Sejarah
Poligami
Amalan poligami telah berlaku sebelum
kedatangan Islam.Orang-orang barat adalah bangsa yang berpoligami, demikian
juga bangsa-bangsa timur seperti bangsa Ibrani dan Arab, mereka juga
berpoligami.Kerana itu tidaklah benar apabila ada tuduhan bahawa Islamlah yang
awal mewujudkan sistem poligami. Tetapi yang sebenarnya Islam datang untuk
memperbetulkan segala bentuk sistem kehidupan manusia dan termasuk juga sistem
poligami berdasarkan keadilan dan hak yang direstui oleh Allah SWT. Sistem
poligami yang berlaku sekarang hidup subur dan berkembang dinegeri-negeri yang
tidak menganut Islam.
Agama Nasrani pada mulanya tidak
mengharamkan poligami kerana tidak ada satu ayatpun dalam Injil yang secara
tegas melarang poligami. Bangsa Eropah seperti Yunani dan Romawi pada mulanya mengamalkan
monogami dan melarang poligami . Walaupun kemasukan mereka kedalam agama
Kristian namun amalan monogami seperti bebiasaan nenek moyang mereka tetap
diteruskan.Malahan juga mereka melarang amalan poligami, sehingga menjadi satu
ajaran dalam agama Kristian. Gereja hanya meneruskan larangan poligami dan menganggapnya sebagai perturan dari
agama, padahal lembaran-lembaran dari kitab Injil sendiri tidak menyebutkan
adanya larangan poligami.
Buku-buku Rujukan
1-Perkahwinan dan penceraian dalam Islam
oleh Haji Mohd Saleh Haji Ahmad
2-400 Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji
Said Haji Ibrahim(Bekas Mufti Negeri Sabah)
3-Fiqh Sunnah Oleh Muhammad As-Sayyid Sabiq
4-Fiqah Manhaji oleh Dr. Mustofa Al-Khin,
Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali As-Syarbaji.
5-Tafsir Pimpinan Ar-Rahman oleh Syeikh ‘Abdullah Basmeih.
6-Al-Halal wal Haram fi Islam- Dr Yusof
Al-Qardawi
7-Al-Feqh al-Islami Oleh Dr
Wahbah al-Zuhaili
8-Bahrul Mazi(syarah bagi Sunan Al-Tirmidzi)
oleh syeikh Abdul Rauf al-Marbawi
No comments:
Post a Comment