Monday 30 November 2015

Sudut Feqah: Larangan Membela Anjing Tanpa Adanya Suatu Kepentingan atau Kegunaan Tertentu.


Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Termasuk daripada salah satu aspek yang dilarang Rasulullah SAW. adalah membela anjing tanpa adanya suatu keperluan. Di kalangan masyarakat yang suka bermewah-mewahan, mereka rela mengeluarkan wang yang banyak untuk membela anjing, tapi sangat kedekut untuk memberi sedekah kepada manusia. Bahkan ada yang sampai mencurahkan kasih sayang yang begitu besar kepada anjing, tapi dia malah bersikap tak peduli kepada saudaranya dan lupa kepada jiran tetangganya.

            Dengan adanya anjing di rumah seorang muslim, tentulah juga akan menjadikan bejana dan sebagainya bernajis kerana dijilat anjing. Rasulullah bersabda ,

إِذَا ولَغَ الكَلْبُ فِي إِنَاءِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْسِلْهُ سَبْع مَرَّاتٍ  إحدَاهُنَّ بِالتُّرَابِ

“Jika anjing menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka dia mesti mencucinya tujuh kali dan salah satunya dicampur dengan tanah.”. HR Bukhari

Rasulullah bersabda ,

مَنِ اتَّخَذَ كَلْبًا إِلا كَلْبَ صَيْدٍأَوْ زَرْعٍ ماشية, إِنْتَقَصَ مِنْ أَجْرِهِ كُلَّ يَوْمٍ قِيرَاطٌ
“Sesiapa membela anjing kecuali anjing pemburu, penjaga kebun atau ternakan maka setiap hari ganjaran akan berkurang satu qirath. HR al-Jamaah

Rasulullah bersabda ,
لَوْلَا أَنَّ الْكِلَابَ أُمَّةٌ مِنْ الْأُمَمِ لَأَمَرْتُ بِقَتْلِهَا
“Andai sahaja anjing itu bukanlah suatu umat di antara umat yang lain, tentulah sudah ku perintahkan untuk membunuhnya”.HR Abu Daud

Hikmah dari larangan membela anjing ialah, sebagaimana dikata oleh seorang ulama: “Sesiapapun tamu yang datang, dia akan menggonggong, menakut-nakuti orang yang meminta-minta dan menggaggu orang yang lalu lalang. “Dalam sebuah hadis Rasulullah SAW. bersabda:

" أَتَانِي جِبْرِيلُ عَلَيْهِ السَّلَام ، فَقَالَ  : أَتَيْتُكَ الْبَارِحَةَ فَلَمْ يَمْنَعْنِي أَنْ أَكُونَ دَخَلْتُ إِلَّا أَنَّهُ كَانَ عَلَى الْبَابِ تَمَاثِيلُ وَكَانَ فِي الْبَيْتِ قِرَامُ سِتْرٍ فِيهِ تَمَاثِيلُ وَكَانَ فِي الْبَيْتِ كَلْبٌ ، فَمُرْ بِرَأْسِ التِّمْثَالِ الَّذِي فِي الْبَيْتِ يُقْطَعُ فَيَصِيرُ كَهَيْئَةِ الشَّجَرَةِ ، وَمُرْ بِالسِّتْرِ فَلْيُقْطَعْ فَلْيُجْعَلْ مِنْهُ وِسَادَتَانِ مَنْبُوذَتَيْنِ تُوطَآَنِ وَمُرْ بِالْكَلْبِ فَلْيُخْرَجْ "

“Malaikat Jibril datang kepadaku dan berkata: “Semalam aku datang kepadamu, tak ada yang mencegahku untuk masuk, selain di atas pintu itu ada patung. Di dalam rumah ada kain nipis dengan beberapa gambar di dalamnya da juga ada anjing. “Maka perintahkanlah untuk memotong kepala patung itu sehingga dia seperti sebatang pokok. Perintahkan supaya kain langsir itu dipotong menjadi dua bantal yang diinjak dan perintahkanlah agar mengeluarkan anjing”. HR Ahmad, Abu Daud, An-Nasaei, Al-Tirmizi dan Ibnu Hibban.

