Tunaikanlah 5 hak sesama muslim terhadap muslim yang lain
حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقُّ الْمُسْلِمِ عَلَى الْمُسْلِمِ خَمْسٌ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمْسٌ تَجِبُ لِلْمُسْلِمِ عَلَى أَخِيهِ رَدُّ السَّلَامِ وَتَشْمِيتُ الْعَاطِسِ وَإِجَابَةُ الدَّعْوَةِ وَعِيَادَةُ الْمَرِيضِ وَاتِّبَاعُ الْجَنَائِزِ قَالَ عَبْدُ الرَّزَّاقِ كَانَ مَعْمَرٌ يُرْسِلُ هَذَا الْحَدِيثَ عَنْ الزُّهْرِيِّ وَأَسْنَدَهُ مَرَّةً عَنْ ابْنِ الْمُسَيَّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
Telah menceritakan kepadaku Harmalah bin Yahya; Telah mengabarkan kepada kami Ibnu Wahb; Telah mengabarkan kepadaku Yunus dari Ibnu Syihab dari Ibnu Al Musayyab bahwa Abu Hurairah berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Kewajiban seorang muslim terhadap sesama muslim ada lima: (1) Menjawab salam. (2) Mendoakan yang bersin. (3) Memenuhi undangan. (4) Mengunjungi yang sakit, dan (5) Ikut mengantar jenazah." Dan telah menceritakn kepada kami Abdu bin Humaid telah mengabarkan kepada kami Abdur Razzaq telah mengabarkan kepada kami Ma'mar memursalkan Hadits ini dari Az Zuhri dan pernah menyandarkannya dari Ibnu Al Musayyab dari Abu Hurairah. HR Muslim,4022
Islam sangat menitikberatkan agar terwujudnya suasana persaudaraan dan kasih sayang. Oleh kerana itu, Islam mendorong umatnya agar sentiasa mewujudkan dan memelihara persaudaraan dan kasih sayang.
Dari itu, Islam mensyariatkan beberapa amalan yang dapat mewujudkan persaudaraan dan kasih sayang tersebut. Hadits diatas menjelaskan hal-hal yang dapat meneguhkan persaudaraan dan kasih sayang, iaitu dengan melaksanakan tuntutan-tuntutan agama yang selari dengan tututan sosial terhadap sesama muslim.
Dalam hadith ini, dinyatakan hak muslim atas muslim yang lain dalam bentuk ungkapan تَجِبُ yang boleh membawa maksud wajib atau maksud sunnah yang sangat dianjurkan. Dan juga ungkapan حَقُّ yang membawa maksud sesuatu yang tidak sepantasnya ditinggalkan dan mesti ditetapkan diatas tempat dan kedudukannya.
Diantara hak-hak sesama muslim yang perlu diberi perhatian ialah:
1. Menjawab Salam
Mengucapkan dan menjawab salam adalah merupakan doa antara sesama Muslim.
Mengucap salam terhadap orang muslim yang ditemui hukumnya adalah sunat namun menjawab salam hukumnya adalah wajib. Dalam hal menjawab salam Islam menganjurkan agar dijawab dengan ucapan yang lebih balk atau sekurang-kurangnya bersamaan dengan orang yang mengucapkan salam.
Dali al-Qur'an,
وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا
Apabila kamu diberi penghormatan dengan sesuatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik dari padanya, atau balaslah penghormatan itu (dengan yang serupa). Sesungguhnya Allah memperhitungankan segala sesuatu. An-Nisa:86.
Ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dalam hal berkenaan memberi salam:
a- Orang muda diutamakan memberi salam kepada orang tua. Orang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit kepada orang yang ramai. Maksud dari HR Bukhari
b-Ucapan salam dianjurkan kepada yang dikenali ataupun yang tidak dikenal. Maksud dari HR Bukhari.
c.Hindari memberi salam kepada orang yang sedang membuang air atau yang sedang solat. Nabi saw tidak menjawab salam ketika buang air. Maksud HR Muslim.
d.Jika ada orang mengirim salam kepada orang lain, maka menjawabnya dengan ucapan : wa'alaihissalam warrahmatullahi wabarakatuh.
e.Jika Ahli Kitab atau orang bukan Islam mengucapkan salam kepada , maka dijawab dengan ucapan : waalaikum. Maksud dari HR Muslim
2-Mendoakan orang yang bersin.
Wajib keatas setiap orang yang mendengar orang bersin (yang dia mengucapkan اَلْحَمْدُ ِللهِ.) untuk diucapkan tasymit kepadanya, iaitu dengan mengucapkan,يَرْحَمُكَ اللهُ
“Semoga Allah memberikan rahmat kepadamu.”
Apabila tidak mendengarnya mengucapkan اَلْحَمْدُ ِللهِ, maka janganlah mengucapkan tasymit (ucapan يَرْحَمُكَ اللهُ) baginya, dan tidak perlu mengingatkannya untuk mengucapkan hamdallah (ucapan اَلْحَمْدُ ِللهِ).Ini berpandukan hadith Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
إِذَا عَطَسَ أَحَدُكُمْ فَحَمِدَ اللهَ: فَشَمِّتُوْهُ فِإِنْ لَمْ يَحْمَدِ اللهَ فَلاَ تُشَمِّتُوْهُ.
