Hukum
mencantikkan rambut
Sumber
rujukan:
Hadith riwayat Abu Daud
Hadith riwayat al-Thabrani
Hadith riwayat Ahmad
Mencantikkan
rambut bermaksud mengemaskan rambut tanpa membiarkan rambut tidak terurus serta
kelihatan kusut masai,berbau hapak, menjadi sarang kutu dan beterbangan apabila
ditiup angin. Islam mengalakkan agar seseorang itu supaya menjaga rambutnya.
Nabi saw. menyuruh dan menunjukkan contoh tauladan supaya manusia mencontohinya
dalam hal menjaga sifat luaranya agar manusia lain suka da gemar untuk
mendekati dan memuliakannya.
Terdapat banyak hadith berkenaan dengan penjagaan rambut, antaranya:
Abdullah
bin Mas’ud ra meriwayatkan,sabda Nabi saw.
إِنَّ اللهَ
جَمِيْلٌ يُحِبُّ الْجَمَالَ.
Ertinya:”Sesungguhnya
Allah itu cantik dan suka akan kecantikan” HR Muslim
Terdapat banyak hadith berkenaan dengan penjagaan rambut, antaranya:
Daripada
Abu Qatadah ra. Rasulullah saw. bersabda:
مَنِ
اتَّخَذَ شَعْرًا، فَليُحْسِنُ إِلَيْهِ
Ertinya:”Barangsiapa
yang menyimpan rambut, maka hendaklah dia memperelokkannya”.HR Thabrani.
Daripada
Abu Hurairah ra. Rasulullah saw. bersabda:
مَنْ كَانَ
لَهُ شَعْرً، فَلْيُكْرِمْهُ
Ertinya:”Barangsiapa
yang mempunyai rambut, maka hendaklah dia mengemaskannya”.
Dari
Anas bin Malik ra, katanya:
سَدَلَ رَسُولُ الله
صلى الله عليه وسلم نَاصِيَتَهُ مَا شَاءَ اللهُ أَن يَسْدُلَهَا، ثُمَّ فَرَّقَ بَعْدُ.
Ertinya”Nabi
saw. mengurai rambutnya hingga ke depan dan kemudiannya membelahnya kepada dua
bahagian”. HR Ahmad
Oleh
kerana itu harus menjaga rambut dengan menyikatnya secara membelahnya, iaitu
dengan menjadikan rambut kepada dua bahagian, dan menguraikannya, menyikat
kesemua rambut ke belakang tanpa membelahnya. Maka amalan ini adalah
sebagaimana yang dijelaskan dalam hadith di atas.
No comments:
Post a Comment