Larangan ini berlaku untuk anjing peliharaan tanpa adanya suatu kepentingan atau kegunaan tertentu.

 

Saturday 21 November 2015

Sudut Feqah: Disunatkan Berbaik Sangka Kepada Allah


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Seseorang yang menderita sakit sepatutnya sentiasa mengingat akan luasnya rahmat Allah di samping berbaik sangka terhadap-Nya. Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh Muslim dari Jabir, katanya: Aku mendengar Rasulullah SAW. bersabda tiga hari sebelum kewafatannya:
لَا يَمُوتَنَّ أَحَدُكُمْ إِلَّا وَهُوَ يُحْسِنُ الظَّنَّ بِاللهِ

“Janganlah seseorang antara kamu meninggal dunia kecuali dalam keadaan berbaik sangka kepada Allah”
Hadis ini menegaskan keutamaan bersangka baik mengharapkan keampunan Allah, Supaya seseorang itu berjumpa dengan-Nya dalam suatu keadaan yang amat dicintai-Nya. Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Maha Pemurah lagi Maha Dermawan. Dia suka memaafkan dan baik sangka. Dalam sebuah hadis dinyatakan bahawa:

حديث جَابِرٍ قَالَ : سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ( يَقُولُ يُبْعَثُ كُلُّ عَبْدٍ عَلَى مَا مَاتَ عَلَيْهِ ) رواه مسلم
“Setiap hamba akan dibangkitkan mengikut keadaan ketika dia hendak meninggal dunia”.

HR:Ibnu Majah dan at-Tirmizi dengan sanad yang baik yang diriwayatkan dari Anas:
عَنْ أَنَسٍ، أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى شَابٍّ وَهُوَ فِي المَوْتِ، فَقَالَ: كَيْفَ تَجِدُكَ ؟ .
 قَالَ: وَاللَّهِ يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنِّي أَرْجُو اللَّهَ، وَإِنِّي أَخَافُ ذُنُوبِي، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَا يَجْتَمِعَانِ فِي قَلْبِ عَبْدٍ فِي مِثْلِ هَذَا المَوْطِنِ إِلَّا أَعْطَاهُ اللَّهُ مَا يَرْجُو وَآمَنَهُ مِمَّا يَخَافُ.
“Nabi Saw. melawat seorang pemuda yang sedang sakarat. Melihat itu, beliau bertanya: ‘Apa yang kamu rasakan sekarang ini? Dia menjawab: ‘Aku mengharapkan (keampunan) Allah sekaligus takut dosa-dosaku’. Beliau bersabda: ‘Tidaklah kedua-dua perkara ini menyatu dalam diri seseorang dalam suasana seumpamaini, melainkan Allah memberi apa yang diharapkan, dan melindunginya dari apa yang ditakutkan”.
HR Tirmizi beliau berkata “Hadis ini hasan namun Gharib” dan juga Ibn Majah

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ: «أَنَا عِنْدَ ظَنِّ عَبْدِي بِي فَإِنْ ظَنَّ بِي خَيْرًا فَلَهُ الْخَيْرُ فَلَا تَظُنُّوا بِاللَّهِ إِلَّا خَيْرًا»
“Aku menuruti prasangka hamba terhadapKu, jika Ia berprasangka baik terhadapKu, maka baginya kebaikan, maka jangan berprasangka terhadap Allah kecuali kebaikan”.HR Bukhari
أَلَمْ يَعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ هُوَ يَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَأْخُذُ الصَّدَقَاتِ وَأَنَّ اللَّهَ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيمُ
“Tidakkah mereka mengetahui bahawa Allah Dia lah yang menerima taubat dari hamba-hambaNya, dan juga menerima sedekah-sedekah (dan zakat serta membalasnya), dan bahawa sesungguhnya Allah Dia lah Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani?”.At-Taubah :104

