya: “Solat dengan cara berdiri, jika engkau tidak berdaya maka dengan cara duduk, dan jika engkau tidak berdaya (dengan cara duduk) maka dengan cara berbaring (solat merusuk).”
HR Bukhari

Apabila seseorang mukallaf itu tidak berdaya untuk solat secara berdiri disebabkan keuzuran yang bersangatan, seperti mengalami masyaqqah (kesukaran), takut menambahkan lagi kesakitan jika dia berdiri, takut tenggelam apabila berdiri di atas perahu, atau takut jatuh kerana pening kepala atau seumpamanya, maka haruslah dia solat secara duduk, sebagaimana sabda RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam di atas.
Orang sakit yang tidak berdaya solat berdiri itu tidak perlu lagi mengulangi semula solatnya yang tersebut sesudah hilang keuzuran dan masyaqqahnya selepas itu. Mengenai pahala bagi orang sakit itu tidaklah berkurangan, bahkan sama saja pahalanya jika dia solat berdiri. Sebagaimana sabda RasulullahShallallahu ‘alaihi wasallam:

إِذَا مَرِضَ الْعَبْدُ أَوْ سَافَرَ كُتِبَ لَهُ مِثْلُ مَا كَانَ يَعْمَلُ مُقِيْمًا صَحِيْحًا

Maksudnya: “Apabila seseorang itu sakit atau musafir, maka ditulis baginya (pahala) sama seperti apa yang dikerjakannya sewaktu bermuqim dan semasa sehat.” HR Bukhari

Meraih Manisnya Iman dengan 3 sebab

Meraih Manisnya Iman dengan 3 sebab

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ أَنْ يَكُونَ اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna berkata, telah menceritakan kepada kami Abdul Wahhab Ats Tsaqafi berkata, telah menceritakan kepada kami Ayyub dari Abu Qilabah dari Anas bin Malik dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tiga perkara yang apabila ada pada diri seseorang, ia akan mendapatkan manisnya iman: Dijadikannya Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya dari selain keduanya. Jika ia mencintai seseorang, dia tidak mencintainya kecuali karena Allah. Dan dia benci kembali kepada kekufuran seperti dia benci bila dilempar ke neraka" HR Bukhari,15.

Hakikat Iman:
Iman bukan sekadar keyakinan atau pengakuan semata-mata, ataupun iman bukanlah sekadar angan-angan atau pengakuan semata-mata, namun iman adalah keyakinan yang tebenam kedalam hati dengan utuhnya dan dibuktikan dengan amalan-amalan.

Dalil al-Qur'an,

قَدۡ اَفۡلَحَ الۡمُؤۡمِنُوۡنَۙ‏. الَّذِيۡنَ هُمۡ فِىۡ صَلَاتِهِمۡ خَاشِعُوۡنَ ۙ. وَالَّذِيۡنَ هُمۡ عَنِ اللَّغۡوِ مُعۡرِضُوۡنَۙ‏.وَالَّذِيۡنَ هُمۡ لِلزَّكٰوةِ فَاعِلُوۡنَۙ‏

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (yaitu) orang-orang yang khusyuk dalam shalatnya, dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan) yang tiada berguna, serta orang-orang yang menunaikan zakat. Al-Mukminun:1-4

Meraih manisnya Iman:
Sebab pertama yang menyebabkan seseorang mukmin merasakan manisnya iman adalah mencintai Allah Subhanahuwata'ala
dan Rasul-Nya, serta mendahulukan keduanya daripada kecintaan terhadap yang lain.

Dalil al-Qur'an,

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
At-Taubah:24.

Dalil al-Qur'an,

وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ ۖ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ ۗ وَلَوْ يَرَى الَّذِينَ ظَلَمُوا إِذْ يَرَوْنَ الْعَذَابَ أَنَّ الْقُوَّةَ لِلَّهِ جَمِيعًا وَأَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعَذَابِ

Dan diantara manusia ada orang-orang yang menyembah tandingan-tandingan selain Allah; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat cintanya kepada Allah. Dan jika seandainya orang-orang yang berbuat zalim itu mengetahui ketika mereka melihat siksa (pada hari kiamat), bahwa kekuatan itu kepunyaan Allah semuanya, dan bahwa Allah amat berat siksaan-Nya (niscaya mereka menyesal). Al-Baqarah:165

Dalil Hadith,

Rasulullah Sallalahu'alaihi wasallam bersabda,

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَلَدِهِ وَوَالِدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ

“Tidak akan sempurna iman salah seorang di antara kalian hingga aku lebih ia cintai daripada orang tuanya, anaknya, dan seluruh manusia.” HR Bukhari.

