1- Fiqh Manhaji(Fiqh
Mazhab Syafi’e)
2- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah
al-Zuhaily
3- Fiqh Sunnah
oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
Tidak
sah qurban kecuali dengan unta atau lembu atau kambing.Ini berdasarkan firman
Allah ta’ala dalam surah al-Haj 34:
وَلِكُلِّ
أُمَّةٍ جَعَلْنَا مَنسَكًا لِّيَذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَىٰ مَا رَزَقَهُم
مِّن بَهِيمَةِ الْأَنْعَامِ ۗ فَإِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ فَلَهُ أَسْلِمُوا ۗ
وَبَشِّرِ الْمُخْبِتِينَ
Dan
bagi tiap-tiap umat, Kami syariatkan ibadat menyembelih korban (atau
lain-lainnya) supaya mereka menyebut nama Allah sebagai bersyukur akan
pengurniaanNya kepada mereka; binatang-binatang ternak yang disembelih itu.
Kerana Tuhan kamu semua ialah Tuhan Yang Maha Esa, maka hendaklah kamu tunduk
taat kepadaNya; dan sampaikanlah berita gembira (wahai Muhammad) kepada
orang-orang yang tunduk taat.
Perkataan binatang ternak (الْأَنْعَامِ ) sebagaimana dalam ayat di atas
bermaksud tidak terkeluar daripada tiga jenis binatang ternakan iaitu unta,
lembu dan kambing.
Juga berdasarkan bahawa
tidak dinaqalkan/diriwayatkan daripada Nabi SAW. dan para sahabat bahawa mereka
berqurban dengan binatang lain.
Yang paling afdhal
ialah unta,kemudian lembu, kemudian kambing.
Harus qurban dengan
satu bahagian daripada tujuh bahagian unta dan lembu (seekor unta atau lembu
boleh dibahagi kepada tujuh bahagian). Diriwayatkan daripada Muslim(1318),
daripada Jubir ra. katanya yanng bermaksud,
“Kami
melakukan qurban bersama Rasulullah SAW. Pada tahun Hudaibiyah dengan
dibahagikan seekor unta kepada tujuh bahagian dan seekor lembu juga dibahagikan
kepada tujuh bahagian”.
Kalimah unta disini
adalah termasuk unta jantan dan betina.
Syarat-syarat
Binatang Qurban
1-Umur: Syarat unta mestilah umurnya sudah memasuki tahun keenam dan
syarat bagi lembu dan kambing (al-Maiz) mestilah umurnya sudah memasuki tahun
ketiga.
Manakala syarat bagi kambing biri-biri (al-Dho’nu),
mestilah umur sudah masuk tahun kedua atau gigi hadapannya telah gugur(kerana
bersalin) walaupun belum sampai satu tahun. Ini berdasarkan hadis riwayat
Ahmad(2/245) daripada Abu Hurairah ra. katanya, aku mendengar Rasulullah SAW.
bersabda yang bermaksud:
“Sebaik-baik
binatanng qurban ialah kambing biri-biri yang berusia dua tahun”
2-selamat (tidak cacat).Ketiga-tiga jenis binatang ternakan di atas
mestilah tidak mempunyai kecacatan yang boleh mengurangkan dagingnya. Oleh itu
kambing yang telah tiada otaknya disebabkan terlalu kurus, adalah tidak
memadai untuk diqurbankan. Begitu juga binatang yang nyata tempangnya atau yang
buta sebelah mata atau sakit atau yang terpotong sebahagian telingannya. Semua
keadaan tersebut tidak memadai dan tidak sah untuk dibuat qurban.
Al-Tirmizi(497) dan Abu
daud(2800) meriwayatkan daripada al-Barra’ bin Azib daripada Rasulullah SAW.
sabdanya yang bermaksud:
“Empat
perkara yang menyebabkan binatang qurban tidak memadai(tidak sah) untuk
diqurbankan. Yang jelas matanya buta sebelah, yang jelas sakitnya, yang jelas
tempangnya dan yang telalu kurus hingga tidak berotak.”
Keaiban yang disebutkan diatas diqiaskan kepada semua
jenis keaiban yang seumpamanya yang boleh menyebabkannya kurus dan kurang daging.
No comments:
Post a Comment