Firman Allah سبحانه وتعالى lagi,

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”

(Surah Al Baqarah : 186)

 

 

Friday 20 November 2015

Sudut Feqah: Beramal Soleh Sebelum Meninggal Dunia Merupakan Petanda Husnul Khatimah


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
 
Husnul khatimah merupakan suatu kondisi yang mana seorang hamba diberi taufiq oleh Allah Ta’ala sebelum datangnya kematian untuk meninggalkan segala macam perbuatan yang mendatangkan kemurkaan Allah Ta’ala, dan ia diberi taufik oleh Allah ta’ala untuk bertaubat dari segala dosa dan maksiat dan bersegera melakukan ketaatan dan perbuatan baik, kemudian dia menutup usianya diatas kebaikan.
 
إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالْخَوَاتِيمِ
Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung akhirnya.HR Ibnu Hibban
 
Dari Anas ra., bahawa Rasulullah SAW. bersabda:
عَنْ أَنَسٍ، قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم: «إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ» قَالُوا: وَكَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ؟ قَالَ: «يُوَفِّقُه لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الموتِ يَقْبِضُهُ عَلَيْهِ
“Jika Allah menghendaki kebaikan ke atas seseorang, maka menyuruhnya supaya beramal!, Seorang sahabat bertanya: ‘Bagaimanakah cara Allah menyuruhnya supaya beramal? Beliau menjawab: “Dia akan menganugerahkan taufik kepada orang itu supaya beramal soleh sebelum meninggal dunia dan setelah itu, barulah Dia mencabut nyawanya’.”HR at-Tirmizi,al-Hakim dan Ibn Hibban
 
الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ طَيِّبِينَ ۙ يَقُولُونَ سَلَامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ
“(yaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam Keadaan baik oleh Para Malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "Salaamun'alaikum, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan". (An-Nahl: 32).
 
 
فَمَن يُرِدِ اللّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلإِسْلاَمِ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقاً حَرَجاً كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاء كَذَلِكَ يَجْعَلُ اللّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لاَ يُؤْمِنُونَ
 
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. Al-An’am:125
 
Su’ul khatimah:
الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ ظَالِمِي أَنفُسِهِمْ ۖ فَأَلْقَوُا السَّلَمَ مَا كُنَّا نَعْمَلُ مِن سُوءٍ ۚ بَلَىٰ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ (٢٨) فَادْخُلُوا أَبْوَابَ جَهَنَّمَ خَالِدِينَ فِيهَا ۖ فَلَبِئْسَ مَثْوَى الْمُتَكَبِّرِينَ
“(Yaitu) orang-orang yang dimatikan oleh Para Malaikat dalam Keadaan berbuat zalim kepada diri mereka sendiri, lalu mereka menyerah diri (sambil berkata); "Kami sekali-kali tidak ada mengerjakan sesuatu kejahatanpun". (Malaikat menjawab): "Ada, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang telah kamu kerjakan". “Maka masukilah pintu-pintu neraka Jahannam, kamu kekal di dalamnya. Maka Amat buruklah tempat orang-orang yang menyombongkan diri itu”. (An-Nahl: 28-29).

Sudut Feqah: Disunatkan Mengingat Kematian dan Beramal sebagai Persiapan untuk Menghadapinya.


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Agama menggalakkan kita supaya mengingat kematian, membekali diri dengan amal soleh dan menganggap yang demikian itu sebagai satu kebaikan. Dari Ibnu Umar ra., katanya yang bermaksud:

عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، قَالَ : أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ عَاشِرَ عَشَرَةٍ ، فَقَامَ رَجُلٌ مِنَ الأَنْصَارِ ، فَقَالَ : يَا نَبِيَّ اللَّهِ ، " مَنْ أَكْيَسُ النَّاسِ وَأَحْزَمُ النَّاسِ ؟ ، فَقَالَ : أَكْثَرَهُمْ ذِكْرًا لِلْمَوْتِ ، وَأَشَدُّهُمُ اسْتِعْدَادًا لِلْمَوْتِ قَبْلَ نُزُولِ الْمَوْتِ ، أُولَئِكَ هُمُ الأَكْيَاسُ ذَهَبُوا بِشَرَفِ الدُّنْيَا وَكَرَامَةِ الآخِرَةِ "