Sebab kedua yang menyebabkan seseorang mukmin merasakan manisnya iman adalah mencintai kerana Allah Subhanahuwata'ala. Demikian pula dalam hal membenci, membela, dan memerangi, semua kerana Allah Subhanahuwata'ala. Cinta dan benci kerana Allah Subhanahuwata'ala adalah tali iman yang paling teguh. Rasa cinta adalah merupakan hal naluriah yang ada pada diri setiap insan. Sehingga perlu disalurkan kepada sesuatu yang yang benar dan tepat serta yang hanya diizinkan oleh syarak sahaja.

Mencintai seseorang banyak sebabnya, mungkin kerana pertalian keluarga atau kekerabatan, teman, atau kerana ingin mendapatkan kepentingan duniawi. Barang siapa yang mencintai seseorang kerana Allah, maka ini akan menjadi sebab untuk merasakan manisnya iman. Maka oleh sebab itu tanyalah diri kita ,apakah kecintaan kita kepada orang seseorang itu disebabkan kerana Allah atau kerana adanya kepentingan lainnya. Sebagaimana yang disabdakan dalam sebuah hadith yang amat terkenal dan menjadi teras kepada Islam,


عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khattab radhiallahuanhu, dia berkata, "Saya mendengar Rasulullah shallahu`alaihi wa sallam bersabda: Sesungguhnya setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya karena (ingin mendapatkan keridhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keridhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya karena menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. HR Bukhari dan Muslim.

Sebab ketiga yang menyebabkan seseorang mukmin merasakan manisnya iman adalah apabila dia membenci kesyirikan dan kekafiran, hal itu diwujudkan dengan berusaha mengenali kekafiran agar ia boleh menghindarinya.Sehingga hatinya diliputi kecintaan kepada iman dan kebencian kepada kekufuran. Sebagaimana ia benci untuk dilemparkan ke dalam api.

Kebencian terhadap kesyirikan dan segenap bentuk kekafiran diwujudkan juga dengan sentiasa memohon kepada Allah Subhanahuwata'ala agar diselamatkan dari kekufuran dan agar hatinya selalu dikokohkan di atas keimanan.

Dalil al-Qur'an,

وَاعْلَمُوا أَنَّ فِيكُمْ رَسُولَ اللَّهِ ۚ لَوْ يُطِيعُكُمْ فِي كَثِيرٍ مِنَ الْأَمْرِ لَعَنِتُّمْ وَلَٰكِنَّ اللَّهَ حَبَّبَ إِلَيْكُمُ الْإِيمَانَ وَزَيَّنَهُ فِي قُلُوبِكُمْ وَكَرَّهَ إِلَيْكُمُ الْكُفْرَ وَالْفُسُوقَ وَالْعِصْيَانَ ۚ أُولَٰئِكَ هُمُ الرَّاشِدُونَ

Dan ketahuilah olehmu bahwa di kalanganmu ada Rasulullah. Kalau ia menuruti kemahuanmu dalam beberapa urusan benar-benarlah kamu mendapat kesusahan, tetapi Allah menjadikan kamu "cinta" kepada keimanan dan menjadikan keimanan itu indah di dalam hatimu serta menjadikan kamu benci kepada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan. Mereka itulah orang-orang yang mengikuti jalan yang lurus,al-Hujurat:7

Allah Subhanahuwata'ala menegaskan bahawa Dia telah menjadikan perasaan cinta kepada Iman dan menghiaskan keimanan kepada para Sahabat Rasulullah Sallalahu'alaihi wasallam dan demikianlah juga kepada setiap mukmin yang bertakwa serta menjadikan perasaan benci terhadap kekufuran, kefasiqan, dan maksiat sehingga mereka tidak berani sama sekali melanggar perintah Allah dan RasulNya.

Mereka yang mempunyai sifat cinta kepada Iman dan membenci perkara yang berlawanan dengan Iman adalah golongan yang ditetapkan Allah s.w.t di atas kebenaran dan mendapat petunjuk daripada Allah Subhanahuwata'ala.

