Friday 30 September 2016

Hadith: Pulang daripada Jihad Kecil Kepada Jihad Besar, iaitu Jihad Hawa Nafsu


Hadith: Pulang daripada Jihad Kecil Kepada Jihad Besar, iaitu Jihad Hawa Nafsu
Sumber Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

رجعنا من الجهاد الأصغر إلى الجهاد الأكبر يعني جهاد النفس

“Kita pulang daripada jihad kecil menuju kepada jihad besar iaitu jihad hawa nafsu.”
 
Hadith ini bukanlah hadith sahih dan hasan daripada segi sanad. Tempat asal keluar hadith ini juga bukanlah daripada pengarang kitab-kitab hadith yang disepakati dalam kalangan orang-orang Islam. Ia bukan daripada dua kitab sahih (al-Bukhari dan Muslim), Bukan daripada kutub sittah, juga bukan daripada al-Muwatta’ dan bukan daripada kebanyakkan sanad Imam Ahmad.

Al-Hafiz bin Hajar dalam Tasdid Al-Qaus fi Takhrij Musnad Al-Firdaus, yang terkenal memiliki banyak hujah daripada kata-kata Ibrahim bin ‘Ailah Al-Aljuni berkata dalam Al-Kashaf Al-Khafa, iaitu hadith dalam Al-Ihya’. Al-Iraqi menyatakan, Imam Al-Baihaqi merekodkan daripada Jabir dengan sanad yang lemah. Al-Khatib pula merekodkan dalam sejarahnya daripada Jabir dengan lafaz, Nabi SAW. pulang daripada peperangan. Maka Nabi SAW. menyatakan, “Kalian pulang daripada tempat yang baik dan kalian pulang daripada jihad kecil menuju jihad besar”.

Mereka bertanya. “Apakah jihad besar itu/”

Baginda menjawab, “Iaitu seseorang hamba yang berjihad melawan hawa nafsunya”. Ia sering disebut, kami kembali daripada jihad paling kecil kepada jihad paling besar. Hadith ini tiada yang kurang, malahan ia diringkaskan.

Daripada segi makna, hadith ini mengandungi dua perkara:

a.      Pertama, ditolak untuk selama-lamanya. Ia difahami secara tersirat, bukan secara langsung dengan maksud asalnya. Sekalipun orang yang memasyurkan hadith berniat seperti itu.

b.      Kedua. Mungkin diterima secara syarak. Iaitu perkata itu difahami dengan maksud tersurat yang asalnya, bukan secara tersirat.

Oleh itu, maksud pertama adalah perkara yang ditolak, daripada sudut bahawa berjihad pada jalan Allah SWT. adalah suatau amalan kecil. Ia menghina kedudukan dan kelebihan jihad dalam Islam, serta kepentingan mempertahankan dasar dan kesucian bangsa. Ini berlaku ketika mana semua musuh saling bermusuhan serta semakin meruncing kejahatan orang-orang sombong.

Al-Quran dan sunah yang mulia, kedua-duanya terhimpun nas-nas yang banyak tersedia. Dalamnya menerangkan kelebihan dan ketinggian kedudukan jihad pada agama Allah SWT. Oleh itu, tiada apa yang diragui lagi.
Cukuplah Allah SWT. menyatakan:

أَجَعَلْتُمْ سِقَايَةَ الْحَاجِّ وَعِمَارَةَ الْمَسْجِدِ الْحَرَامِ كَمَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَجَاهَدَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ لَا يَسْتَوُونَ عِندَ اللَّهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ (19) الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنفُسِهِمْ أَعْظَمُ دَرَجَةً عِندَ اللَّهِ ۚ وَأُولَٰئِكَ هُمُ الْفَائِزُونَ (20) يُبَشِّرُهُمْ رَبُّهُم بِرَحْمَةٍ مِّنْهُ وَرِضْوَانٍ وَجَنَّاتٍ لَّهُمْ فِيهَا نَعِيمٌ مُّقِيمٌ (21) خَالِدِينَ فِيهَا أَبَدًا ۚ إِنَّ اللَّهَ عِندَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (22) يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّخِذُوا آبَاءَكُمْ وَإِخْوَانَكُمْ أَوْلِيَاءَ إِنِ اسْتَحَبُّوا الْكُفْرَ عَلَى الْإِيمَانِ ۚ وَمَن يَتَوَلَّهُم مِّنكُمْ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ (23)
Adakah kamu sifatkan hanya perbuatan memberi minum kepada orang-orang yang mengerjakan Haji, dan (hanya perbuatan) memakmurkan Masjid Al-Haraam itu sama seperti orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta berjihad pada jalan Allah? Mereka (yang bersifat demikian) tidak sama di sisi Allah, dan Allah tidak memberikan hidayah petunjuk kepada kaum yang zalim.

