Friday 21 August 2015

Sudut Feqah: Menyediakan Makanan Bagi Keluarga Si Mayyit(Mati) Dan Dimakruhkan Bagi Keluarganya Membuat Makanan Untuk Orang Lain

Sumber Rujukan
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
2-Nailul Authar oleh Asy Syaukani
3-Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaily
4- Fiqh al-Manhaji
 
Dari Abdullah bin Ja’far,ia berkata yang bermaksud: Takala datang berita kematian Ja’far, yaitu ketika ia terbunuh, Nabi SAW. bersabda:”Hendaklah kamu membuat makanan untuk keluarga Ja’far, kerana sesungguhnya telah datang kepada mereka sesuatu yang menyibukkan mereka. HR Iman lima, kecuali al-Nase’i
Syarih berkata: Perkataan, :”Hendaklah kamu membuat makanan untuk keluarga Ja’far” itu menunjukan diperintahkannya memberi bantuan kepada keluarga si mayyit, berupa sesuatu yang mereka perlukan, misalnya makanan.Kerana musibah yang menyusahkan mereka.        
            Amalan ini digalakan oleh syariat, kerana merupakan kebaikan dan sebagai mempereratkan hubungan silaturrahim dengan keluarga dan tetangga. Asy-Syafi’e berkata:”Kerabat mayyit sebaiknya menyediakan makanan bagi ahli mayyit hingga membuat mereka kenyang selama satu hari dan satu malam, kerana ia merupakan amalan yang disunatkan dan amalan orang-orang soleh”.
Para ulama memandang afdhal menyuruh ahli mayyit supaya makan makanan agar mereka tidak lemah tenaga,apatah lagi tidak makan disebabkan rasa malu atau berdukacita.Mereka juga berkata,”kaum perempuan tidak dibolehkan menyentap makanan jika mereka meraung ketika meratapi mayat.Sebab, ia bererti membantu mereka berbuat maksiat”.
            Ulama bersepakat memandang makruh jika keluarga mayat menyediakan makanan untuk para tetamu yang datang berhimpun untuk bertakzi’ah.Sebab, yang demikian itu memberatkan mereka, menambahkan kesibukan mereka dan menyerupai amalan masyarakat Jahilaih.hal ini berdasarkan hadis Jabir,Katanya yang bermaksud:
“Kami menggangap berhimpun dirumah keluarga mayat dan menyediakan makanan setelah pengkebumianya sebagai meratap ( menaggisinya dengan meraung-yang diharamkan itu).HR Ahmad
Para sahabat menganggap berkumpul-kumpul di rumah keluarga simati(mayyit) sesudah menguburkannya dan makan-makan di situ, adalah termasuk dalam ertikata meratap. Kerana di dalamnya terkandung perbuatan yang memberatkan dan menyusahkan mereka, padahal mereka dirundung kesusahan, kerana matinya salah seorang keluarganya. Disamping hal itu menyalahi sunnah.Kerana seharusnya merekalah yang diperintahkan membuat makanan untuk keluarga si mayyit, tetapi merka malah menyalahinya, dan memberi beban kepada mereka untuk menyediakan makanan untuk orang lain.
Malahan sebahagian ulama menganggap amalan sedemikian adalah diharamkan. Diantara sebabnya:
1-Bertentangan dengan amalan Rasulullah SWA.(menyalahi sunnah)
2-Dibimbangi memakan harta anak yatim.
3-Dibimbangi simayyit(simati) meninggalkan hutang.Sedangkan hutang mestilah diselesaikan sebelum pembahagian harta dilakukan antara waris.
Ibnu Qudamah berkata:”Jika perkara ini diperlukan, maka tidak ada salahnya.Sebab, jika ada antara pelawat yang datang dari perkampungan dan tempat-tempat yang jauh, sehingga mereka terpaksa menginap dan ini mewajibkan tuan rumah supaya menyediakan jamuan kepada mereka

No comments:

Post a Comment