Sumber Rujukan:
1-Fathul Bari oleh Ibnu
hajar al-Asqallani
2-Sahih Bukhari
3-Haji Mabrur oleh Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawiDari Abu Hurairah ra. dia berkata yang bermaksud;
Nabi SAW. ditanya”Apakah amalan yang paling utama?” Beliau menjawab, “Iman kepada Allah dan Rasul-Nya.” Dikatakan, “Kemudian apa? Beliau menjawab , “Jihad di Jalan Allah.” Dikatakan, “Kemudian apa?” Beliau menjawab, “Haji yang mabrur.” HR Bukhari
Dari Aisyah r.ah. Dia berkata, yang bermaksud,
“Wahai Rasulullah, kami melihat jihad merupakan amalan yang paling utama, apakah(sebaiknya) kami berjihad?” Beliau bersabda,”tidak, bagi kalian jihad paling utama adalah haji yang mabrur.” HR Bukhari
Dari Abu Hurairah ra. dia berkata,aku mendengar Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa menunaikan haji kerana Allah dan tidak melakukan ‘rafats’ dan tidak pula melakukan kefasikan, maka ia kembali sama seperti hari dimana ia dilahirkan ibunya.”HR Bukhari
Dalam riwayat Ahmad dan al-Hakim dari hadith Jabir disebut, yamg bermaksud:
“Mereka berkata, “wahai Rasulullah, apakah haji mabrur itu?. Beliau menjawab, “Memberi makan dan menyebarkan salam.”) , tapi sanad hadith ini tergolong lemah. Seandainya hadith ini sahih,maka akan menjadi pegangan di antara pendapat-pendapat yang lain.
Keterangan Hadith
Ibnu Khalawaih berkata,”al-Mabrur ertinya al-Maqbul(yang
diterima). “Menurut pendapat lain bahawa erti mabrur adalah sesuatu yang tidak
dicampuri dengan dosa. Pendapat ini dibenarkan oleh al-Nawawi. Al-Qurthubi berkata,
“Pendapat-pendapat yang dinukil tentang penafsiran lafadz ini memiliki makna
yang tidak jauh berbeza, yaitu bahawa haji yang mabrur adalah haji yang semua
hukumnya dipenuhi serta dilaksanakan dengan sempurna.”
Pendapat yang lain tentang
penafsiran haji yang mabrur adalah akan nampak di kemudian hari; apabila
seseorang yang kembali dari melaksanakan haji dan kebaikannya akan semakin
bertambah daripada sebelumnya, maka hajinya adalah mabrur.
Menjawab pertanyaan Aisyah mengenai jihad“Beliau SAW.bersabda,”tidak, bagi kalian jihad paling utama adalah haji
yang mabrur”. Haji dinamakan jihad, kerana dalam perlaksanaanya memerlukan
kesungguhan melawan hawa nafsu.
Maksud perkatan “tidak
melakukan ‘rafats’”. Rafats adalah
jima’(melakukan hubungan suami isteri).Lafadz ini di gunakan sebagai kata
kiasan bagi hubungan bailogi dan digunakan pula untuk mengungkapkan perkataan
keji.Al-Azhari mengatakan, rafats adalah lafadz yang mengungkapkan seluruh
keinginan seorang laki-laki terhadap wanita, sementara Ibnu Umar membatasinya
dalam makna pembicaraan yang terjadi antara laki-laki dan wanita.Al-Qadhi Iyadh
berkata, “Lafadz ini berasal dari firman Allah dalam surah al-Baqarah, ayat 197
: فَلَا رَفَثَ وَلَا
فُسُوقَ (Tidak
ada rafats dan tidak ada pula kefasikan).Adapun majoriti ulama mengatakan
bahawa yang dimaksudkan dengan lafadz ‘rafats’ dalam ayat tersebut adalah
hubungan suami-isteri(jima’)Maksud perkataan “dan tidak pula melakukan kefasikan,” , yakni tidak melakukan keburukan.. Lafadz ini sangat banyak digunakan didalam al-Quran ketika saat menceritakan umat terdahulu.Ada ulama mengatakan “lafadz ‘fisq’ berasal dari kata ‘infasaqat ruthabah’ apabila buah kurma telah keluar. Maka, orang yang keluar dari ketaatan dinamakan fasik.
No comments:
Post a Comment