(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja); dan mereka itulah orang-orang yang berjaya. 

Mereka digembirakan oleh Tuhan mereka dengan pemberian rahmat daripadanya dan keredaan serta Syurga; mereka beroleh di dalam Syurga itu nikmat kesenangan yang kekal di dalamnya.

Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya. Sesungguhnya Allah, menyediakan di sisiNya pahala yang besar. 

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menjadikan bapa-bapa kamu dan saudara-saudara kamu sebagai orang-orang yang didampingi jika mereka memilih kufur dengan meninggalkan iman; dan sesiapa di antara kamu yang menjadikan mereka orang-orang yang didampingi, maka merekalah orang-orang yang zalim.  A-Taubah: 19-23            

Allah SWT. menyatakan lagi:

لَا يَسْتَوِي الْقَاعِدُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ غَيْرُ أُولِي الضَّرَرِ وَالْمُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ ۚ فَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ  دَرَجَاتٍ مِنْهُ وَمَغْفِرَةً وَرَحْمَةً ۚ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمً (95)عَلَى الْقَاعِدِينَ دَرَجَةً ۚ وَكُلًّا وَعَدَ اللَّهُ الْحُسْنَىٰ ۚ وَفَضَّلَ اللَّهُ الْمُجَاهِدِينَ عَلَى الْقَاعِدِينَ أَجْرًا عَظِيمًا 

Tidaklah sama antara mukmin yang duduk (yang tidak ikut berperang) yang tidak mempunyai 'uzur dengan orang-orang yang berjihad di jalan Allah dengan harta mereka dan jiwanya. Allah melebihkan orang-orang yang berjihad dengan harta dan jiwanya atas orang-orang yang duduk satu derajat. Kepada masing-masing mereka Allah menjanjikan pahala yang baik (surga) dan Allah melebihkan orang-orang yang berjihad atas orang yang duduk dengan pahala yang besar, An-Nisa: 95-96

Juga firman-Nya

انْفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالًا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan maupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” At-Taubah: 41
Juga firman-Nya.

إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَهَاجَرُوا وَجَاهَدُوا بِأَمْوَالِهِمْ وَأَنْفُسِهِمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ آوَوْا وَنَصَرُوا أُولَٰئِكَ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ ۚ وَالَّذِينَ آمَنُوا وَلَمْ يُهَاجِرُوا مَا لَكُمْ مِنْ وَلَايَتِهِمْ مِنْ شَيْءٍ حَتَّىٰ يُهَاجِرُوا ۚ وَإِنِ اسْتَنْصَرُوكُمْ فِي الدِّينِ فَعَلَيْكُمُ النَّصْرُ إِلَّا عَلَىٰ قَوْمٍ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَهُمْ مِيثَاقٌ ۗ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad dengan harta dan jiwanya pada jalan Allah dan orang-orang yang memberikan tempat kediaman dan memberi pertolongan (kepada Muhajirin), mereka itu satu sama lain saling melindungi. Dan (terhadap) orang-orang yang beriman tetapi belum berhijrah, maka tidak ada kewajiban sedikit pun bagimu melindungi mereka, sampai mereka berhijrah. (Tetapi) jika mereka meminta pertolongan kepadamu dalam (urusan pembelaan) agama, maka kamu wajib memberikan pertolongan kecuali terhadap kaum yang telah terikat perjanjian antara kamu dengan mereka. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” Al-Anfaal: 72

