Akhlak Islamiah: Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan amal selain akhlak yang baik.
حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ وَحَفْصُ بْنُ عُمَرَ قَالَا حَدَّثَنَا ح و حَدَّثَنَا ابْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ الْقَاسِمِ بْنِ أَبِي بَزَّةَ عَنْ عَطَاءٍ الْكَيْخَارَانِيِّ عَنْ أُمِّ الدَّرْدَاءِ عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا مِنْ شَيْءٍ أَثْقَلُ فِي الْمِيزَانِ مِنْ حُسْنِ الْخُلُقِ قَالَ أَبُو الْوَلِيدِ قَالَ سَمِعْتُ عَطَاءً الْكَيْخَارَانِيَّ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ عَطَاءُ بْنُ يَعْقُوبَ وَهُوَ خَالُ إِبْرَاهِيمَ بْنِ نَافِعٍ يُقَالُ كَيْخَارَانِيٌّ وَكَوْخَارَانِيٌّ
Telah menceritakan kepada kami Abu Al Walid Ath Thayalisi dan Hafsh bin Umar keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Ibnu Katsir berkata, telah mengabarkan kepada kami Syu'bah dari Al Qasim bin Abu Bazzah dari Atha Al Kaikharani dari Ummu Darda dari Abu Darda dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Tidak ada yang lebih berat dalam timbangan amal selain akhlak yang baik." Abul Walid berkata; aku mendengar Atha' Al KaiKharani, Abu Daud berkata; "ia adalah paman Ibrahim bin Nafi'. Ia juga dipanggil dengan nama Kaikharani dan Kaukharani." Abu Daud,4166. Sahih
Dalil al-Qur'an,
وَإِنَّكَ لَعَلَىٰ خُلُقٍ عَظِيمٍ
Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung. Al-Qalam:4
Dalil hadith,
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam-,
إِنَّمَا بُعِثْتُ لأُتَمِّمَ مَكَارِمَ الأَخْلاقِ
“Sesungguhnya aku diutus hanya untuk menyempurnakan kemulian akhlak.” HR Al-Baihaqi
Akhlak dari sudut bahasa:
Berasal dari bahasa Arab iaitu “Al Khulk” yang dimaksudkan sebagai perangai, tabiat,budi pekerti, dan sifat seseorang. Oleh itu akhlak seseorang diertikan sebagai budi pekerti yang dimiliki oleh seseorang terkait dengan sifat-sifat yang ada pada dirinya.
Akhlak dari sudut istilah:
Akhlak dalam istilah Islam adalah sifat atau perangai seseorang yang telah sebati dan biasanya akan tercermin dari perilaku orang tersebut. Seseorang yang memiliki sifat yang baik biasanya akan memiliki perangai atau akhlak yang baik juga dan sebaliknya seseorang yang memiliki perangai yang buruk atau tercela cenderung memiliki akhlak yang tercela. Pengertian akhlak disebutkan dalam firman Allah Subhanahuwata'ala pada ayat berikut,
إِنَّا أَخْلَصْنَاهُمْ بِخَالِصَةٍ ذِكْرَى الدَّارِ
Sesungguhnya Kami telah mensucikan mereka dengan (menganugerahkan kepada mereka) akhlak yang tinggi yaitu selalu mengingatkan (manusia) kepada negeri akhirat.Shad : 46
Dari pengertian diatas dapat difahami bahawa akhlak adalah sifat dalaman seseorang di mana ia menunjukkan kebaikan ataupun keburukan.Kesinambungan daripada istilah akhlak adalah sebuah kehormatan. Jika diteliti pada maksud maruah itu, ia adalah sesuatu yang diperlihatkan kepada orang lain berdasarkan sifat dan amalannya.
Agama Islam mempunyai asas-asas tertentu yang membentuknya, iaitu ia terbina dari aqidah, syariat dan akhlak.
Justeru itu agama dan akhlak tidak dapat dipisahkan, di mana pengertiannya yang lebih jelas adalah apabila seseorang yang beragama (iaitu Islam) dan berakhlak, mereka tidak akan mengganggu,menyusahkan dan menyakiti orang lain.
Pengutusan Rasulullah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam dalam menyampaikan agama Islam dan mengeluarkan manusia daripada kesesatan adalah suatu anugerah dari Allah Subhanahuwata'ala dalam membentuk sebuah agama yang mempunyai umat berakhlak mulia. Dari itu pula Rasulullah Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam adalah contoh dan ikutan yang terbaik yang diutuskan diatas mukabumi ini, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan dan rahmat) Allah dan (balasan baik) di hari akhirat, sebagaimana yang dinyatakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam firmannya,
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah. Al-Ahzab:21
Akhlak terbahagi dua bahagian:
Berakhlak terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala
Berakhlak terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala adalah berserah diri hanya kepada-Nya, bersabar, reda terhadap hukum-Nya baik dalam masalah syariat mahupun takdir, dan tidak berkeluh kesah terhadap hukum syariat dan takdir-Nya serta menghadirkan segala sifat mahmudah dan menjauhi segala sifat mazmudah didalam jiwa.
Berakhlak terhadap manusia dan makhluk Allah yang lain
Berakhlak terhadap manusia adalah tidak menyakiti mereka dengan lisan dan anggota badan, tersenyum di hadapan mereka, manis muka,menahan amarah, tidak sombong,tidak meninggi diri,sabar terhadap gangguan mereka, rendah hati, jujur, amanah, dan menghadirkan segala sifat mahmudah menjauhi segala sifat mazmumah didalam jiwa.
Diantara contoh akhlak yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam adalah beliau telah memerintahkan agar bergaul dengan manusia dengan akhlak yang mulia, sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam:
“اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ.”
“Bertakwalah kamu kepada Allah dimanapun kamu berada! Iringilah kejelekan dengan kebaikan, niscaya dia akan menghapuskannya! Pergaulilah manusia dengan akhlak yang mulia!”HR Tirmizi
Dan juga termasuk berakhlak adalah berakhlak mulia dengan makhluk Allah yang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam
حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ خَالِدٍ الْحَذَّاءِ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي الْأَشْعَثِ عَنْ شَدَّادِ بْنِ أَوْسٍ قَالَ خَصْلَتَانِ سَمِعْتُهُمَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الْإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا قَالَ غَيْرُ مُسْلِمٍ يَقُولُ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْحَ وَلْيُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ وَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Telah menceritakan kepada kami Muslim bin Ibrahim, telah menceritakan kepada kami Syu'bah dari Khalid Al Hadzdza` dari Abu Qilabah dari Abu Al Asy'ats dari Syaddad bin Aus, ia berkata; dua sifat yang aku dengar dari Rasulullah shallallahu wa'alaihi wa sallam: "Sesungguhnya Allah telah mewajibkan bersikap baik terhadap segala sesuatu, apabila kalian membunuh maka bersikaplah yang baik!" selain Muslim mengatakan mengatakan: maka bunuhlah dengan baik, dan apabila kalian menyembelih maka sembelihlah dengan baik, dan hendaknya salah seorang dari kalian menajamkan pisaunya dan memberikan kenyamanan kepada hewan sembelihannya."HR Abu Daud, Sahih. 2432
No comments:
Post a Comment