“Aku datang kepada Rasulullah SAW. sebagai orang yang kesepuluh. Tiba-tiba seorang lelaki Ansor berdiri dan bertanya: ‘Wahai Nabi Allah! Siapakah orang yang disebut paling bijak dan paling bertekad kuat antara umat manusia ini? Beliau menjawab: ‘Dia adalah seorang yang paling sering mengingat kematian dan sentiasa bersiap sedia untuk menghadapinya. Merekalah orang-orang yang bijak dan berjaya memperoleh kehormatan di dunia dan kemulian di akhirat”. HR oleh Thabrani dengan sanad Hasan.

Dari Ibnu Umar ra., Nabi SAW. bersabda,

أَكْثِرُوا من ذكر هَاذِمِ اَللَّذَّاتِ
 “Perbanyaklah mengingat pemutus kesenangan, iaitu kematian”HR ath-Thabrani dengan sanad hasan

 كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَن زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَما الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلاَّ مَتَاعُ الْغُرُورِ
 
Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. [Ali Imran:185].”

 
كُلُّ مَنْ عَلَيْهَا فَانٍ* وَيَبْقَى وَجْهُ رَبِّكَ ذُو الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ

Semua yang ada di bumi itu akan binasa. Dan tetap kekal Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemuliaan.” Al-Rahman 26-27
إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُم مَّيِّتُونَ

" Sesungguhnya engkau (Muhammad) akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula).”Al-Zumar:30

إِنَّ أَجَلَ اللَّهِ إِذَا جَاء لَا يُؤَخَّرُ لَوْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Sesungguhnya ajal (yang ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui.” Nuh 4

Mengingati kematian juga boleh mendatangkan ketenangan jiwa bagi seseorang yang sedang menghadapi kesulitan hidup. Ia akan menimbulkan kesedaran bahawa dunia bukan segala-galanya dan selepas kematian ada alam yang kehidupan serta kenikmatannya kekal abadi selama-lamanya. Bagi mereka yang dianugerahkan dengan kesenangan dalam kehidupan, maka mengingati kematian dapat menjauhkannya dari segala kerlipan serta godaan duniawi.  Kematian akan menyedarkannya bahawa segala kesenangan berbentuk duniawi itu tidak kekal dan dia bakal akan berpisah darinya. Hanya kehidupan di alam akhirat yang kekal abadi. Ini dapat menggerakkan jiwanya untuk mempergunakan segala kesenangan di dunia ini demi untuk mencapai kebahagian di akhirat.

Saturday 14 November 2015

Sudut Feqah: Hukum Memakai Azimat( التَّمِيمةُ- الــتمـائـم) dan Jampi-jampi (الـتـولــة)


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Rasulullah SAW. melarang memakai azimat dan jampi  sepertimana beberapa hadis berikut:

1-Dari ‘Uqbah dan ‘Amir bahawa Rasulullah SAW. bersabda:

من تعلق تميمة فلا أتم الله له، ومن تعلق ودعة فلا أودع الله له

“Sesiapa menggantungkan ‘tamimah’, maka Allah tidak akan menyelamatkannya dan sesiapa menggantungkan “Wada’ah/wadi’ah’, Allah tidak akan memeliharanya”. HR Ahmad dan Hakim

Tamimah adalah secarik kain yang biasa digantungkan oleh orang Arab pada bahagian anggota tubuh anak mereka, dengan tujuan menurut mereka boleh mengusir penyakit ‘ain. Adat ini akhirnya dibatalkan dan dilarang oleh Islam dan Rasulullah mendoakan agar orang yang memakai tamimah tidak akan diselamatkan dan dilindungi Allah sebagaimana yang dimaksudkan ketika menggantungkannya.

