Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi
Mengenai pekerjaan menyembelih qurban, permasaalahannya
tidak berdasarkan yang muhkam. Kerana itulah anda boleh memakai hukum yang
paling mudah dan sesuai. Orang yang mengatakan bahawa menyembelih qurban hanya
boleh dilakukan di Mina berdasarkan apa yang diketahuinya, iaitu Rasulullah
SAW. mengerjakannya disi sana. Dari Jabir ra., bahawa Rasulullah SAW.
bersabda,yang bermaksud:
“Seluruh
Mina merupakan tempat penyembelihan, seluruh Muzdalifah merupakan tempat wuquf,
dan seluruh celah-celah bukit di Kota Makkah merupakan jalan dan tempat
penyembelihan”. HR Abu Daud dan Ibnu Majah
Namun ada pula
segolongan orang yang mengatakan bahawa menyembelih qurban pun boleh dilakukan
di Makkah.Mereka berpegang pada firman Allah Ta’ala dalam surah al-Maidah 95:
هَدْيًۢا
بٰلِــغَ الْكَعْبَةِ
“..Sebagai hadiah(qurban) yang disampaikan kepada
Ka’abah (penduduk Makkah)..”.
Ada juga pendapat lain
yang mengatakan bahawa seluruh kota Makkah adalah tempat penyembelihan qurban
yang sah. Semua ini tidak mewakili perselisihan. Bahkan perselisihan itu
diarahkan kesana, bukan pantulan kepada yang mengarahkannya. Kita semua
mengarah pada kebenaran. Anda mungkin melihat kebenaran di sini, dan saya pula
melihat kebenaran itu disana.Tidak seorang pun yang mampu menunjukkan kepada
anda dan saya pada kebenaran. Kecuali melalui ijtihad. Ijtihad jelas bukan
suatu nas dalam syariat akan tetapi hanya jalan pintas untuk memudahkan manusia
melaksanakan hukum. Kenapa? Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala mentakdirkan
penciptaan diri kita dalam dua situasi. Situasi pertama dalam bentuk paksaan di
mana yang berlaku hanya qadha dan qadar-Nya saja, dan pada situasi lain dalam
bentuk pilihan. Kita diberi hak menentukan sikap dan pilihan. Allah menciptakan
hukum-hukum-Nya yang disebut Jabariyah. Dalam hukum ini kita mililki hak untuk
merubah. Namun di samping itu ada pua hukum-hukum lain yang memberikan peluang
kepada akal fikiran dan ijtihad kita untuk berkembang. Kalau tidak demikian,
bagaiman kita akan menafsirkan firman -Nya dibawah ini, an-Nisa 83:
وَإِذَا جَاءَهُمْ
أَمْرٌ مِّنَ الْأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُوا بِهِ ۖ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى
الرَّسُولِ وَإِلَىٰ أُولِي الْأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ
يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ ۗ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ
لَاتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلَّا قَلِيلًا
“"Dan
apabila datang kepada mereka sesuatu berita mengenai keamanan atau kecemasan,
mereka terus menghebahkannya; padahal kalau mereka kembalikan sahaja hal itu
kepada Rasulullah dan kepada Ulil-Amri (orang yang berkuasa) di antara mereka,
tentulah hal itu dapat diketahui oleh orang yang layak mengambil keputusan
mengenainya di antara mereka; dan jika tidaklah kerana limpah kurnia Allah dan
belas kasihanNya kepada kamu, tentulah kamu (terbabas) menurut Syaitan kecuali
sedikit sahaja (iaitu orang yang teguh imannya dan luas ilmunya di antara kamu”.
Anda melihat sesuatu masaalah untuk menetapkan hukumnya.Anda berusaha
menelitinya kerana masaalah itu kurang jelas bagi anda. Satu contoh lain
daripada al-Qur’an Karim adalah ketika bersiap hendak menunaikan solat,
Firman-Nya dalam surah al-Maidah 6:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ
إِلَى الصَّلَاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ
وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu
hendak melaksanakan shalat[2],
maka basuhlah wajahmu dan tanganmu sampai ke siku, dan sapulah kepalamu dan
(basuh) kedua kakimu sampai ke kedua mata kaki
Jadi, perintah yang
diwajibkan kepada kita sebelum menunaikan solat ialah memenuhi empat perkara:
membasuh wajah, kedua-dua tangan hingga kedua-dua siku, menyapu kepala dan
membasuh kedua-dua kaki hingga kedua-dua mata kaki. Timbul pertanyaaan,apakah
dalam susunan ayat itu kedua-dua kaki termasuk anggota yang dibasuh atau
diusap?
Kami berpendapat ayat itu
menyatakan: “وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ ” Di sini “أَرْجُلَكُم “ adalah manshubah. Dengan demikian ia ma’thuf
pada yang magshul(dibasuh). Iaitu wajah dan kedua-dua tangan, bukan ma’thuf
pada yang mamsuh (diusap), iaitu kepala. Di sini tatatertibnya juga diharuskan
sesuai dengan bunyi perintahnya. Kerana itulah Allah Ta’ala memisahkan antara
dua anggota yang dibasuh dengan anggota yang disapu.
No comments:
Post a Comment