“Jika salah seorang dari kalian bersin lalu mengucapkan اَلْحَمْدُ ِللهِ, maka hendaklah kalian mengucapkan tasymit (ucapan yarhamukallah) baginya, namun jika tidak, maka janganlah mengucapkan tasymit baginya.” HR Muslim,2992.
Dan bila orang bukan Islam bersin dan mengucapkan اَلْحَمْدُ ِللهِ maka di anjurkan untuk mengucap
يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ بَالَكُمْ.
“Semoga Allah memberikan pada kalian petunjuk dan memperbaiki keadaan kalian.”
Berdasarkan hadith Abu Musa al-‘Asy’ari ra, ia berkata:
كَانَ الْيَهُوْدُ يَتَعَاطَسُوْنَ عِنْدَ رَسُوْلِ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْجُوْنَ أَنْ يَقُوْلَ لَهُمْ يَرْحَمُكُمُ اللهُ، فَيَقُوْلُ: يَهْدِيْكُمُ اللهُ وَيُصْلِحُ باَلَكُمْ.
“Orang-orang Yahudi berpura-pura bersin di ha-dapan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, mereka berharap Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam sudi mengatakan kepada mereka yarhamukumullah (semoga Allah memberikan rahmat bagi kalian), namun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam hanya mengucapkan yahdikumullaah wa yushlihu baalakum (semoga Allah memberikan pada kalian petunjuk dan memperbaiki keadaanmu).” HR Ahmad ,Sahih.
3- Memenuhi undangan.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa memenuhi undangan,
a- Undangan tidak melibatkan aktiviti mungkar atau dihadiri oleh golongan fasiq dan fajir, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
لاَ تُصَاحِبْ إِلاَّ مُؤْمِناً وَلاَ يَأْكُلْ طَعَامَكَ إِلاَّ تَقِيٌّ.
“Janganlah engkau bergaul kecuali dengan orang mukmin, dan janganlah sampai menyantap makanan kalian melainkan orang yang bertaqwa.” HR Abu Daud, Hasan
b- Majlis undangan tidak mengkhususkan undangan bagi orang kaya saja tanpa mengundang orang-orang miskin, sebagaimana hadith:
شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيْمَةِ يُدْعَى إِلَيْهَا اْلأَغْنِيَاءُ دُوْنَ الْفُقَرَاءِ.
“Sejelek-jelek makanan adalah makanan jamuan walimah, dimana hanya orang kaya saja yang diundang tanpa mengundang orang miskin.” HR Bukhari
c- Jamuan tersebut tidak bertujuan untuk berbangga-bangga dan menyombongkan diri, namun jamuan tersebut diadakan dengan tujuan untuk mengikuti Sunnah dan meneladani perbuatan Nabi Muhammmad Sallalahu'aliahiwasallam dan Nabi-Nabi yang lain, seperti Nabi Ibrahim, dimana beliau diberi gelaran Abu adh-Dhifan (orang yang suka menjamu tamu). Begitu pula hendaknya diniatkan untuk memberi kegembiaran, sukacita di kalangan orang-orang mukmin.
e-Undangan itu tidak menggangu muslim yang lain, sedangkan mengganggu sesama muslim adalah perbuatan haram.Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:
اَلْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لاَ يَظْلِمُهُ ولاَ يُسْلِمُهُ.
“Seorang muslim adalah saudara muslim yang lainnya, tidak boleh menzhaliminya dan tidak membiarkannya dizalimi.” HR Bukhari.
4. Mengunjungi Orang Sakit.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa mengunjungi orang sakit,
a. Menghiburkan orang sakit dengan ucapan yang dapat mententeramkan hatinya. Maksud HR Bukhari.
b. Mendoakan si sakit agar disembuhkan Allah. Maksud HR Tirmizi.
c-Menasihati si sakit agar berbuat yang ma’ruf dan mencegahnya dari kemungkaran. Seperti bersabar , menjaga kebersihan hati dan tidak berburuk sangka kepada Allah, atau mengingatkannya tetap melaksanakan solat fardhu.
5-Ikut menghantar jenazah.
Beberapa perkara yang perlu diberi perhatian semasa menghantar jenazah ke kubur,
a- Dilarang memijak atau melangkahi kubur atau mendudukinya.
b-Sunat membuka selipar.
c-Mengucapkan doa ketika hendak masuk ke pekuburan.
d-Menyaksikan pengkebumian tersebut (sewaktu dimasuk jenazah kedalam kubur), iaitu dalam rangka mengambil pelajaran darinya, dengan tujuan mengingati akan kematian, bahawasanya kita juga akan dimasukkan kedalam tanah seperti itu.
e-Berdiam diri, merenungkan dengan mengambil pelajaran dari peristiwa kematian ini.
f-Menjauhkan diri dari perkara-perkara yang malalaikan hati dari mengingati kematian, seperti tertawa, berbicara masalah dunia, bergurau atau lain-lainnya.
g-Meninggalkan ritual-ritual bid’ah dan khurafat di pekuburan, seperti lalu dibawah usungan jenazah dan sebagainya.
h-Mengucapkan istighfar ketika pengkebumian tersebut telah selesai, kerana maksud dari hadith Rasulullah Sallalahua'laihi wasallam menyatakan “Mintakanlah ampun bagi saudara kamu kerana sesungguhnya sekarang dia sedang ditanya”
No comments:
Post a Comment