Tasybik (Menjalin Jari-Jemari) dan Hukumnya

Tasybik (Menjalin Jari-Jemari) dan Hukumnya

Tasybik ialah perbuatan menggenggam sambil menyilang jari jemari antara telapak tangan kanan dan kiri.

Dalil hadith,

أَخْبَرَنَا الْهَيْثَمُ بْنُ جَمِيلٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ مُسْلِمٍ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أُمَيَّةَ عَنْ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ ثُمَّ خَرَجَ يُرِيدُ الصَّلَاةَ فَهُوَ فِي صَلَاةٍ حَتَّى يَرْجِعَ إِلَى بَيْتِهِ فَلَا تَقُولُوا هَكَذَا يَعْنِي يُشَبِّكُ بَيْنَ أَصَابِعِهِ

Telah mengabarkan kepada kami Al Haitsam bin Jamil dari Muhammad bin Muslim dari Isma'il bin Umayyah dari Al Maqburi dari Abu Hurairah ia berkata, "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa berwudhu kemudian keluar untuk melaksanakan shalat, maka ia dalam hitungan solat hingga ia kembali ke rumahnya. Maka janganlah kamu melakukan demikian, yaitu menjalin jari-jari." HR ad-Darimi,1370. Isnad Sahih.

Dalil Hadith,

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَنْبَارِيُّ أَنَّ عَبْدَ الْمَلِكِ بْنَ عَمْرٍو حَدَّثَهُمْ عَنْ دَاوُدَ بْنِ قَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي سَعْدُ بْنُ إِسْحَقَ حَدَّثَنِي أَبُو ثُمَامَةَ الْحَنَّاطُ أَنَّ كَعْبَ بْنَ عُجْرَةَ أَدْرَكَهُ وَهُوَ يُرِيدُ الْمَسْجِدَ أَدْرَكَ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ قَالَ فَوَجَدَنِي وَأَنَا مُشَبِّكٌ بِيَدَيَّ فَنَهَانِي عَنْ ذَلِكَ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ خَرَجَ عَامِدًا إِلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يُشَبِّكَنَّ يَدَيْهِ فَإِنَّهُ فِي صَلَاةٍ

Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sulaiman Al-Anbari bahwasanya Abdul Malik bin Amru telah menceritakan kepada mereka, dari Dawud bin Qais dia berkata; Telah menceritakan kepadaku Sa'd bin Ishaq telah menceritakan kepadaku Abu Tsumamah Al-Hannath bahwasanya Ka'ab bin 'Ujrah pernah mendapatkannya hendak pergi ke masjid. Salah satunya bertemu dengan temannya. Kata Abu Tsumamah; Ka'ab mendapatiku sedang menjalin kedua tanganku, maka dia melarangku berbuat demikian dan berkata; Sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Apabila salah seorang di antara kamu berwudlu, lalu dia membaguskan wudhunya, kemudian pergi dengan sengaja ke masjid, maka janganlah dia menjalin kedua tangannya, kerana perbuatan itu dianggap himpunan ibadah solat." HR Abu Daud, 562. Sahih.

Dalil Hadith,

حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ هِلَالٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أُمَيَّةَ سَأَلْتُ نَافِعًا عَنْ الرَّجُلِ يُصَلِّي وَهُوَ مُشَبِّكٌ يَدَيْهِ قَالَ قَالَ ابْنُ عُمَرَ تِلْكَ صَلَاةُ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ


Telah menceritakan kepada kami Bisyr bin Hilal telah menceritakan kepada kami Abdul Warits dari Isma'il bin Umayyah; "aku bertanya kepada Nafi' tentang orang yang solat dengan menjalin jari-jari tangannya yang satu dengan yang lain." Jawabnya; Ibnu Umar pernah berkata: "Itu adalah solatnya orang yang dimurkai (Yahudi)." HR Abu Daud,993.Sahih

Zahir hadith di atas menunjukkan larangan melakukan tasybik (menjalin jari-jemari) ketika seseorang berwudhu, keluar menuju ke masjid, menunggu solat yang hendak didirikan, hingga solat ditunaikan.
Perbuatan tasybik ini hukumnya adalah makruh sekiranya dilakukan oleh seseorang yang menuju dan bersiap sedia untuk bersolat, seperti dalam perjalanan atau ketika sedang menunggu solat atau mendengar khutbah Jumaat dan selainnya, dan dimakruhkan semua bentuk perbuatan sia-sia selama mana seseorang itu menuju solat, atau menunggunya.