Wada’ah pula adalah sesuatu yang diambil dari laut, menyerupai rumah kerang, menurut anggapan orang- orang jahiliah dapat digunakan sebagai penangkal penyakit. Termasuk dalam pengertian ini adalah azimat.

2-
عن عمران بن حصين أن النبي صلى الله عليه وسلم أبصر على عضد رجل حلقة - قال : أراه من صفر - فقال : ويحك ، ما هذه ؟ قال : من الواهنة . قال : أما إنها لا تزيدك إلا وهنا ، انبذها عنك ، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدا

“Imran bin Husain radhiallahu’anhu menuturkan bahawa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam melihat rantai pada pergelangan tangan seorang lelaki.Kalau tidak salah, katanya, diperbuat dari tembaga kemudian baginda pun bertanya:

“Apakah itu? Lelaki itu menjawab: “Gelang penangkal daripada”, lalu Nabi bersabda: “Lepaskan gelang itu, kerana sesungguhnya ia tidak akan menambah kecuali kelemahan pada dirimu, dan jika kamu mati sedangkan gelang ini masih ada pada tubuhmu maka kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.” HR. Imam Ahmad

Keterangan:

(الواهنة ) adalah sejenis penyakit urat yang boleh melumpuhkan bahu dan seluruh tangan. Ada pula yang mengatakan bahawa ia sejenis penyakit yang menyerang pergelangan tangan. Seseorang biasanya mengikatkan rantai pada tangannya dengan satu kepercayaan bahawa ia akan mengelakkan dirinya daripada rasa sakit. Inilah yang dilarang Rasulullah SAW. dan dianggap termasuk azimat.

3-Abu Daud meriwayatkan dari Isa bin Hamzah, katanya:

 دخلت على عبد الله بن حكيم وبه حمرة فقلت : ألا تعلق تميمة ؟ فقال : نعوذ بالله من ذلك ، قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " مَن تعلق شيئاً وكل إليه "  …

“Aku menjumpai Abdullah bin Hakim yang ketika terdapat bintik-bintik merah pada kulitnya. Aku pun bertanya: ‘Tidakkah kamu memakai penangkal? ‘ Dia menjawab: ‘Semoga kita dilindungi Allah daripada berbuat demikian. Rasulullah SAW. pernah bersabda: “sesiapa menggantungkan sesuatu (azimat) sekaligus memakainya, bererti telah berserah diri kepadanya”.

4-Dari Ibnu mas’ud RA. bahawa:

“Pada suatu hari dia masuk kerumahnya, lalu melihat pada leher isterinya ada sesuatu benda yang diikat. Melihat itu, dia terus menarik  dan memutuskan tali ikatan tersebut dan berkata: ‘ Sungguh keluarga Abdullah tidak boleh lagi mempersekutukan Allah dengan sesuatu selagi tiada keterangan  nas yang membolehkannya. Kemudian berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah SAW. bersabda:

عن عبدا لله بن مسعود رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله وسلم يقول: ( إن الرقى والتمائم والتولة شرك )

Sesungguhnya mantera, azimat dan taulah adalah perbuatan syirik’. Mereka bertanya: Wahai Abdullah! Kami tahu apa itu azimat dan mentera, tetapi apakah yang dimaksudkan dengan taulah? Dia menjawab: ‘ Ia adalah suatu benda karut yang dibuat oleh kaum perempuan untuk menarik kasih sayang suami terhadap dirinya”.

HR al-Hakim dan Ibnu Hibban serta dikatakan sahih oleh keduanya.

Keterangan :

1-(الرقى ) adalah jamak kepada kalimah (الرقية ) yang bermaksud memohon keselamatan dan pertolongan. Namun yang dimaksudkan disini adalah menyebut nama-nama berhala dan syaitan., bukannya membaca al-Quran atau zikir sepertimana yang di syariatkan.

