Saturday 1 August 2015

Sudut Feqah:Sempadan Tanah Haram Makkah


Sumber Rujukan:
1- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr. Wahbah al-Zuhaily

2-Makkah al-Muqarramah oleh Dr.Abdul Basit Bin Abdul Rahman

Tanah Haram Makkah yaitu, kawasan yang di sana diharamkan berburu dan mencabut tanaman;kawasan yang terlarang untuk mengambil tanah dan batunya.Tanah Haram Makkah ialah jarak yang melingkungi Masjidil Haram dari segenap penjuru.Allah SWT. menjadikan hukum Tanah Haram Makkah dengan Makkah sebagai memuliakannya(tanah suci).Tanah haram Makkah ini telah diharamkan oleh Allah SWT. semenjak dijadikan bumi sehinggalah ke Hari Qiamat. Sempadan Tanah Haram memang patut diketahui kerana ia berkaitan dengan beberapa hukum khas.Hukum Tanah Haram ini telah ditentukan oleh Allah SWT. semenjak bumi dijadikan  dan ia berkekalan hingga Hari Qiamat. Lantaran itulah, Makkah menjadi perhatian umat Islam sejak dahulu lagi. Tanah haram Makkah sudah menjadi tanah suci sejak dahulukala(ZamanAzali) sebab Nabi SAW. pernah bersabda pada hari pembukaan Mekah.Hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu ‘Abbas,yang bermaksud:

“Sesungguhnya negeri ini telah dijadikan sebagai Tanah Suci oleh Allah Ta’ala sejak Dia mencipta langit dan bumi, dan ia adalah Tanah Suci berdasarkan ketetapan Allah hingga hari Qiamat.” HR Bukhari dan Muslim

Perlu diketahui bahawa sermpadan Tanah Haram(Tanah Suci) sudah ada tanda-tandanya pada semua tepiannya. Al-Azraqi dan lain-lain menyebutkan bahawa Nabi Ibrahim-lah yang membuat tanda-tanda tersebut sedangkan Malikat Jibril yang menunjukkan tempat-tempatnya.Kemudian selepas pembukaan Kota Makkah,Rasulullah SAW. telah melantik Tamim bin Asad al-Khuza’i agar memperbaharui tanda sempadan Tanah Haram. Setiap khalifah dan pemerintah Makkah sentiasa memperbaharui a’lam(tanda) Tanah Haram di setiap penjuru  ,di atas bukit dan tempat tinggi juga di lembah. Ada yang masih kekal dan ada yang telah rosak. Bilangan tanda yang dibuat telah sampai kepada 934 tanda.Rujuk Dr. Abdul malik bin Abdullah bin Duhais dalam bukunya yang bertajuk’Al-Haram al-Makki Asy-Syarif wa al-A’lam al-Muhithah bihi”.

            Kawasan Tanah Haram Makkah panjangnya ialah 127 km dan keluasannya ialah 550 km dan 300meter persegi.Lihat:’Al-Haram al-Makki Asy-Syarif wa al-A’lam al-Muhithah bihi”. Di Bawah ini dinyatakan anggaran jarak di antara Masjidil Haram dengan beberapa sempadan Tanah Haram dengan beberapa sempadan Tanah Haram.Jarak ini sentiasa berubah mungkin disebabkan oleh faktor perubahan jalan, atau ikhtilaf dalam menentukan ukuran.Pada zaman dahulu, ukuran yang digunnakan ‘mile’(batu) dan sekarang ‘meter’ dan ‘kilometer’.

1-Al-Tan’im, iaitu jalan keluar menuju Madinah,ia terletak berdekatan dengan Masjid Sayyidah ‘Aisyah raha.(perkampungan Bani Nafar dan Syuqya.Jaraknya 7.5km dari Makkah.

2-Adhaat Libn.Dikenali sekarang dengan nama’Uqaisyiah’ jalan menuju kearah Yaman.Jaraknya ialah 16km dari Makkah.Sampai ujung Adhaah(anak sungai) Labin bin Tsaniyah Labin.

3-Asy-Syara’i. Terletak di jalan menuju ke Masjid Ji’ranah. Jaraknya ialah 16km dari Makkah.

4-Al-Hudaibiyyah.Iaitu jalan lama menuju ke Jeddah. Jaraknya ialah 22km. Jalan baru sekarang dikenali dengan nama Asy-Syumaisi.

5-Jabal Namirah(Zat al-Sulaim), jaraknya ialah 22km mengikut jalan raya dan 15km mengikut jalan lurus pejalan kaki(pedestrian)

Manakala sempadan Tanah Haram dengan Tanah Halal di Arafah(tempat wuquf) ialah tanda-tanda yang banyak dibina di Wadi ‘Uranah.

Allah SWT. telah menjadikan seluruh kawasan ini sebagai kawasan yang aman dan tempat tumpuan manusia.Firman Allah SWT. dalam surah ali-Imran:97

ومن دخله كان آمنا

Ertinya:….barang Siapa memasukinya(Tanah Haram),maka ia akan mendapat keamanan..

Allah memberi amaran kepada mereka yang cuba melakukan kejahatan(ilhad) di Tanah Haram dengan firmanNya dalam surah al-Hajj:25

وَمَن يُرِدْ فِيهِ بِإِلْحَادٍ بِظُلْمٍ نُّذِقْهُ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ

Ertinya: dan sesiapa yang berazam(berniat-belum lagi melakukannya) melakukan di situ sebarang perbuatan yang di larang(ilhad) dengan cara yang zalim, Kami akan merasakannya azab yang tidak terperi sakitnya.

Allah akan menimpakan azab ke atas mereka yang berniat melakukan kejahatan di Tanah haram.

Kata Ibnu Mas’ud ra. “Tiada tempat yang seseorang itu dikira bersalah dengan hanya bercita-cita untuk melakukan sesuatu kejahatan sebelum melakukannya kecuali di Makkah

No comments:

Post a Comment