Menurut jumhur ulama, larangan yang sama juga berlaku bagi seseorang yang bersiap sedia menuju solat.
Walaupun begitu tidak dimakruhkan tasybik ketika selain waktu menuju dan menunggu solat sekalipun di dalam masjid, iaitu ketika seseorang berada di dalam masjid dan tidak dalam keadaan sedang menunggu solat atau telah selesai melaksanakan solat.
Ini kerana telah sahih daripada Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bahawa Baginda juga melakukan tasybik. Diantara dalil hadithnya,

حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ قَالَ حَدَّثَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ أَخْبَرَنَا ابْنُ عَوْنٍ عَنْ ابْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
صَلَّى بِنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِحْدَى صَلَاتَيْ الْعَشِيِّ قَالَ ابْنُ سِيرِينَ سَمَّاهَا أَبُو هُرَيْرَةَ وَلَكِنْ نَسِيتُ أَنَا قَالَ فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ سَلَّمَ فَقَامَ إِلَى خَشَبَةٍ مَعْرُوضَةٍ فِي الْمَسْجِدِ فَاتَّكَأَ عَلَيْهَا كَأَنَّه غَضْبَانُ وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى الْيُسْرَى وَشَبَّكَ بَيْنَ أَصَابِعِهِ وَوَضَعَ خَدَّهُ الْأَيْمَنَ عَلَى ظَهْرِ كَفِّهِ الْيُسْرَى وَخَرَجَتْ السَّرَعَانُ مِنْ أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ فَقَالُوا قَصُرَتْ الصَّلَاةُ وَفِي الْقَوْمِ أَبُو بَكْرٍ وَعُمَرُ فَهَابَا أَنْ يُكَلِّمَاهُ وَفِي الْقَوْمِ رَجُلٌ فِي يَدَيْهِ طُولٌ يُقَالُ لَهُ ذُو الْيَدَيْنِ قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنَسِيتَ أَمْ قَصُرَتْ الصَّلَاةُ قَالَ لَمْ أَنْسَ وَلَمْ تُقْصَرْ فَقَالَ أَكَمَا يَقُولُ ذُو الْيَدَيْنِ فَقَالُوا نَعَمْ فَتَقَدَّمَ فَصَلَّى مَا تَرَكَ ثُمَّ سَلَّمَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ ثُمَّ كَبَّرَ وَسَجَدَ مِثْلَ سُجُودِهِ أَوْ أَطْوَلَ ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَكَبَّرَ فَرُبَّمَا سَأَلُوهُ ثُمَّ سَلَّمَ فَيَقُولُ نُبِّئْتُ أَنَّ عِمْرَانَ بْنَ حُصَيْنٍ قَالَ ثُمَّ سَلَّمَ

Dari Abi Hurairah radliyallaahu ‘anhu ia berkata : “Suatu ketika Rasulullah shallallaahu ‘alaihi wa sallam mengimami kami shalat ‘isya’ dan ketika baru mendapatkan dua raka’at, beliau salam. Kemudian beliau shallallaahu ‘alaihi wa sallam berdiri dengan bersandar pada sebatang kayu yang melintang di dalam masjid dengan tampak marah. Beliau meletakkan tangan kanan beliau di atas tangan kiri dan menjalinkan jari-jemarinya (tasybik),…..” [HR Bukahri :482.

حَدَّثَنَا خَلَّادُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ جَدِّهِ عَنْ أَبِي مُوسَى
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْمُؤْمِنَ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا وَشَبَّكَ أَصَابِعَهُ

Daripada Abu Musa al-Asy`ari R.Anhuma, Rasulullah SAW bersabda:: “Sesungguhnya orang yang beriman itu dengan orang beriman yang lain seumpama binaan yang saling mengukuh.” Lalu Baginda menggenggam tasybik. HR Bukhari, 482.

