Sumber Rujukan:
Soal Jawab Nikah Kahwin oleh Haji Said Ibrahim
(Matan Mufti Negeri Sabah)
Ada talak yang boleh dirujuki kembali dan ada
talak yang tidak boleh dirujuk. Talak yang boleh dirujuki kembali dalam istilah
hukum syarak dinamakan “talak raj’i” iaitu suami mentalaki isterinya dengan
satu talak atau dua talak dan belum habis iddahnya. Suami itu boleh rujuk
kembali kepada isterinya yang masih dalam iddah itu tanpa akad nikah yang baru.
Talak yang tidak boleh dirujuk dinamakan pula “talak
bain”, iaitu suami mentalaki isterinya dengan talak tiga, atau talak secara “khulu”
(tebus talak) atau talak isteri yang belum dicampuri, atau talak yang
difasakhkan.
Jika suami tadi masih berkehendak lagi kepada
isterinya, hendaklah suami tu berakad nikah yang baru dan ia tidak boleh rujuk
kembali, sekalipun isterinya itu masih dalam iddah.
No comments:
Post a Comment