Hadith yang paling banyak adalah daripada hadith sahih, iaitu kelebihan berjihad mengatasi kelebihan berpuasa untuk yang tidak berbuka. Orang yang berjihad tidak patus-putus(kelebihannya). Manakala, hadith Muaz bin Jabal yang terkenal:

أَلَا أُخْبِرُكَ بِرَأْسِ الْأَمْرِ كُلِّهِ وَعَمُودِهِ وَذِرْوَةِ سَنَامِهِ؟ رَأْسُ الْأَمْرِ الْإِسْلَامُ وَعَمُودُهُ الصَّلَاةُ وَذِرْوَةُ سَنَامِهِ الْجِهَاد

“Tidakkah saya tunjukkan epada kamu tunjang,tiang dan keutamaan sesuatu suruhan? Tunjang suruhan itu adalah Islam, tiangnya adalah solat dan keutamaannya adalah berjihad pada jalan Allah”. HR Tirmizi, Hasan sahih.

Dalam hadith lain menyebut:

الْجِهَادُ سَنَامُ الْعَمَل
“Jihad adalah kemuncak amalan”. HR Tirmizi,Hasan Sahih
 
Selain daripada itu, banyak hadith yang menyebut tentang perkara itu, Ia dapat dirujuk dalam kitab al-Jihad dalam kedua-dua kitab sahih(Bukhari dan Muslim) dan dalam beberapa sunan. Sebenarnya, banyak kitab yang dikarang terutama yang berkaitan dengan kelebihan berjihad. Sebagaimana dalam kitab Abdullah bin Al-Mubarak.

            Manakala makna yang diterima dalam hadith ini ialah menyokong kepada jihad hawa nafsu, sebagai satu latihan, melaksanakan amalan takwa dan menjauhi hawa nafsu dan syahwat. Sehingga berpindah daripada ammarah bissu’(nafsu yang melakukan kemungkaran, tetapi masih ada rasa riyak). Kemudian sampai kepada nafsu al-Mutmainnah(nafsu yang lembut, mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa).

Ia memerlukan jihad nafsu yang lama, jauh daripada tipu daya dan banyak kesusahan. Namun hasilnya diberkati dan mendapat banyak bebaikan. Tiada ragu-ragu bahawa jalan yang susah adalah petunjuk kepada jalan Allah SWT, Allah SWT. menegaskan:

وَالَّذينَ جٰهَدوا فينا لَنَهدِيَنَّهُم سُبُلَنا ۚ وَإِنَّ اللَّهَ لَمَعَ المُحسِنينَ﴿٦٩﴾

Dan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak ugama Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami (yang menjadikan mereka bergembira serta beroleh keredaan); dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.Al-Ankabut:69

Dalam hadith:

Orang yang berjihad adalah mereka yang berjihad melawan hawa nafsunya.HR Abu Daud,at-Tirmizi dikatakan Hasan Sahih. Begitu juga dengan Imam Ahmad semuanya adalah daripada Fadhalah bin ‘Abid.

Jihad hawa nafsu adalah satu daripada jenis-jenis jihad yang dituntut ke atas orang Islam. Al-‘Allamah Ibnu Qayyim menyatakan, terdapat 13 martabat jihad. Antaranya, empat kedudukan jihad hawa nafsu dan dua kedudukan jihad memerangi syaitan.

Sunday 4 September 2016

Isu Semasa: Suara Wanita Aurat?


Suara Wanita Aurat?

Sumber Rujukan:
Fatawa Mua’sirah(Fatwa kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi

Tiada isu yang bercampur antara kebenaran dan kebatilan. Antara benar dan salah, dan antara sikap berlebih-lebihan ataupun sebaliknya, seperti isu wanita dalam masyarakat Islam.

Benar. Tidak ada agama yang bersumberkan Allah SWT ataupun ciptaan manusia dan tidak ada falfasah ataupun realisme yang memuliakan, mengadili, dan melindungi wanita seperti agama Islam.