2-( الــتمـائـم) adalah kata jamak kepada ( التَّمِيمةُ) iaitu azimat yang biasa dipakai oleh kaum perempuan pada leher anak mereka, dengan keyakinanm bahawa ia boleh menolak segala jenis penyakit termasuk penyakit ‘ain dan mendatangkan keselamatan

3-Taulah/tiwalah(التولة )-Sebahagian ulama berpendapat, bahawa ia adalah sehelai benang yang dibacakan jampi sihir, manakala sebahagian lagi berpendapat, bahawa ia adalah secarik kertas yang dimaksudkan supaya seorang perempuan dicintai oleh kaum lelaki atau sebaliknya.Adalah termasuk sihir yang dimaksudkan agar seorang perempuan mencintai seorang lelaki tertentu atau sebaliknya (jampi).

4-شرك )  ) bermaksud segala perbuatan tadi termasuk syirik. Dengan perkataan lain, ia boleh menjerumuskan seseorang ke dalam jurang kemusyrikan apabila menyakini bahawa apa yang dilakukannya itu boleh mendatangkan munafaat atau menolak mudarat. Menurut sebahagian ulama perbuatan tersebut boleh menjerumuskan kedalam syirik khafiy (syirik kecil) disebabakan tidak berserah diri dan berpegang kepada Allah SWT.

 

 

Tuesday 10 November 2015

Sudut Feqah: Hukum Pengubatan Dengan Ruqyah(الرقية)dan Doa


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2- Sahih Muslim

Disyariatkan berubat dengan ruqyah dan doa selagi mengandungi zikir kepada Allah dan dibaca dengan bahasa Arab yang boleh difahami. Sebab, kata-kata yang tidak dapat difahami dikhuatirkan akan mengandungi unsur-unsur syirik.
 
(الرقى ) adalah jamak kepada kalimah (الرقية ) yang bermaksud doa yang biasa dibacakan kepada pesakit.
 
Dari Auf bin Malik,katanya:

عوف بن مالك الأشجعي رضي الله عنه قال: كنا نَرقي في الجاهلية، فقلنا: يا رسول الله، كيف ترى في ذلك؟ فقال: (اعْرِضُوا عَلَيَّ رُقَاكُمْ، لَا بَأْسَ بِالرُّقَى مَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ شِرْكٌ) رواه مسلم.

“Pada masa jahiliyyah, kami biasa melakukan perubatan dengan ruqyah.Kami akhirnya bertanya: “wahai Rasulullah! Bagaimana pendapatmu berkaitan masaalah ini? Beliau menjawab: “Cuba bacakan ruqyahmu itu kepadaku. Sebenarnya tidak mengapa melakukan pengubatan dengan ruqyah selagi tidak mengandungi unsur-unsur syirik”. Juga diriwayatkan oleh Abu Daud.

Ar-Rabi’ berkata: “Aku pernah bertanya kepada asy-Syafie mengenai hukum membaca ruqyah. Beliau menjawab: “Tidak mengapa kamu membaca ruqyah yang bersumber kitab Allah atau membaca zikir yang kamu ketahui”. Aku bertanya lagi: “Bolehkah Ahli kitab meruqyahkan kaum muslimin?” Beliau menjawab: “Boleh, apabila mereka membaca ayat-ayat kitab Allah dan zikir kepada Allah”.
DOA
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Aisyah katanya: Nabi SAW. biasa mohon perlindungan untuk sebahagian keluarganya dengan menyapu tangan kanannya kepada mereka dan di baca:


الَلهُمَّ رَبَّ النَاِس أَذْهِبِ البَأْسَ إِشْفِ أَنْتَ الشافيِ لا شِفَاءَ إلا ضِفاؤُكَ لا يُغَادِرُ سَقَمًا

“Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penderitaan dan sembuhkanlah,kerana Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada penyembuhan melainkan penyembuhan yang engkau berikan, iaitu dengan penyembuhan yang tidak meninggalkan kesan penyakit untuk selama-lamanya”.

