Imam
mestilah perihatin terhadap keadaan Makmum
Sumber
rujukan:
Bahrul
mazi oleh Dr Syeikh Mohamad Idris bin Abdul Rauf Al-Marbawi
Fathul
Bari oleh Ibnu Hajar atsqolani.
Selain
memiliki ciri-ciri seperti ilmu,memiliki bacaan yang elok,warak dan faktor umur,
imam juga perlu perihatin akan keadaan makmum di belakangnya. Rasulullah saw
telah menunjukkan contoh tauladan yang terbaik kepada kita tentang
keperihatiannya terhadap makmum menerusi sabda-sabda baginda,
إِنِّي لَأَقُومُ فِي
الصَّلَاةِ أُرِيْدُ أَنْ أُطَوِّلَ فِيهَا فَأَسْمَعُ بُكَاءَ الصَّبِيِّ فَأَتَجَوَّزُ
فِي صَلَاتِي كَرَاهِيَةَ أَنْ أَشُقَّ عَلَى أُمِّهِ
Ertinya:
“Aku pernah ingin memanjangkan solatku, tiba-tiba aku terdengar tangisan bayi
lalu aku pendekkan solatku kerana bimbang si ibu merasa resah akan tangisan
anaknya itu. Riwayat jamaah melainkan Abu Daud dan Nasa’ei
إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ
لِلنَّسِ فَالْيُخَفَّفْ فَإِنَّ مِنْهُمُ الضَّعِيْفَ والسَّقِيْمَ وَالْكَبِيْرَ
وَإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ لِنَفْسِهِ فَالْيُطَوِّلْ مَاشَاءَ.
Ertinya:”Apabila
seorang daripada kamu menjadi imam kepada orang ramai hendaklah dia meringankan
solatnya kerana sebahagian daripada makmum itu ada yang lemah, sakit dan sudah lanjut
usia.Namun apabila solat dia seorang diri maka panjangkanlah selama mana yang
dia suka. Riwayat ramai kecuali Ibnu Majah.
Dari
hadith di atas, maka jelaslah bahawa sifat perihatin imam kepada makmun yang di
belakangnya adalah merupakan sebagaimana contoh yang ditunjukkan oleh
Rasulullah saw.
Begitujuga
firman Allah swt.
فَاقْرَءُوا
مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرانِ
Ertinya:
Maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al-Quran. Muzammil:20
Diceritakan
bahawa Mua’z bin Jabal pernah membaca surah yang panjang sehingga ada makmum
yang mufarakah dari jamaah. Lalu Mua’z menuduh bahawa orang itu munafik,maka orang
itu datang kepada Rasulullah saw. dan mengadukan hal tersebut, lalu Rasulullah
saw. bersabda:
يَا مُعَاذُ أَفَتَّانٌ
أَنْتَ أَوْ أَفَاتِنٌ؟ ثَلَاثَ مِرَارٍ. فَلَولَ
صَلَّيْتَ بِسَبِّحِ اسْمَ رَبِّ واشَّمسِ وَصُحَاهَا وَالَّيْلَ إِذَا يَغْشَى فَإِنَّهُ
يُصَلَّي وَرَاءَكَ الْكَبِيْرُ وَالضَّعِيْفُ وَذُوالْحَاجَةِ.
Ertinya:
“Wahai Mua’z, apakah kamu membuat fitnah? atau kata Baginda,’Apakah kamu mahu
membuat fitnah? Baginda mengulangi kata tersebut sebanyak tiga kali. Mengapa
kamu tidak membaca sahaja surah ‘sabbihisma rabbika’ atau ‘wassyamsi wa duhaha’
atau ‘Wallaili iza yaghshaha’? Kerana kemungkinan orang yang solat di
belakangmu itu ada orang yang sudah lanjut usia,lemah atau ada keperluan. HR
Bukhari
Mafhum daripada hadis di atas jelaslah kepada
kita bahawa memanjangkan bacaan dan tasbih bagi imam yang makmumnya tidak redha
dengannya adalah dilarang dan boleh membawa kepada haram. Alangkah eloknya jika
dicontohi cara solat Rasulullah saw. seperti yang diriwayatkan oleh Anas bin
Malik ra.
عَنْ
أَنَسِ بِنْ مَالِكٍ قَالَ كَانَ النًبِيَّ صلى يُوجِزُ الصَّلَاةَ وَيُكْمِلُهَا
Ertinya:
Dari Anas bin Malik, berkata: Nabi saw. solat dengan pendek dan sempurna. HR
Bukhari
Di
dalam kitab fiqah, terdapat dua istilah imam iaitu imam mahsurin(إمام محصورين)
dan imam ghairu mahsurin(إمام غير محصورين).
Imam mahsurin(إمام محصورين)
ialah imam yang terpelihara(dilarang) daripada memanjangkan bacaan dan wirid di
dalam solat disebabkan keadaan imam yang tidak mengizinkan ataupun kedudukan
masjid yang selalu dikunjungi oleh orang bermusafir seperti masjid yang terletak
di tepi jalan raya atau masjid yang terletak di dalam bandar ataupun disebabkan
hal-hal lain yang tidak membolehkan imam memanjangkan bacaannya.
Imam ghairu mahsurin(إمام غير محصورين) ialah
apabila makmum redha dengan panjangnya bacaan atau zikir di dalam solatnya.
Adalah perlu diketahui bahawa imam hanya dibenarkan tiga kali wirid dalam rukuk
dan sujud.
No comments:
Post a Comment