 Islam memuliakan wanita sebagai insan ketika dia dianggap layak memikul tanggungjawab. Ini sama seperti tanggungjawab dan kelayakan seorang lelaki. Wanita juga diberi pahala dan dosa seperti lelaki, higggakan tugasan pertama yang diberikan kepada manusia adalah untuk semua lelaki dan wanita. Allah SWT. mengatakan kepada manusia pertama, Nabi Adam as. dan isteri baginda:

وَقُلْنَا يَا آدَمُ اسْكُنْ أَنْتَ وَزَوْجُكَ الْجَنَّةَ وَكُلَا مِنْهَا رَغَدًا حَيْثُ شِئْتُمَا وَلَا تَقْرَبَا هَٰذِهِ الشَّجَرَةَ فَتَكُونَا مِنَ الظَّالِمِينَ

Dan Kami berfirman: "Hai Adam, diamilah oleh kamu dan isterimu surga ini, dan makanlah makanan-makanannya yang banyak lagi baik dimana saja yang kamu sukai, dan janganlah kamu dekati pohon ini, yang menyebabkan kamu termasuk orang-orang yang zalim.Al-Baqarah:35

Antara yang dinyatakan disini, Islam tidak mempunyai sebarang nas yang dinyatakan dalam al-Quran ataupun sunnah shahih yang menyatakan wanita itu (Hawa) bertanggungjawab mengeluarkan Nabi Adam as. dari Syurga. Selain itu, kenyataan yang mengatakan beliau bertanggungjawab terhadap kesengsaraan keturunan selepasnya. Kenyataan ini seperti mana yang dinyatakan dalam Taurat Lama. Bahkan, al-Quran mengesahkan bahawa Nabi Adam as. yang bertanggungjawab:

وَلَقَدۡ عَهِدۡنَآ إِلَىٰٓ ءَادَمَ مِن قَبۡلُ فَنَسِىَ وَلَمۡ نَجِدۡ لَهُ ۥ عَزۡمً۬ا
Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi dia lupa dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. Taha:115

وَلَقَد عَهِدنا إِلى آدَمَ مِن قَبلُ فَنَسِيَ وَلَم نَجِد لَهُ عَزمًا ﴿١١٥ وَإِذ قُلنا لِلمَلائِكَةِ اسجُدوا لِآدَمَ فَسَجَدوا إِلّا إِبليسَ أَبى ﴿١١٦ فَقُلنا يا آدَمُ إِنَّ هـذا عَدُوٌّ لَكَ وَلِزَوجِكَ فَلا يُخرِجَنَّكُما مِنَ الجَنَّةِ فَتَشقى ﴿١١٧ إِنَّ لَكَ أَلّا تَجوعَ فيها وَلا تَعرى ﴿١١٨ وَأَنَّكَ لا تَظمَأُ فيها وَلا تَضحى ﴿١١٩ فَوَسوَسَ إِلَيهِ الشَّيطانُ قالَ يا آدَمُ هَل أَدُلُّكَ عَلى شَجَرَةِ الخُلدِ وَمُلكٍ لا يَبلى ﴿١٢٠ فَأَكَلا مِنها فَبَدَت لَهُما سَوآتُهُما وَطَفِقا يَخصِفانِ عَلَيهِما مِن وَرَقِ الجَنَّةِ وَعَصى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوى ﴿١٢١ ثُمَّ اجتَباهُ رَبُّهُ فَتابَ عَلَيهِ وَهَدى ﴿١٢٢
Dan demi sesungguhnya, Kami telah berpesan kepada Adam pada masa yang lalu, tetapi ia lupa; dan kami tidak mendapatinya mempunyai keazaman yang teguh. Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam", lalu mereka sujud, melainkan Iblis, ia enggan sujud. Maka, Kami berfirman: "Wahai Adam sesungguhnya Iblis ini musuh bagimu dan bagi isterimu; oleh itu, janganlah ia menyebabkan kamu berdua keluar dari Syurga, kerana dengan yang demikian engkau (dan isterimu) akan menderita. "Sesungguhnya telah dikurniakan berbagai nikmat bagimu, bahawa engkau tidak akan lapar dalam Syurga itu dan tidak akan bertelanjang. Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: "Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari Syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu tersalah jalan (dari mencapai hajatnya). Kemudian Tuhannya memilihnya (dengan diberi taufiq untuk bertaubat), lalu Allah menerima taubatnya serta diberi petunjuk.Taha 115-122
Namun, apa yang dilakukan oleh sesetengah orang Islam begitu dikesali . Mereka menganiaya hak-hak wanita dan mengharamkan apa yang ditetapkan syarak untuk wanita. Islam menetapkan, wanita berperanan sebagai seorang insan, perempuan, anak perempuan, isteri,ataupun seorang ibu.

