Kedudukan
organ yang terputus dari badan.
Sumber rujukan:
Isu-isu
Fiqh perubatan semasa oleh Al-Syeikh Walid bin Rasyid Al-Su’aidan.
Soalan:
Apakah
yang harus dilakukan terhadap organ yang terputus daripada badan?
Jawapan:
Yang
diperakui di dalam kaedah fiqh, hukum sebahagian sama juga dengan hukum keseluruhan.Yang
disyariatkan pada tubuh badan manusia ialah apabila mati hendaklah dikebumikan.Sebagaimana
disyariatkan mengkebumikan keseluruhan badan, begitu juga disyariatkan mengkebumikan
sebahagian daripadanya sahaja yang dijumpai. Sehubungan dengan itu, apabila
sebahagian anggota badan dipotong daripada anggota manusia, yang disyariatkan
ialah mengkebumikannya. Tambahan pula para ulama telah mengnaskan,rambut yang
gugur dari kepala simati,hendaklah diletakkan di dalam kain kafannya. Dengan itu
adalah lebih utama anggota yang terputus itu juga dikebumikan,kerana
kehormatannya lebih besar berbanding kehormatan rambutnya yang gugur itu. Ini
selaras dengan firman Allah swt dalam surah al-Isra:70,
وَلَقَدْ
كَرَّمْنَا بَنِي آدَمَ وَحَمَلْنَاهُمْ فِي الْبَرِّ وَالْبَحْرِ وَرَزَقْنَاهُم
مِّنَ الطَّيِّبَاتِ وَفَضَّلْنَاهُمْ عَلَى كَثِيرٍ مِّمَّنْ خَلَقْنَا تَفْضِيلاً
Ertinya;”Dan
sesungguhnya Kami telah memuliakan anak-anak Adam; dan Kami telah beri mereka
menggunakan berbagai-bagai kenderaan di darat dan di laut; dan Kami telah
memberikan rezeki kepada mereka dari benda-benda yang baik-baik serta Kami
telah lebihkan mereka dengan selebih-lebihnya atas banyak makhluk-makhluk yang
telah Kami ciptakan”.
Antara bentuk memuliakan
manusia ialah mengkebumikan anggota-anggotanya,Sekiranya anggota-anggota tersebut
terkena penyakit kronik,disunatkan menghilangkan kemudharatan yang terdapat padanya
dengan menggunakan bahan-bahan yang boleh membunuh kuman yang membawa penyakit
tersebut. Setelah itu dikebumikan. Sewajarnya pihak hospital mengkebumikan organ-organ
manusia tersebut.
No comments:
Post a Comment