Hukum
mewarnakan rambut dengan warna hitam
Hadith
Riwayat Thabrani (al-Mu’jam al-Aswat)
Hasyiah
al-Bujairimi
Daripada
Abu Hurairah ra, katanya:
لَمَّا فَتَحَ رَسُوْلُ الله صلى
الله عليه وسلم مَكَّةَ، وَأَبُوْ بَكْرٍ قَاءِمٌ عَلَى رأْسِهِ، قَالَ بَابِيْ أَنْتَ
وَأُمِّيْ يَا رَسُوْلَ الله، إِنَّ أَبَا قُهَافَةَ شَيْجٌ كَبِيْرٌ، وَإِنَّهُ بِنَاحِيَةِ
مَكَّةَ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم قُمْ بِنَا إِلَيْهِ، فَقَالَ:
يَا رَسُوْلُ اللهِ، هُوَ أَحَقٌّ أَنْ يَأْتِيَكَ،
فَجِيْءَ بِأَبِيْ قُهَافَةَ، كَأَنَّ لِحْيَتَهُ وَرَأْسَهُ ثَغَامَةٌ بَيْضَاءَ،
فَقَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم: غُيِّرُوْهُ، وَجَنِّبُوْهُ السَّوَادَ٠
Ertinya:”Semasa
Rasulullah saw. membuka Makkah,ketika itu Abu Bakar sedang berdiri disisinya
dan berkata,’Demi ayah dan ibu engkau wahai Rasulullah,sesungguhnya Abu Quhafah
seorang yang telah tua dan dia berada di sudut Makkah,’maka Nabi saw. bersabda,’Mari
kita pergi kepadanya.’Balasnya,’Wahai Rasulullah saw. dia lebih berhak untuk
datang bertemumu,’maka didatangilah Abu Quhafah dalam keadaan rambut dan
janggutnya sudah putih bagaikan bunga tsaghamah, kemudian Nabi saw. bersabda,’Ubahlah
olehmu semua warna putih ini, tetapi jauhilah daripada (mewarnakan dengan)
warna hitam. HR al-Thabrani
Catitan:
Warna hitam tidak sesuai dengan Abu Quhafah kerana dia tersangat tua ketika
itu.
Daripada
Ibnu ‘Abbas ra. diriwayatkan dari Nabi saw,
يَكُوْنُ
فِيْ آخِرِ الْزَّمَانِ قَوْمٌ يُسَوِّدُوْنَ أَشْعَارَهُمْ، لَا يَنْظُرُ اللهُ إِلَيْهِمْ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ٠
Ertinya:
“Akan tiba pada akhir zaman nanti satu kaum yang mewarnakan rambut mereka
dengan warna hitam, Allah tidak akan melihat kepada mereka pada hari Qiamat. HR
al-Thabarani.
Daripada
Anas bin Malik ra. katanya:
كُنَّ يَومً النّبِيِّ صلى الله
عليه وسلم فَدَخَلَتْ عَلَيْهِ الْيَهُودُ، فَرَآهُمْ بِيْضَ اللِّحَى، فَقَالَ: مَالَكُمْ
لَا تُغَيِّرُوْنَ؟ فَقِيْلَ: إِنَّهُمْ يَكْرَهُونَ٠ فَقَالَ النّبِيِّ صلى الله عليه
وسلم: لَكِنَّكُمْ غَيِّرُوا، وَإِيَّايَ وَالسَّوَادَ٠
Ertinya:”Pada
suatu hari kami bersama Rasulullah saw. kemudiannya masuk seorang Yahudi, maka
dilihat janggut mereka putih. Maka Nabi saw. bertanya,’Kenapa kamu tidak
mengubahnya? ‘Dikatakan,’Mereka (Yahudi) tidak menyukainya.’Kata Nabi saw.
‘Namun kamu semua (para sahabat), tukarkan ia. Awasilah akan daku daripada
warna hitam. HR al-Thabarani
Fuqaha
berselisih pendapat kepada dua pendapat dalam perkara ini.
Pendapat pertama:
Mazhab
Syafi’i(pendapat yang terkenal dalam mazhab Syafi’i) menyatakan haram mewarnakan rambut dengan menggunakan
warna hitam.Mereka berdalilkan hadis-hadis di atas, bahawa Nabi saw. melarang
mewarnai rambut dengan warna hitam dan menjauhi dari warna hitam. Dan mereka memahami
menjauhi itu menunjukkan ianya adalah haram.
Pendapat kedua:
Mazhab
Hanafi,Maliki,Syafi’i dan satu riwayat Mazhab Hambali berpandangan bahawa makruh mewarnakan dengan warna hitam.
Jumhur
ulama(kebanyakkan ulama) berhujah bahawa hadith-hadith yang menggalakkan supaya
mewarnai rambut adalah bersifat mutlak,iaitu ditanggung dengan hukum harus. Dan
nas dari hadis yang mengikat dengan seumpama larangan, mereka melihat sebagai
makruh.Ini kerana mereka beranggapan bahawa nas-nas tersebut zhan tsubut ( tidak
pasti kebenaran sumber).
Dalam
konteks lain dibolehkan mewarnai rambut dengan warna hitam kerana tujuan untuk
peperangan.
No comments:
Post a Comment