Diantara rukun Talak (الطلاق) adalah lafaz talak hendaklah diQasadkan(disengajakan)
Sumber Rujukan:
Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim
(Matan Mufti Negeri Sabah)
Yang dimaksudkan lafaz talak yang diqasadkan,
iaitu seseorang suami yang mentalaki isterinya hendaklah lafaz talak itu diqasadkan talak. Maka tidaklah sah
talak(tidak jatuh), jika kebetulan nama isterinya itu “Talak” di mana suaminya
memanggil isterinya “Ya Talak”(wahai
Talak/talik) atau suami itu tersalah memanggil isterinya “Talik”.
Tetapi jika suami tadi bermain-main atau bergurau
senda mentalaki isterinya, maka jatuhlah talaknya, kerana talak itu tidak boleh
dipermain-mainkan dan diperguraukan.
Begitu juga jatuh talak, jika seseorang suami
melafazkan “Ya Talik” kepada perempuan di sebalik/sebelah dinding atau di dalam
gelap yang pada sangkaannya bukan isterinya, kerana pada kedua-dua masaalah ini
didadapati syarat-syarat talak.
No comments:
Post a Comment