Hukum Sebaran Gambar Mayat
Sumber Rujukan:
1-Dr Zaharuddin
Abdul Rahman
2-Fathul bari
3-Hadith Muslim
4-Hadith Ibnu
majah
5-Hadith
Tirmizi
6-Hadith Abu
Daud
Hukum Sebaran Gambar Mayat
Meninjau pandangan Islam dalam hal ini, hukum menyebarkan
gambar seperti ini adalah Haram. Secara ringkas, ia adalah diharamkan
kerana sebab berikut:
1-Ia tidak mendapat izin pihak keluarga simati. Sudah
tentu tiada keluarga yang ingin disebarluaskan gambar jenazah ahli keluarganya
yang meninggal dunia, terutamanya jikalau ia dalam keadaan tidak menyenangkan
dan dikira hak peribadi. Penyebaran ini dikira membuka dan mendedahkan rahsia serta
keaiban orang lain serta keluarganya yang tidak diizinkan oleh Islam untuk
dilakukannya. Ia
juga mencarikkan maruah simati dan keluarganya.Nabi SAW. bersabda:
كُلُّ المُسْلِمِ
عَلَى المُسْلِم حَرَامٌ عِرْضِهِ وَمَالَهُ وَدَمُهُ
Ertinya : "Hak setiap Muslim ke atas Muslim yang lain adalah haram (baginya mencerobohi) maruahnya, hartanya dan darahnya" HR Muslim,At-Tirmizi
Sabda Rasulullah SAW.
مَنْ
سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ.
“Barangsiapa
menutupi aib seorang muslim, maka Allah akan menutupi aibnya.”
HR. Bukhari,Muslim.
HR. Bukhari,Muslim.
Sabda Rasulullah SAW.
يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلم يَدْخُل الإيمَانُ قَلْبَهُ
! لاَ تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِيْنَ وَلاَ تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ
مَنْ تَتَبَّعَ عَوْرَةَ أَخِيْهِ الْمُسْلِمِ تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ
تَتَبَّعَ اللهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ وَلَوْ فِي جَوْفِ بَيْتِهِ
"Wahai
orang-orang yang beriman dengan lisannya akan tetapi iman belum masuk kedalam
hatinya, janganlah kalian menghibahi kaum muslimin, dan janganlah pula
mencai-cari aib mereka, sesungguhnya barang siapa yang mencari-cari aib
saudaranya sesama muslim maka Allah akan mencari-cari kesalahannya, dan
barangsiapa yang Allah mencari-cari kesalahannya maka Allah akan
mempermalukannya meskipun ia berada di dalam rumahnya" HR Abu Daud
وَمَنْ كَانَ فِي حَاجَةِ أَخِيْهِ كَانَ اللهُ فِي حَاجَتِهِ وَمَنْ فَرَجَ عَنْ مُسْلِمٍ كُرْبَةً فَرَجَ اللهُ عَنْهُ كُرْبَةً مِنْ كُرَبَاتِ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَمَنْ سَتَرَ مُسْلِمًا سَتَرَهُ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Barang
siapa yang membantu memenuhi keperluan saudaranya maka Allah akan memenuhi
hajatnya, barang siapa yang melepaskan kesulitan seorang muslim maka Allah akan
melepaskan kesulitannya pada hari kiamat, dan barang siapa yang menutupi aib
seorang muslim maka Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat" HR
Al-Bukhari dan Muslim
Sabda
Rasulullah SAW.
وَمَنْ يُشَاقِقْ يَشْقُقِ اللَّهُ عَلَيْهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Barang
siapa yang menyulitkan (orang lain) maka Allah akan mempersulitnya para hari
kiamat" HR Bukhari
Sabda
Rasulullah SAW.
لَا يَسْتُرُ عَبْدٌ عَبْدًا فِي الدُّنْيَا إِلَّا
سَتَرَهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ
"Tidaklah
seseorang menutupi aib orang lain di dunia, melainkan Allah akan menutupi
aibnya di hari kiamat kelak." HR. Muslim
مَنْ سَتَرَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ سَتَرَ اللَّهُ عَوْرَتَهُ
يَوْمَ الْقِيَامَةِ ، وَمَنْ كَشَفَ عَوْرَةَ أَخِيهِ الْمُسْلِمِ كَشَفَ اللَّهُ
عَوْرَتَهُ حَتَّى يَفْضَحَهُ بِهَا فِي بَيْتِهِ
"Barang siapa yang menutupi aib saudaranya
muslim, Allah akan menutupi aibnya pada hari kiamat, dan barang siapa membukakan
aib saudaranya muslim, maka Allah akan membukakan aibnya hingga terbukalah kejelekannya
di dalam rumahnya." HR. Ibnu Majah
2-Bercanggah
dengan arahan Nabi SAW. bagi
menceritakan yang baik berkenaan si mati. Berdasarkan Sabda Rasulullah SAW.
مَرُّوا بِجَنَازَةٍ فَأَثْنَوْا عليها
خَيْرًا فقال النبي وَجَبَتْ ثُمَّ مَرُّوا بِأُخْرَى فَأَثْنَوْا عليها شَرًّا
فقال وَجَبَتْ فقال عُمَرُ بن الْخَطَّابِ رضي الله عنه ما وَجَبَتْ قال هذا أَثْنَيْتُمْ
عليه خَيْرًا فَوَجَبَتْ له الْجَنَّةُ وَهَذَا أَثْنَيْتُمْ عليه شَرًّا
فَوَجَبَتْ له النَّارُ
Ertinya : Mereka telah meziarahi jenazah dan mereka bercakap perkara
baik tentangnya. Maka berkata Nabi : wajiblah,
Kemudian mereka telah
pergi menziarahi yang lain lalu berkata tentang keburukannya, Nabi menjawab :
wajiblah.
Maka berkatalah Umar
al-Khttab : Barangsiapa yang memujinya atau berkata tentangnya (si mati) akan
kebaikkannya ( selepas kematiannya), maaf mestilah ia (pemuji) itu memasuki
syurga, dan barangsiapa dikalangan kamu yang menceritakan perihal buruknya nescaya
mestilah ia ke neraka HR Bukhari
Ibnu Hajar menukilkan bahawa Imam al-Nawawi
berkata, menceritakan perihal buruk simati adalah kerja orang munafik
3-Tindakan itu membuka keaiban jenazah dan ahli
keluarganya, khususnya apabila gambar yang disiarkan itu mendedahkan seluruh
auratnya.Telah ijma’ dikalangan ulama Islam bahawa
wajib menutup aurat jenazah.
4-Gambar itu juga boleh menyebabkan trauma,
gangguan perasaan, dan minda berpanjangan bagi setiap orang yang melihatnya,
terutama bagi mereka yang lemah semangat
Kesimpulanya
Maka semua individu yang menyimpan gambar
tersebut samaada di facebook ataupun e-mail, maka ia wajib memadamnya secara
kekal. Ini supaya tiada peluang untuk diminta dan dilihat olehnya lagi dan orang lain.
Bagi yang sudah menyebarkan gambar itu walaupun
dengan apa jua niat baik, maka hendaklah bertaubat dan memohon maaf kepada ahli
keluarga si mati.
No comments:
Post a Comment