Apa yang mengagumkan adalah, apa yang banyak berlaku kepada wanita berupa ketidakadilan. Tuduhan-tuduhan itu dikaitkan dengan nama agama padahal agama jauh daripada sebarang tuduhan itu.

Mereka juga mengaitkan, Rasulullah SAW. ada mengatakan perihal wanita. “Berbincanglah dengan mereka (wanita) dan belakangkan (pendapat) mereka juga. “Hadith ini adalah yang direka-reka, serta tiada nilai dan kekuatan ilmiah.

Ini yang berlaku walaupun Rasulullah SAW. sudah meminta pendapat isterinya, Ummu Salamah berkenaan satu urusan daripada urusan-urusan penting umat Islam. Lalu, Ummu Salamah mengemukakan cadangan beliau kepada Baginda. Pendapat itu diterima dengan rela hati, dipilih dan ada kebailan serta mempunyai keberkataan.

Mereka turut mengaitkan Saidina Ali bin Abu Talib ra. kononnya beliau mengatakan, “Wanita itu semuanya jahat, dan kejahatan yang ada pada mereka sememangnya satu kemistian”. Ini adalah kenyataan yang tidak diterima sama sekali, sama ada dari sudut logik Islam ataupun dari segi nas-nasnya
 
Bagaimana perkara ini berlaku sedangkan al-Quran menjadikan pasangan kepada wanita Islam adalah lelaki Islam. Wanita beriman dengan lelaki beriman, dan wanita yang mentaati Allah SWT. dengan lelaki yang mentaatai Allah SWT. serta perkara lain yang jelas dinyatakan dalam al-Quran.

Manakala kenyataan mereka terhadap apa yang mereka sudah katakan, sememangnya suara wanita itu aurat. Lalu, wanita tidak dibenarkan bercakap dengan mana-mana lelaki, selain daripada suami dan bukan mahram. Ini kerana suara wanita yang secara semula jadinya lembut akan mengundang fitnah serta membangkitkan nafsu di hati.

Kita sudah meminta bukti daripada mereka. Namun, kita tidak memperolehi walaupun satu bukti daripada mereka yang dapat dipegang dan disandar padanya.

Lihatlah adakah mereka itu tidak tahu al-Quran membenarkan kita bertanya kepada isteri Nabi SAW. di sebalik tabir berbanding dengan mengkritik keadaan mereka, sehingga mengharamkan apa yang tidak diharamkan pada wanita lain? Allah SWT. mengatakan dalam surah al-Ahzab ayat 53:

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ

Apabila kamu meminta sesuatu (keperluan) kepada mereka (isteri-isteri Nabi), maka mintalah dari belakang tabir.

Soalan ini memerlukan jawapan, dan itulah yang dilakukan oleh Ummul Mukminin apabila mereka memberi fatwa daripada mereka. Selain itu ketika merekodkan hadith-hadith untuk sesiapa yang mahu mengambil hadith-hadith daripada mereka.

Seorang wanita bertanya kepada Nabi SAW dihadapan kaum lelaki dan tiada sebarang kesalahan dalam keadaan itu. Nabi SAW. juga tidak melarang wanita itu bertanya.

Seorang wanita pernah membalas pendapat Saidina Umar ra. ketika beliau sedang berucap di mimbar. Namun Saidina Umar ra.tidak menegah, bahkan mengakui kebenaran wanita itu dan kesilapan diri beliau sendiri. Lalu beliau mengatakan, “Semua orang lebih berilmu daripada Umar”.

Kita juga mendapati anak perempuan seorang syeikh tua yang dinyatakan dalam surah al-Qasas berkata kepada Nabi Musa as.

