Apakah hukum Talak(الطلاق) atau Penceraian
Sumber Rujukan:
Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim
(Matan Mufti Negeri Sabah)
Apakah Hukum Talak(الطلاق)
atau Penceraian ?
Dalam Islam: Hukum talak itu terbahagi kepada
Lima Hukum:
1-
Haram
Iaitu seorang suami mentalaki
isternya semasa isterinya sedang haidh atau nifas, atau di waktu suci, dan
sesudah dicampurinya. Dan sunat suami itu rujuk kepada isterinya semula.
2-
Makruh
Iaitu seorang suami mentalaki
isterinya yang baik tingkah lakunya dan taat kepada ajaran agamanya, dan tidak
ada apa-apa kesalahan pula.
3-
Wajib
Iaitu talak yang dilakukan oleh
Hakam(orang tengah) dalam perselisihan yang tidak dapat didamaikan lagi, dan
kedua belah pihak mengambil keputusan, bahawa talak adalah jalan terbaik untuk
menyelesaikan persengketaan mereka. Termasuk juga talak wajib ialah talak dari
suami yamg melakukan ila’ (bersumpah tidak mencampuri isterinya). Setelah lebih
masanya empat bulan.
4-
Sunat
Iaitu seorang suami mentalaki
isterinya yang mempunyai kelakuan yang tidak baik, dan tidak taat kepada
perintah-perintah agama serta melanggar larangannya, dan tidak menjaga
kesopanan dirinya.
5-
Harus
Iaitu seorang suami mentalaki
isterinya di mana suami itu tidak suka kepada isterinya dan tidak memberi
nafkah kepada isterinya.