Sunday 7 August 2016

Sudut Feqah: Siapakah orang yang berhak menjatuhkan Talak (الطلاق)?

Siapakah orang yang berhak menjatuhkan Talak (الطلاق)?
 
Sumber Rujukan:

Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim (Matan Mufti Negeri Sabah)

Orang yang berhak menjatuhkan talak ialah suami, kerana suami itu adalah memimpin isterinya dan akad nikah juga dipegang oleh suami; suamilah yang menerima ijad dari isterinya di masa akad nikah, di mana isteri itu telah menjadi hak milik suaminya. Dengan sebab itulah suami tadi berhak menjatuhkan talak kepada isterinya. Sabda Rasulullah SAW.:

لَا نَذْرَ فِيْمَا لَايَمْلِكُ، وَلَا عِتَاقَ فِيْمَا لَايَمْلِكُ، وَلَاطَلَاقَ فِيْمَا لَايَمْلِكُ

“Tidak wajib membayar nazar bagi yang tidak memiliki, dan tidak boleh memerdekakan hamba bagi yang tidak memilikinya, dan tidak boleh juga menjatuhkan talak bagi yang tidak memilikinya”. HR Abu Daud dan Tirmizi

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَىٰ بَعْضٍ وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ ۚ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللَّهُ ۚ وَاللَّاتِي تَخَافُونَ نُشُوزَهُنَّ فَعِظُوهُنَّ وَاهْجُرُوهُنَّ فِي الْمَضَاجِعِ وَاضْرِبُوهُنَّ ۖ فَإِنْ أَطَعْنَكُمْ فَلَا تَبْغُوا عَلَيْهِنَّ سَبِيلًا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيًّا كَبِيرًا

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar. An-Nisa: 34

 

No comments:

Post a Comment