Jangan maki hamun syaitan tapi bacalah kalimah Basmalah

Jangan maki hamun syaitan tapi bacalah kalimah Basmalah

حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ عَاصِمٍ عَنْ أَبِي تَمِيمَةَ الْهُجَيْمِيِّ عَمَّنْ كَانَ رَدِيفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُنْتُ رَدِيفَهُ عَلَى حِمَارٍ فَعَثَرَ الْحِمَارُ فَقُلْتُ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَقَالَ لِي النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ تَعِسَ الشَّيْطَانُ تَعَاظَمَ الشَّيْطَانُ فِي نَفْسِهِ وَقَالَ صَرَعْتُهُ بِقُوَّتِي فَإِذَا قُلْتَ بِسْمِ اللَّهِ تَصَاغَرَتْ إِلَيْهِ نَفْسُهُ حَتَّى يَكُونَ أَصْغَرَ مِنْ ذُبَابٍ

Telah menceritakan kepada kami Abdurrazaq, telah menceritakan kepada kami Ma'mar dari 'Ashim dari Abu Tamimah Al Hujaimi dari orang yang pernah membonceng Nabi shallallahu 'alaihi wasallam dia berkata; "Aku pernah memboncengkan beliau menunggang keledai, kemudian keledai itu tergelincir, maka aku berkata; "Celakalah syetan, " Kemudian Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda kepadaku: "Janganlah kamu katakan celakalah syetan, karena jika kamu mengatakan celakalah syetan, maka syetan akan membanggakan dirinya. Syetan berkata; "Aku telah melawannya dengan kekuatanku, " dan jika kamu membaca BISMILLAAH maka syetan akan merasa dirinya kecil hingga lebih kecil dari seekor lalat." HR Ahmad,19682

Allah Ta'ala berfirman,

إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ

"Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah ia musuh (mu), karena sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala." Faathir: 6

Syaitan senantiasa berusaha untuk menimpakan keburukan kepada umat manusia kerana kebencian dan kedengkiannya. Agar manusia ditimpa kerugian dan sengsara dunia dan akhriat. Justeru itu, syaitan berusaha keras untuk menyesatkan umat manusia dari jalan hidayah supaya kelak menjadi temannya di neraka yang azabnya dari api yang membakar menyala-nyala.

Namun begitu, menyalah-nyalahkan syaitan dengan kalimat-kalimat umpatan atau maki hamun bukanlah sesuatu kebaikan. Sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam.

لَا تَقُلْ تَعِسَ الشَّيْطَانُ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَعَاظَمَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الْبَيْتِ وَيَقُولُ بِقُوَّتِي وَلَكِنْ قُلْ بِسْمِ اللَّهِ فَإِنَّكَ إِذَا قُلْتَ ذَلِكَ تَصَاغَرَ حَتَّى يَكُونَ مِثْلَ الذُّبَابِ

"Jangan kamu katakan "celaka Syaitan", sebab jika kamu katakan itu badan syaitan akan semakin membesar sehingga sebesar rumah seraya berkata, ‘dengan kekuatanku (aku menggelincirkan dia.’ Tetapi katakanlah, ’Dengan menyebut nama Allah’. Bila kamu berkata demikian, maka badan syaitan akan mengecil hingga sekecil lalat." HR Ahmad.Isnad Sahih.

Selain tidak berpahala kerana tidak mengembalikan urusan kepada Allah dan tidak sabar atas takdir-Nya, perbuatan tersebut malah membuatkan syaitan merasa senang dan sombong. Malah syaitan juga akan merasakan bahawa kejadian itu berlaku kerana kekuatan yang dimilikinya. Justeru itu, yang selayaknya, bagi seorang muslim yang memperakui syaitan adalah sebagai musuh abadinya tidak akan membuatkan syaitan senang dan berbangga.

Justeru itu, bagi muslim yang sejati akan senantiasa menyebut-menyebutkan kalimah Basmalah dalam apa juga tindaktanduknya agar hasilnya mendapat keberkatan dari Allah Ta'ala dan menyebabkan syaitan akan jadi kecil.

Basmalah adalah merupakan salah satu dari nama-nama Allah,

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَىٰ فَادْعُوهُ بِهَا ۖ وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ ۚ سَيُجْزَوْنَ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Hanya milik Allah asmaa-ul husna, maka bermohonlah kepada-Nya dengan menyebut asmaa-ul husna itu dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan. Al-A'raf:180

Lafaz اللَّهِ yang ada dalam kalimah Basmalah adalah isim yang tidak dimiliki oleh yang selain dari itu Allah sendiri, Yang Maha Agung. Kerana itu, dalam bahasa Arab lafazh Allah tidak memiliki bentuk asal (isytiqaq) dari fi’il-nya.

