1- Fiqh Manhaji(Fiqh
Mazhab Syafi’e)
2- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah
al-Zuhaily
3- Fiqh Sunnah
oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
Waktunya bermula selepas terbit matahari hari raya haji
sekadar sempat di tunaikan dua rakaat solat dan dua khutbah. Kemudian
berterusan waktunya hingga terbenam matahari pada akhir hari-hari tasyrik iaitu
11,12 dan 13 Zulhijjah.
Waktu afdhal untuk
menyembelih ialah selepas selesai solat hari raya. Disebut dalam hadis riwayat
al-Bukhari (5225) dan Muslim (1961) yang bermaksud:
“Perkata
pertama yang kami mulakan pada hari ini (hari raya) ialah kami bersolat.
Kemudian kami pulang dan menyembelih qurban. Oleh itu sesiapa yang melakukan
perkara tersebut maka dia telah melakukan sunnah kami.Dan sesiapa telah
menyembelih sebelum itu maka ia adalah daging untuk ahli keluarganya bukan
untuk ibadah qurban sedikitpun”.
Makna perkataan: ‘Dan sesiapa telah menyembelih sebelum itu’
ialah sebelum masuk waktu solat hari
raya dan sebelum berlalu waktu sekadar sempat didirikan sembahyang. Ibnu Hibban (1008) meriwayatkan daripada Jabir bin Mut’im ra. katanya: Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud:
“Setiap
hari Tasyriq adalah sembelihan (waktu untuk menyembelih)”
No comments:
Post a Comment