Doa melawat orang sakit:

Dari Ibnu Abbas Nabi SAW. berpesan, yang bermaksud sesiapa melawat orang sakit yang belum lagi sampai ajalnya, lalu membaca doa berikut ini dihadapannya sebanyak tujuh kali

أَسْأَلُ اللهَ العَظِيَم رَبَّ العَرْشِ العَظيم أَنْ يُعَافِيْكَ وَيُشْفِيكَ

“Aku memohon pada Allah yang menguasai arasy agar memberi kesehatan dan kesembuhan padamu”.Maka Allah akan menyembuhakan pesakit dari penyakitya itu. HR: Abu Daud dan Tirmizi


Sunday 8 November 2015

Sudut Feqah: Hukum Berubat Dengan Doktor Wanita atau Lelaki


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

2-Sahih Bukhari

3-Sahih Muslim

4-Fathul Bari

Lelaki dibolehkan mengubati wanita, sebaliknya wanita pula dibolehkan mengubati lelaki ketika dalam keadaan terdesak. Al-Bukhari berkata: “Bolehkah lelaki mengubati perempuan dan sebaliknya perempuan mengubati lelaki? “Kemudian beliau meriwayatkan satu hadis dari Rubayyi’ binti Mua’awwidz bin Afra’, katanya:

عَنِ الرُّبَيِّعِ بِنْتِ مُعَوِّذِ بْنِ عَفْرَاءَ ، قَالَتْ : كُنَّا نَغْزُو مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَنَسْقِي الْقَوْمَ وَنَخْدُمُهُمْ ، وَنَرُدُّ الْجَرْحَى وَالْقَتْلَى إِلَى الْمَدِينَةِ "
“Kami ikut berperang bersama Rasulullah SAW. untuk bertugas melayan dan memberi minum tentera serta menghantarkan pasukan perang yang luka atau jenazah mereka ke Madinah” HR Bukhari

عَنْ جَابِرٍ ، أَنَّ أُمَّ سَلَمَةَ اسْتَأْذَنَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حِجَامَةٍ " فَأَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبَا طَيْبَةَ أَنْ يَحْجِمَهَا "

“Bahawa Ummu Salamah meminta izin kepada Rasulullah SAW untuk rawatan bekam, maka Nabi SAW. menyuruh Abu Toibah merawatnya”.HR Muslim
Al-Hafiz dalam Fath al-Bari berkata: “Dibolehkan berubat kepada mereka yang berlainan jantina ketika dalam keadaan darurat, dan perkara-perkara yang berkaitan melihat,meraba dengan tangan dan lain-lain seumpamanya hendaklah dilakukan mengikut kadar keperluan.”Ibnu Muflih dalam kitab al-Adaab as-Syar’iyah berkata: “Jika seorang perempuan sakit dan tidak ada seorang doktor pun yang mampu mengubatinya selain doktor lelaki, maka dia dibolehkan melihat anggota tubuh sipesakit mengikut kepada keperluan, malahan kedua-dua kemaluan sekalipun. Demikian pula doktor lelaki apabila mengubati pesakit lelaki.”Ibnu Hamdan berkata. “Jika tidak ada yang mampu mengubati pesakit lelaki selain doktor perempuan, maka dia dibolehkan melihat anggota tubuh pesakit mengikut keperluan, bahkan kedua-dua kemaluannya sekalipun. “al-Qadhi  berkata, “Seorang doktor lelaki dibolehkan melihat aurat pesakit perempuan ketika diperluakan. Demikian pula sebaliknya bahawa doktor perempuan dan lelaki dibolehkan melihat aurat pesakit lelaki dikala diperlukan untuk berbuat demikian”.