Allah adalah nama yang ditujukan kepada Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Tinggi. Allah adalah Ismul A’zham kerana Dia memiliki semua sifat seperti yang disebutkan dalam firman Allah berikut,

هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ عَالِمُ الْغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيمُ هُوَ اللَّهُ الَّذِي لا إِلَهَ إِلا هُوَ الْمَلِكُ الْقُدُّوسُ السَّلامُ الْمُؤْمِنُ الْمُهَيْمِنُ الْعَزِيزُ الْجَبَّارُ الْمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللَّهِ عَمَّا يُشْرِكُونَ هُوَ اللَّهُ الْخَالِقُ الْبَارِئُ الْمُصَوِّرُ لَهُ الأسْمَاءُ الْحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأرْضِ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Yang Mengetahui yang gaib dan yang nyata, Dia-lah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dia-lah Allah Yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki segala keagungan, Maha Suci, Allah dari apa yang mereka persekutukan. Dia-lah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Nama-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepada-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Al-Hasyr : 22-24

Lafaz الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ yang kedua-duanya adalah merupakan isim yang berakar dari bentuk masdar Ar-Rahman dengan maksud mubalaghah. Lafazh Ar-Rahman lebih kuat berbanding Ar-Rahim.
Kedua-duanya adalah merupakan isim yang menunjukkan makna lemah lembut, namun salah satunya lebih lembut daripada lainnya, yakni lebih kuat makna rahmatnya daripada yang lain.
Ar-Rahman adalah isim yang mengandungi makna umum dipakai untuk semua jenis rahmat yang khusus dimiliki oleh Allah Ta’ala.

Hal tersebut dinyatakan dalam firmanNya :
الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأرْضَ وَمَا بَيْنَهُمَا فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ الرَّحْمَنُ
Yang menciptakan langit dan bumi dan apa yang ada antara keduanya dalam enam masa, kemudian Dia bersemayam di atas Arasy, (Dialah) Yang Maha Pemurah.Al-Furqan : 59

FirmanNya yang lain, disebutkan :

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

(Yaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arsy. Thaha : 5

Allah menyebut nama Ar-Rahman untuk diriNya dalam ayat ini agar semua makhluk memperoleh kemurahan rahmatNya.
Sedangkan Ar-Rahim hanya dikhususkan untuk orang-orang mukmin saja, seperti yang dimaksudkan oleh Allah Ta'ala pada firman-Nya,

وَكَانَ بِالْمُؤْمِنِينَ رَحِيمًا

Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman. Al-Ahzab : 43

Friday 8 December 2017

Jagalah adab menguap

Jagalah adab menguap

حَدَّثَنَا عَاصِمُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ التَّثَاؤُبُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَرُدَّهُ مَا اسْتَطَاعَ فَإِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَالَ هَا ضَحِكَ الشَّيْطَانُ

Telah bercerita kepada kami 'Ashim bin 'Ali telah bercerita kepada kami Ibnu Abi Dza'bi dari Sa'id Al Maqbariy dari bapaknya dari Abu Hurairah radliallahu 'anhu dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Menguap itu dari setan. Maka bila seorang dari kalian menguap hendaklah sedapat mungkin ditahannya karena bila seseorang dari kalian menguap dengan mengeluarkan suara haa, setan akan tertawa". HR Bukhari, 3046

Menjaga adab-adab yang telah diajarkan oleh Islam adalah merupakan suatu ibadah, namun sebahagian muslim memandang remeh terhadap perihal memelihara adab-adab tersebut.

