Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid
Sabiq
2-Fiqh Manhaji(Fiqh Mazhab Syafi’e)
3-Nailul Authar oleh Asy Syaukani
4-Bahrul Mazi oleh Mohammad Idris bin
Abd Rauf al-Marbawi
5- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily6-Fath Bari
Disunatkan membaca takbir (
اللَّهُ أَكْبَرُ) pada setiap kali bangkit dan turun, berdiri dan duduk. Kecuali
ketika bangkit dari ruku’.Ketika itu, hendaklah seseorang membacaسمع
الله لمن حمده”(Maha Mendengar
Allah terhadap pujian orang yang memujiNya).
Disunatkan
bahawa permulaan takbir itu bersamaan dan serentak dengan perpindahan rukun
yang hendak dilakukan(Bukan dibaca dipertengahan atau setelah hampir selesai
perpindahan).
Dari
Ibnu Mas’ud, katanya, yang bermaksud:
“Aku pernah melihat Rasulullah SAW. membaca
takbir setiap kali turun dan bangkit, berdiri dan duduk.” (Diriwayatkan oleh
Ahmad.al-Nasae’I dan al-Tirmizi yang mengatakan kesahihan hadis ini.Beliau
berkata: Inilah amalan para sahabat Nabi SAW., antaranya adalah Abu Bakar,
Umar,Uthman, Ali dan lain-lain. Begitu juga generasi tabi’in, tabi’it tabi’in
dan sebilangan besar fuqaha dan Ulama).
Dari
Abu Bakar bin Abdur Rahman bin al-Harith, bahawa dia pernah mendengar Abu
Hurairah berkata, yang bermaksud:
“Apabila Rasulullah SAW. berdiri hendak mengerjakan solat,beliau
membaca takbir اللَّهُ أَكْبَرُ ketika berdiri, kemudian membaca takbir pula
ketika ruku’.Kemudian membaca سمع الله لمن حمده ketika hendak
bangkit dari ruku’.Kemudian menyambung ‘رَبَّنَا وَلَكَ ٱلْحَمْدُ’ ketika baginda
dalam keadaan berdiri tegak.Kemudian membaca, اللَّهُ أَكْبَرُ ketika ingin turun
sujud,bertakbir ketika mengangkat kepala, ketika sujud dan angkat kepala
semula.Kemudian Baginda melakukan perkara yang sama dalam sembahyang yang
dilakukan sehingga selesai menunaikannya.Baginda juga bertakbir ketika bangun
selepas duduk(duduk tasyhud awwal) pada akhir rakaat kedua.HR Bukhari dan
Muslim.
Dari Ikrimah katanya yang bermaksud:
“Aku bercerita kepada Ibnu ‘Abbas:”Aku
mengerjakan solat zohor di al-Bathha’ dan bermakmumkan di belakang orang tua
yang bodoh.Dia bertakbir sebanyak 22 kali.Dia membaca takbir ketika sujud dan
ketika mengangkat kepalanya.”Ibnu ‘Abbas berkata:”Demikainlah cara solat Abu
al-Qasim(Muhammad SAW.). HR: Ahmad dan
Bukhari
No comments:
Post a Comment