Hukum
mencukur rambut bagi wanita
Sumber
rujukan:
Hadis Riwayat Muslim
Hadis Riwayat Tirmizi
Hadis Riwayat Abu Daud
Ibnu Qudamah
Fuqaha
bersepakat bahawa mencukur rambut adalah tidak di syariatkan bagi wanita yang
mengerjakan ibadah haji dan umrah,malahan hanya memadai dengan memendekan
sahaja. Walaupun begitu fuqaha berselisih pendapat dalam perkara selain ibadah
haji dan umrah kepada dua pendapat:
Pendapat pertama:
Fuqaha
dalam kalngan mazhab Hanafi,Syafi’i dan Hanbali berpendapat bahawa hukumnya
adalah makruh bagi seorang wanita mencukurkan kepalanya tanpa sebarang hajat
atau keperluan seperti tujuan perubatan dan seumpamanya. Bahkan menjadi haram
jika bertujuan menyamai atau menyerupai kaum lelaki. Ini berdasarkan beberapa
hadis:
Daripada
‘Aisyah rha,
أَنَّ
النًبِيَّ صلى الله عليه وسلم نَهَى أَنْ تَحْلِقَ المَرْأَةُ رَأْسَهَا٠
Ertinya:Bahawa
Nabi Saw melarang wanita mencukur rambutnya. HR al-Tirmizi.
Al-Tirmizi
berkata: Ahli ilmu bersepakat beramal dengan hadis ini,mereka tidak berpandangan
bahawa wanita boleh mencukur rambut
malahan hanya memendekkannya sahaja.
Daripada
Ibnu ‘Abbas ra, bahawa Nabi Saw. Bersabda,
لَيْسَ
عَلَى النِّسَاءِ الْحَلْقُ ، إِنَّمَا عَلَى النِّسَاءِ التَّقْصِيْرُ٠
Ertinya:Tidak
dibolehkan bagi wanita bercukur tetapi bagi wanita boleh memendekkan rambutnya.
HR Abu Daud
Daripada
Abu Musa Asy’ari ra, katanya,
أَنَابَرِئٌ مِمَّابَرِئَ مِنْهُ رَسولُ اللهِ صلى الله عليه
وسلم، فَإِنَّ رَسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم بَرِئَ مِنَ الصَّا لِقَةِ وَالْحَالِقَةِ
والشَّاقَّةِ٠
Ertinya:Aku
berlepas diri daripada apa-apa yang Rasulullah Saw berlepas diri daripadanya.
Sesunggunya Rasulullah Saw. Berlepad diri daripada tergolong daripada orang
yang menjerit ketika ditimpa musibah,orang yang mencukur kepalanya dan orang
yang mengoyak bajunya ketika ditimpa musibah. HR Muslim
Mazhab
Hamballi menegaskan bahawa makruh bagi wanita mencukur rambutnya dan sebaliknya
diharuskan jika ada keperluan baginya berbuat demikian.
Pendapat Kedua:
Fuqaha
dari kalangan mazhab Maliki dan Zhahiri berpendapat bahawa hukumnya adalah
haram bagi wanita mencukur kepalanya samaada dengan tujuan untuk mengubah
kecantikan rupa paras ataupun menyerupai golongan lelaki. Mereka berhujan
dengan hadis yang sama yang digunakan oleh golongan pertama dengan menyatakan
bahawa hadis-hadis tersebut bersifat mutlak dengan bermaksud
larangan-larangannya bersifat umum.
Pendapat yang rajih disisi ulama:
Berdasarkan
pendapat mazhab Maliki dan Zhahiri adalah haram bagi wanita mencukur rambut,perbuatan
ini dilarang kerana mengubah ciptaan asal yang menjadikan nilai kecantikan
seseorang wanita malahan lebih-lebih lagi diharamkan jika bertujuan menyerupai
golongan lelaki.
Oleh
kerana itu haram bagi wanita mencukur kepalanya tanpa ada keperluan yang
dibenarkan syarak. Samaada dalam bentuk pembalasan atau penyerupaan kaum lelaki
atau tujuan pengubatan.
Dalilnya
berdasarkan apa yang dinyatakan oleh Sayidina Ali,
نَهَى
رَسولُ اللهِ صلى الله عليه وسلم أَنْ تَحْلِقَ المَرْأَةُ رَأْسَهَا٠
Ertinya:Bahawa
Rasulullah saw. melarang wanita mencukur rambutnya. HR Al-Nasa’i
Sebaliknya
jika keadaan mendesak agar melakukanya, maka Allah swt. Telah menjelaskan
berdasarkan firman-Nya,
وَقَدْ فَصَّلَ لَكُم
مَّا حَرَّمَ عَلَيْكُمْ إِلاَّ مَا اضْطُرِرْتُمْ إِلَيْهِ
Ertinya:Dan
Allah swt. Telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkannya
atas kamu,kecuali apa yang kamu terpaksa melakukannay. Surah al-An’am:119
No comments:
Post a Comment