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ وَوَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ ح و حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى وَاللَّفْظُ لَهُ أَخْبَرَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ سَلْمَانَ قَالَ قِيلَ لَهُ قَدْ عَلَّمَكُمْ نَبِيُّكُمْ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُلَّ شَيْءٍ حَتَّى الْخِرَاءَةَ قَالَ فَقَالَ أَجَلْ لَقَدْ نَهَانَا أَنْ نَسْتَقْبِلَ الْقِبْلَةَ لِغَائِطٍ أَوْ بَوْلٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِالْيَمِينِ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِأَقَلَّ مِنْ ثَلَاثَةِ أَحْجَارٍ أَوْ أَنْ نَسْتَنْجِيَ بِرَجِيعٍ أَوْ بِعَظْمٍ

Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Abu Muawiyah dan Waki' dari al-A'masy. (dalam riwayat lain disebutkan) Dan telah menceritakan kepada kami Yahya bin Yahya sedangkan lafazh tersebut miliknya. Telah mengabarkan kepada kami Abu Muawiyah dari al-A'masy dari Ibrahim dari Abdurrahman bin Yazid dari Salman dia berkata, bahwasanya ada yang bertanya kepadanya; '(Apakah) Nabi kalian telah mengajarkan segala sesuatu hingga adab beristinja?’ Salman menjawab; ‘Ya. Sungguh beliau melarang kami buang air besar, buang air kecil dengan menghadap kiblat, bersuci dengan tangan kanan, bersuci dengan batu kurang dari tiga buah, atau bersuci dengan kotoran hewan atau tulang'." 3HR Muslim,85.

Adab-adab tersebut jika diamalkannya dengan niat beribadah dan dengan niat meneladani Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, amal tersebut akan bernilai ibadah di sisi Allah Ta’ala. Sebagaimana yang telah disabdakan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

عَنْ أَمِيْرِ الْمُؤْمِنِيْنَ أَبِيْ حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَقُوْلُ: إِنَّمَا اْلأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى. فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ.

Dari Amirul Mukminin, Abi Hafs Umar bin Al-Khattab RA dia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda; Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan) Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan.” HR Bukhari.

Salah satu adab islami yang telah diabaikan oleh kaum muslimin adalah adab ketika menguap. Ramai dari kalangan kaum muslimin disaat ini yang tidak mengetahui adab ini dan mereka lupa atau tidak mengetahui keutamaan dalam menjaganya.

Adab menguap, seharusnya seorang muslim menahannya semampu mungkin. Akan tetapi, banyak dari kita, membuka mulut selebar-lebarnya disaat menguap, sehingga semua orang pun boleh melihat seluruh isi mulutnya. Ada pula yang membunyikan suara sewaktu menguap hatta ketika sedang menunaikan solat.Ada pula yang ketika menguap, mengucapkan ta’awudz, padahal perbuatan semacam ini sama sekali tidak pernah dicontohi dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ أَخْبَرَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ التَّثَاؤُبُ فِي الصَّلَاةِ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا تَثَاءَبَ أَحَدُكُمْ فَلْيَكْظِمْ مَا اسْتَطَاعَ
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ وَجَدِّ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ أَبِي هُرَيْرَةَ حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ وَقَدْ كَرِهَ قَوْمٌ مِنْ أَهْلِ الْعِلْمِ التَّثَاؤُبَ فِي الصَّلَاةِ قَالَ إِبْرَاهِيمُ إِنِّي لَأَرُدُّ التَّثَاؤُبَ بِالتَّنَحْنُحِ

Telah menceritakan kepada kami Ali bin Hujr berkata; telah mengabarkan kepada kami Isma'il bin Ja'far dari Al 'Ala` bin Abdurrahman dari Ayahnya dari Abu Hurairah bahwa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Menguap dalam shalat adalah dari setan, jika salah seorang dari kalian menguap maka handaklah ia menahan semampunya." Ia berkata; "Dalam bab ini juga ada riwayat dari Abu Sa'id Al Khudri dan kakeknya Adi bin Tsabit." Abu Isa berkata; "Hadits Abu Hurairah ini derajatnya hasan shahih. sebagian ahli ilmu memkaruhkan menguap dalam shalat. Ibrahim berkata; "Sungguh, aku menahan rasa ingin menguap dengan berdehem." HR Tirmizi,338. Sahih.

Sesungguhnya jika seorang muslim mengetahui betapa besar pahala yang akan diberikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala ketika seorang muslim meneladani Rasul-Nya shallallahu ‘alaihi wa sallam maka sudah pasti manusia akan berlumba-lumba melaksanakan adab-adab yang telah diajarkan oleh Islam ini. Meskipun hal tersebut adalah dalam perkara yang remeh di mata manusia.