إِنَّ أَبِي يَدْعُوكَ لِيَجْزِيَكَ أَجْرَ مَا سَقَيْتَ لَنَا ۚ

"Sesungguhnya bapakku memanggil kamu agar ia memberikan balasan terhadap (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami". Al-Qasas: 25

Ini seperti mana dia dan saudara perempuanya berbicara kepada Nabi Musa sa. Sebelunm baginda bertanya kepada mereka:

قَالَ مَا خَطْبُكُمَا ۖ قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّىٰ يُصْدِرَ الرِّعَاءُ ۖ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ

..Dia bertanya, ‘Apakah masaalah kamu berdua? “Mereka menjawab: "Kami tidak dapat meminumkan (ternak kami), sehingga pengembala-pengembala itu membawa balik binatang ternakan mereka, sedang bapak kami adalah orang tua yang telah lanjut umurnya". Al-Qasas: 23
Al-Quran juga menceritakan kepada kita tentang perbualan yang berlaku antara Nabi Sulaiman as. dan Ratu Sabak. Begitu juga dengan perbualan Ratu Sabak dengan kaumnya yang terdiri daripada lelaki.
Syaraiat kita juga berasaskan syariat dan hukum terdahulu selagi mana tidak ada nas yang memansuhkan ia. Ini adalah pandangan yang kita pilih.
Percakapan yang dilarang di sini adalah bicara yang melentok-lentok dan membuai-buai, yang bertujuan membangkitkan nafsu dan menggoda lelaki. Ini dinyatakan dalam al-Quran dengan kata-kata,”Berbicara dengan lembut manja” yang terdapat dalam keterangan Allah SWT. dalam surah al-Ahzab:32
يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ ۚ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا

Wahai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu berbicara dengan lembut manja sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya dan ucapkanlah perkataan yang baik,
Apa yang ditegah di sini adalah lembut manja, yang diingini oleh orang-orang yang memiliki penyakit hati disebabkan nafsu. Namun ini bukanlah tegahan untuk semua percakapan dengan setiap lelaki. Ini dibuktikan melalui keterangan Allah SWT. pada penutup ayat berkenaan.
Antara hadith-hadith yang difahami secara salah adalah hadith yang direkodkan oleh Bukhari dan Muslim:
مَا تَرَكْتُ بَعْدِي فِتْنَةً أَضَرَّ عَلَى الرِّجَالِ مِنَ النِّسَاءِ
Aku tidak meninggalkan satu fitnah pun yang lebih membahayakan para lelaki selain fitnah wanita.” HR. Bukhari dan  Muslim
Mereka menganggap dan membuatkan orang lain beranggapan, fitnah ini bermaksud wanita adalah kejahatan dan kesengsaraan, ataupun  musibah yang menimpa manusia seperti musibah kemiskinan, penyakit, kelaparan dan ketakutan. (Apa yang dimaksudkan dengan fitnah ialah ujian). Sebagaimana diantara firman Allah Ta’ala berkenaan dengan ujian keatas manusia:
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanya menjadi ujian. At-Thaghabun,15

وَاعْلَمُوا أَنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ
Ketahuilah,sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanya menjadi ujian/cubaan. Al-Anfal:28
Namun mereka terlepas pandang satu perkara penting, iaitu manusia sebenarnya lebih banyak diuji dengan kesenangan berbandingan dengan diuji dengan kesusahan.

وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً

…Dan kami menguji kamu dengan kesusasahan dan kesenangan sebagai fitnah/cubaan. Al-Anbiya:35
Tidak ada perkara lebih jelas yang dinyatakan dalam al-Quran tentang fitnah kesenangan, iaitu harta benda dan anak-anak. Kedua-duanya adalah antara nikmat dan perhiasan terbesar kehidupan dunia. Ia menjadi fitnah sebagai mana diperingatkan Allah SWT. dalam kitabnya yang mulia.
Fitnah ini pula mampu memesongkan manusia daripada kewajipan dirinya kepada Tuhan. Ia juga melalaikan mereka daripada destinasinya. Allah SWT. menyatakan tentang perkara ini:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَنْ ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَنْ يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu dilalaikan oleh harta benda kamu dan anak pinak kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi. Al-Munafiqun:9
Sama seperti mana manusia takut untuk diuji dengan harta dan anak-anak, mereka juga takut untuk diuji dengan wanita. Selain itu takut untuk diuji dengan isteri-isteri yang menghalang mereka daripada perjuangan dan jihad. Isteri-isteri yang menggoda mereka supaya menyibukkan diri dengan kepentingan-kepentingan khusus daripada kewajipan-kewajipan umum. Disebabkan perkara ini terdapat peringatan dari al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ مِنْ أَزْوَاجِكُمْ وَأَوْلَادِكُمْ عَدُوًّا لَكُمْ فَاحْذَرُوهُمْ
Wahai orang-orang yang beriman, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka; Al-Thaghabun:14
Para wanita menjadi fitnah sekiranya mereka menjadi alat bagi membangkitkan dan merangsangkan syahwat. Selain itu apabila mereka menyalakan api keinginan dalam hati para lelaki. Inilah bahaya yang paling besar. Keadaan ini ditakuti mampu meruntuhkan akhlak, mencemarkan harga diri, serta menjadikan keluarga dan masyarakat porak peranda.
            Peringatan supaya berhati-hati dengan wanita dalam konteks ini sama seperti peringatan supaya berhati-hati dengan kurniaan harta,kemewahan, dan kesenangan hidup. Perkara ini terdapat dalam hadith sahih, “Demi Allah, bukanlah kemiskinan yang paling aku takuti terhadap kamu semua. Namun, apa yang aku takuti adalah kekayaan dunia dilimpahkan keatas kamu semua, sebagaimana dilimpahkan keataas orang-orang sebelum kamu. Maka kamu semua berlumba-lumba kepadanya sama seperti mereka berlumba-lumba. Lalu kamu semua dibinasakan seperti mana mereka dibinasakan?
Hadith ini tidak bermaksud Rasulullah SAW. hendak menyebarkan kemiskinan. Bahkan Baginda memohon perlindungan kepada Allah SWT. daripada kemiskinan.dan mengaitkan kemiskinan dengan kekufuran. Bukan kerana Baginda membenci umatnya memperolehi kemakmuran, kemewahan, dan kekayaan harta. Malah Baginda mengatakan, “Sebaik-baik harta yang baik adalah untuk orang yang baik”.
Sebaliknya, Baginda memberi peringatan penting kepada individu Muslim dan masyarakat Muslim supaya apabila mereka berhadapan dengan jalan yang licin dan berbahaya, mereka perlu memelihara gerak langkah supaya tidak tergelincir dan terjerumus kedalam jurang tanpa kesedaran dan kemahuan mereka.

Saturday 3 September 2016

Sudut Feqah: C. Tempat yang dibolehkan Mengqasar Solat


Sudut Feqah: C. Tempat yang dibolehkan Mengqasar Solat
Sumber Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

C. Tempat yang dibolehkan Mengqasar Solat

Jumhur ulama berpendapat, mengqasarkan solat baru dimulai setelah meninggalkan kota dan keluar dari daerah perkampungan, di mana dia bertempat tinggal. Ini merupakan syarat utama. Seorang yang bermusafir diwajibkan menyempurnakan perlaksanaan solatnya terlebih dahulu sebelum melintasi perumahan yang berada di sempadan bandar di mana dia bertempat tinggal. Ibnu al-Munzir berkata: “Aku tidak menjumpai satu hadis pun yang menjelaskan bahawa Nabi SAW. pernah mengqasar solat ketika hendak memulakan perjalanan melainkan setelah keluar  dari Madinah.

Anas berkata:

صَلَّيْتُ الظُّهْرَ  مَعَ النَّبِيِّ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالمَدِيْنَتِ أَرْبَعًا، وَبِذِى الحُلَيْفَةِ رَكْعَتَيْنِ

Ertinya: “Aku mengerjakan solat Zohor bersama Rasulullah SAW. di Madinah sebanyak empat Rakaat dan setibanya di Zul Hulaifah, beliau mengerjakan solat dua rakaat. HR Bukhari, Muslim.

Sebahagian ulama salaf  berpendapat, seseorang yang telah berniat hendak berpergian dibolehkan mengqasar solatnya walaupun ia masih berada di rumahnya.