Sesudah anda memasuki kota Makkah dengan mengenakan
pakaian ihram, bertawaf dan bersa’i, pada hari lapan Zulhijjah pula para haji
akan pergi menuju ke Mina dan bermalam semalaman di sana, atau pada hari
kesembilan Zulhijjah pergi terus ke Padang Arafah.
Seperti kita ketahui, Arafah
tidak termasuk daerah Haram, tetapi terletak di luarnya. Kerana itulah aqal
manusia terhenti seketika. Setiap kali Allah Ta’ala membukakan rahsia-Nya, maka
setiap kali pula dia menegunkan dengan rahsia-Nya yang lain. Dengan demikain
ilmu ghaib-Nya tidak pernah tunduk pada mekanime syariat, tetapi selalu tunduk
pada kemutlakan kekuatan Pembuat syariat
Haji menempuh berbagai
fasa. Pertama anda memulainya dengan memilih keimanan dan dengan menyatakan
syahadat bahawa tiada tuhan selain
Allah, dan Muhammad adalah Rasulullah. Dengan menentukan pilihan keimanan ini
manusia telah memasukkan dirinya(tanpa paksaan) ke dalam daerah taklif. Semua
kaum muslimin tanpa pengecualian dikenakan hukum wajib melaksanakan
perintah-Nya mulai daripada mendirikan solat, menunaikan zakat,melaksanakan
puasa Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah
jika keadaan mengizinkan.
Diatas kami telah
mengatakan bahawa kewajipan haji telah mengeluarkan kita daripada daerah
ikhtiar yang umum ke daerah taklif yang
khusus. Hanya orang yang sedang muhrimlah (yang sedang mengerjakan ihram) yang
melampaui miqat pada perbatasaan tanah haram, dan yang memasuki Kaabah hanyalah
kaum mukmin yang sedang menunaikan kewajiapan,
seperti bertawaf, semua akan keluar meninggalkan kota Makkah menuju kesana.
Dengan memeluk al-Dienul Islam bererti manusia telah memasukkan
dirinya ke dalam taklif. Kalau dia ingin menunaikan rukun haji maka dia harus
memasukkan diri ke dalam taklif khusus lain yang berkaitan dengan hajinya, Kalau dia ingin menyempurnakan
hajinya, dan haji itu adalah Arafah, maka dia harus keluar dari daerah Haram ke
daerah luar berbatasannya.
Daerah–daerah
haram bagi Jemaah haji ada empat:
1-Al-Masjidil
Haram
2-al-Baitul
Haram
3-al-Baladul
Haram
4-al-Masy’arul
Harm (mudzalifah) yang menjadi tempat para haji berhenti sejenak di disana dalam
perjalanan pulang dari Arafah untuk memunggut anak kerikil yang akan
dilemparkan kepada iblis. Di sana mereka solat jama ta’khir Maghrib dan Isya,
sebelum meneruskan perjalanan ke Mina untuk bermalam dan mempersiapkan diri
melempar jamrah. Selanjutnya mereka akan pergi semula ke Makkah untuk
menunailkan tawaf ifadah.
No comments:
Post a Comment