Sunday 1 November 2015

Sudut Feqah: Hukum Berubat Dengan Doktor Kafir


Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Dalam buku “Adab Syar’iyah” oleh Ibnu Muflih disebutkan bahawa Syeikh Taqiyyudin berkata: “Jika seorang Yahudi atau Nasrani memiliki kepakaran dalam ilmu kedoktoran dan amanah, boleh dilantik sebagai doktor, sebagaimana dibolehkan menyimpan harta dan berinteraksi perekonomian dengannya”. Firman Allah Ta’aala dalam surah Ali-Imran 75:

وَمِنْ أَهْلِ الْكِتَابِ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِقِنْطَارٍ يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ وَمِنْهُمْ مَنْ إِنْ تَأْمَنْهُ بِدِينَارٍ لَا يُؤَدِّهِ إِلَيْكَ إِلَّا مَا دُمْتَ عَلَيْهِ قَائِمًا ۗ ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ قَالُوا لَيْسَ عَلَيْنَا فِي الْأُمِّيِّينَ سَبِيلٌ وَيَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ الْكَذِبَ وَهُمْ يَعْلَمُونَ

Dan di antara Ahli Kitab, ada orang yang kalau engkau amanahkan dia menyimpan sejumlah besar harta sekalipun, ia akan mengembalikannya (dengan sempurna) kepadamu, dan ada pula di antara mereka yang kalau engkau amanahkan menyimpan sedinar pun, ia tidak akan mengembalikannya kepadamu kecuali kalau engkau selalu menuntutnya. Yang demikian itu ialah kerana mereka mengatakan: "Tidak ada jalannya kami menanggung dosa mengenai orang-orang yang Ummi dan, mereka pula selalu berkata dusta terhadap Allah sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
Dalam kitab sahih Bukhari disebutkan bahawa Nabi SAW. tatkala hendak berhijrah ke Madinah pernah menyewa seorang musyrik sebagai penunjuk jalan, dan mempercayakan untuk menjaga keselamatan diri dan hartanya. Begitu pula kabilah Khuza’ah menjadi perisikan Rasulullah SAW. tanpa mengira mereka yang beragama Islam mahupun tidak. Diriwayatkan bahawa Nabi SAW. menyuruh seseorang supaya berubat kepada al-Harith bin Kaldah, padahal dia adalah kafir.

Bagaimanapun jika memungkinkan berubat kepada doktor yang beragama Islam, maka tidak dibolehkan berubat dengan doktor bukan muslim. Demikian juga jika memungkinkan menitip harta atau bertransaksi dengan orang muslim adalah tidak dibolehkan berinteraksi dengan selain bukan muslim. Namun jika terpaksa untuk memberi amanah atau berubat kepada Ahli Kitab, maka itupun dibolehkan selagi orang Yahudi dan Nasrani tidak menjadi pemimpimn kepada orang Islam sebagaimana yang dilarang oleh syariat Islam. Jika dapat berdialog dengan mereka cara yang lebih baik, maka itu adalah perbuatan yang terpuji. Allah Ta’ala berfirman dalam surah al-ankabut 46:

وَلَا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلَّا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلَّا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ وَقُولُوا آمَنَّا بِالَّذِي أُنزِلَ إِلَيْنَا وَأُنزِلَ إِلَيْكُمْ وَإِلَهُنَا وَإِلَهُكُمْ وَاحِدٌ وَنَحْنُ لَهُ مُسْلِمُونَ

Dan janganlah kamu berbahas dengan Ahli Kitab melainkan dengan cara yang lebih baik, kecuali orang-orang yang berlaku zalim di antara mereka; dan katakanlah (kepada mereka): "Kami beriman kepada (Al-Quran) yang diturunkan kepada kami dan kepada (Taurat dan Injil) yang diturunkan kepada kamu; dan Tuhan kami, juga Tuhan kamu, adalah Satu; dan kepadaNyalah, kami patuh dengan berserah diri."
Abu al-Khattab menceritakan dalam peristiwa Perjanjian al-Hudaibiyah bahawa Nabi SAW. mengutus seorang perisikan dari puak Khuza’ah dan beliau menerima lapuran yang dibuatnya. Kenyataan ini menjadi dalil bahawa dibolehkan menerima keterangan dan diagnosis doktor kafir berkaitan ciri-ciri penyakit dan cara penyembuhan, selagi tidak mencurigakan dan sifat kejujurannya tidak disangsikan.