Wednesday 31 August 2016

Sudut Feqah: Solat Dalam Perjalanan - B:Jarak yang Dibolehkan Mengqasar Solat


B;Jarak yang Dibolehkan Mengqasar Solat
Sumber Rujukan:
Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq

Firman Allah Ta’ala dalam surah an-Nisa’:101,
وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا
Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah salah kamu mengqasar sembahyang(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Apa yang difahami dari ayat diatas dapat disimpulkan, bahawa setiap perjalanan mengikut istilah bahasa, sama ada yang berjarak jauh mahupun yang berjarak dekat, dibolehkan mengqasar solat, menjamaknya dan berbuka di bulan Ramadhan. Tidak ada satu hadis pun yang menyebutkan batasan jarak jauh atau dekatnya berpergian itu. Ibnu al-Munzir dan ramai lagi menyebutkan,bahawa terdapat dua puluh pendapat yang menentukan jarak dibolehkannya mengqasar solat. Di sini akan kami huraikan pendapat yang lebih kuat berkaitan batasan jarak jauh sesebuah perjalanan, yang kemudiannya dibolehkan mengqasar solat:

Ahmad,Muslim,Abu Daud dan al-Baihaqi meriwayatkan dari Yahya bin Yazid, katanya:

سَأَلْتُ اَنَسَ بْنَ مَالِكٍ عَنْ قَصْرِ الصَّلاَةِ، فَقَالَ أَنَسُ: كَانَ النّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا خَرَجَ مَسِيْرَةَ ثَلَاثَتِةِ أمْيَالٍ،  أًوْفَرَاسِخَ٬  يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ

Ertinya: “Aku bertanya kepada Anas bin Malik mengenai hukum menqasar solat.Jawabnya: ‘Apabila Nabi SAW. mengadakan perjalanan dengan menempuh jarak sejauh tiga mil atau tiga farsakh, beliau  mengerjakan solat sebanyak dua rakaat’. HR Muslim, Abu Daud, Ahmad dan Al-Baihaqi.

            Keraguan mengenai masaalah mil atau farsakh dapat dijawab dengan penjelasan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Sa’id al-Khudri:

كَانَ رَسُولُ الّلهِ صَلَّى  الّلهُ عَلَيْهِ  وَسَلَّمَ إِذَا سَافَرَ فَرْسَخًا، يُقْصِرُ الصَّلَاةَ٠

Ertinya: “Apabila Rasulullah SAW. berpergian sejauh satu farsakh, beliau mengqasar solat. HR Sa’id Manshur dan disebutkan al-Hafiz dalam kitab at-Talkish. Dia tidak memberi komen sebarang komen mengenai kedudukan hadis ini sebagai tanda pengakuan  akan kesahihannya).

Al-Kamil fi adh-dhu’afa oleh Ibnu Adi, jil:56,hlm:1734, Pengarang at-Talkhis berkata: Sa’id bin Manshur meriwayatkan dari Abu Sa’id dengan berkata’jil:2,hlm:47. Hadis ini dhaif. Rujuk Irwa’ al-Ghalil, jil:3, hlm:15

Sebagaimana sedia maklum, satu farsakh sama dengan tiga mil. Dengan demikian, hadis Abu Sa’id ini dapat menghilangkan keraguan yang terdapat dalam hadis Anas, di samping menjelaskan bahawa Rasulullah SAW. mengqasar solat apabila beliau berpergian dalam jarak minimum tiga mil.Satu farsakh sama dengan 5541 meter sedangkan satu mil sama dengan 1748 meter( tiga mil= 5244 meter). 1km = 2000 meter.

Ada pula yang mengatakan, bahawa jarak minimum mengqasar solat adalah satu mil. Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Syaibah dengan sanad yang sahih dari Ibnu Umar. Pendapat inilah yang dianuti Ibnu Hazm, dan tidak dibolehkan mengqasar solat apabila jarak perjalanan kurang dari satu mil. Ibnu Hazm mengemukan dalil, bahawa Nabi SAW. pergi ke Baqi’ untuk mengebumikan jenazah. Setelah itu, beliau keluar menuju suatu tempat luar pemukiman untuk membuang hajat dan mengerjakan solat, namun beliau tidak mengqasar solat.

Adapun syarat yang dikemukan oleh ahli fiqh, bahawa mengqasar solat hanya dibolehkan dalam perjalanan jauh, dengan arak minimum sekurang-kurangnya dua atau tiga marhalah, maka pendapat ini disanggah dengan huraian yang dikemukan oleh Imam Abu Al-Qasim al-Kharqi dalam kitab al-Mughni. Di situ, beliau berkata: “Aku tidak menemukan satu dalil pun yang boleh menyokong pendapat ulama-ulama itu. Sebab, keterangan sahabat dalam masaalah ini saling bercanggah antara atu sama lain, sehingga tidak dapat untuk dijadikan dalil. Sebagaimana diketahui, pendapat Ibnu Umar dan Ibnu Abbas adalah bercanggah dengan pendapat mereka. Meskipun pendapat Ibnu Umar dan Ibnu Abbas sama dengan pendapat para imam tersebut, tetapi kata-kata para sahabat tidak dapat dijadikan sebagai dalil apabila bercanggah dengan kata-kata dan perbuatan Nabi SAW. Dengan demikian ukuran minimum sesuatu perjalanan yang mereka tetapkan dengan sendirinya tidak dapat diterima disebabkan dengan dua pertimbangan:

Pertama: Ia bercanggah dengan Sunnah Nabi SAW. seperti yang telah disebutkan sebelum ini dan bercanggah dengan zahir firman Allah Ta’ala yang membolehkan mengqasar solat bagi sesiapa pun yang mengadakan perjalanman di permukaan bumi ini. Allah berfirman dalam surah an-Nisa;101


وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا ۚ إِنَّ الْكَافِرِينَ كَانُوا لَكُمْ عَدُوًّا مُبِينًا


Dan apabila kamu bepergian di muka bumi, maka tidaklah salah kamu mengqasar sembahyang(mu), jika kamu takut diserang orang-orang kafir. Sesungguhnya orang-orang kafir itu adalah musuh yang nyata bagimu.

Perasaan takut yang seakan-akan menjadi syarat mutlak untuk mengqasar solat dalam perjalanan dapat digugurkan dengan adanya keterangan hadis Ya’la bin Umayyah. katanya:

عَنْ يَعْلَى بْنِ أُمَيَّةَ، قَالَ: قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ:أَرَاَيْتَ إِقْصَارَ النَّاسِ الصَّلاَةَ، وَإِنَّمَا قَالَ عَزَّوَجَلَّ :٬٬إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُو٬٬ فَقَدْ ذَهَبَ ذَلِكَ الْيَومَ؟  فَقَالَ عُمَرُ: عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتَ مِنْهُ،فَذَكَرْتُ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَ: «صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللَّهُ بِهَا عَلَيْكُمْ فَاقْبَلُوا صَدَقَتَه

Ertinya: “Aku bertanya kepada Umar bin al-Khattab: ‘Bagaimanakah pendapatmu jika kaum muslimin mengqasar solat, padahal Allah berfirman: ‘Jika kamu khuatir akan diganggu oleh orang-orang kafir’(surah an-Nisa;101)? . Sementara mereka sekarang sedang dalam perjalanan. Umar menjawab: ‘Apa yang kamu kemukakan itu juga menjadi pertanyaan bagi aku. Hingga akhirnya aku ajukan permasalahan ini kepada Rasulullah SAW. Mendengar itu, beliau bersabda’(mengqasar solat) itu merupaka sedekah yang dikurniakan Allah kepada kamu. Oleh yang demikian, terimalah sedekah-Nya itu’!” (Driwayatkan oleh sekumpulan ulama hadis melainkan Bukhari).

Dengan demikian, zahir ayat tersebut masih merangkumi segala macam jenis perjalanan tanpa mengira jauh atau dekatnya. Sabda Nabi SAW. yang bermaksud: “Seseorang yang bermusafir dibolehkan menyapu khuf atau kasutnya selama tiga hari” adalah untuk menjelaskan waktu dibolehkan menyapu khuf. Meskipun perjalanan tiga hari dikatakan musafir, namun tidak menolak, kemukinan bahawa jarak satu hari juga dapat dikatakan sebagai musafir. Buktinya sabda Nabi SAW.

لَا يَحِلُّ لِإِمْرَأَةٍ تُؤْمِنُ بِالّلهِ وَالْيَوْمِ الأَخِرٍ٬ أَنْتُسَافِرَ مَسِيْرَةَ يَوْمٍ٬إِلَّامَعَ ِذِىْ  مَحْرَمٍ٠

Ertinya:”Seorang perempuan yang beriman kepada Allah dan hari akhir tidak dibolehkan bermusafir selama sehari kecuali bersama muhrimnya. HR Bukhari

Kedua: Menetapkan batasan ukuran jarak dalam sesuatu perjalanan adalah permasaalah tauqif(Permasaalahan yang hanya ditentukan oleh syarak ). Oleh yang demikain, ia tidak boleh ditetapkan oleh pendapat manusia semata, terlebih-lebih lagi ia tidak mempunyai dasar dalil dasar atau persamaan yang boleh dikiaskan. Jadi pendapat yang membolehkan qasar bagi setiap orang yang bermusafir tanpa menentukan jarak jauhnya merupakan pendapat yang kuat, melainkan jika ada ijmak menentangnya. Mengikut perspektif ini, istilah musafir berlaku umum tanpa membezakan perjalanan yang ditempuh menerusi kapal terbang, kereta api dan lain-lain seumpamanya, sama ada perjalanan tersebut bertujuan menunaikan perintah Allah mahupun tujuan-tujuan lain. Malahan seseorang yang bertugas untuk sentiasa dalam perjalanan tetap diketogerikan sebagai musafir, seperti pelaut, kondukter kerata api dan sebagai nya. Sebab pada hakikatnya, orang itu disebut sebagai musafir dan demikaian, dia dibolehkan mengqasar solat, berbuka puasa dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment