Allah Ta’ala
menyatakan dalam firman-Nya dalam surah Ali-Imran 97:
فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَّقَامُ إِبْرَاهِيمَ ۖ وَمَن
دَخَلَهُ كَانَ آمِنًا ۗ وَلِلَّهِ عَلَى النَّاسِ حِجُّ الْبَيْتِ مَنِ
اسْتَطَاعَ إِلَيْهِ سَبِيلًا ۚ وَمَن كَفَرَ فَإِنَّ اللَّهَ غَنِيٌّ عَنِ
الْعَالَمِينَ
Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya) maqam
Ibrahim; barangsiapa memasukinya (Baitullah itu) menjadi amanlah dia;
mengerjakan haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah, yaitu (bagi) orang
yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah; Barangsiapa mengingkari
(kewajiban haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu)
dari semesta alam.
Allah Ta’ala
tidak menghuraikan lebih lanjut, apa saja tanda-tanda yang ada dalam Baitul
Haram selain “Makam Ibrahim”. Ini kerana Allah Ta’ala ingin menarik perhatian
kita terhadap makam ini, iaitu sebuah batu tempat Ibrahim as. berdiri untuk
mendirikan tapak dan bangunan al-Bait itu seukuran dirinya, akan tetapi kerana
keinginannya menjalankan ajaran dan perintah Allah, maka dia hanya mendirikan
sesuatu dengan yang diperintahkan sebagai tathauwu.
Tanda-tanda
آيَاتٌ dalam
firman Allah di atas merupakan jamak perkataan tanda. Kemudian dalam
keterangannya disebutkan “Makam Ibrahim” dalam bentuk satu(mufrad). Kalau anda
teliti lebih jauh, tentu anda akan menemui banyak lagi ayat dalam makam Ibrahim
itu. Kenikmatan yang terlihat hanya satu kalau diteliti susunan dan kaitannya
akan didapati terangkum daripada berbagai kenikmatan lain juga.Kerana itulah
Allah Ta’ala mengisyaratkan kepada kita
dalam ayat lain, dalam surah Ibrahim 34:
وَآتَاكُم مِّن كُلِّ مَا سَأَلْتُمُوهُ ۚ وَإِن تَعُدُّوا
نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا ۗ إِنَّ الْإِنسَانَ لَظَلُومٌ كَفَّارٌ
Dan ia telah memberi kepada kamu sebahagian, dari tiap-tiap apa
jua yang kamu hajati. Dan jika kamu menghitung nikmat Allah nescaya lemahlah
kamu menentukan bilangannya.Sesungguhnya manusia (yang ingkar) sangat suka
menempatkan sesuatu pada bukan tempatnya lagi sangat tidak menghargai nikmat
Tuhan-Nya.
Allah
menyebut نِعْمَتَ dalam bentuk satu(mufrad), bukan ni’amun
dalam bentuk jamak.Ini kerana ni’mat Allah yang satu pun terdiri dari kumpulan
ni’mat yang banyak,yang terangkum menjadi satu, seperti pada Makam Ibrahim as.
Ibrahim telah menunaikan perintah Allah dengan tenang
hati dan sukacita.Ini terungkap dalam kemahuan hatinya untuk mendirikan al-Bait
dan memperindahkannya dengan sebaik-baiknya sebagai ungkapan rasa cintanya
kepada yang memerintah,sekaligus sebagai takbir atas kemahuannya menampilkan
rasa indah pada ciptaannya.Seperti maksud sabda Rasulullah SAW.
“Sesungguhnya
Allah mencintai seseorang di antara kamu yang apabila mengerjakan sesuatu
dikukuhkan(dirapikan)”
Apabila Allah Ta’ala
berfiman: “ فِيهِ آيَاتٌ بَيِّنَاتٌ مَّقَامُ إِبْرَاهِيمَ “ Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (di antaranya)
maqam Ibrahim”,seharusnya kita mengamati
apa yang ada dalam makam Ibrahim.
Ibrahim
as. ditakbirkan sebagai satu umat kerana padanya terangkum berbagai jenis akhlak
luhur yang tidak pernah terhimpun kecuali dalam satu umat dan, bukan hanya
dalam seorang individu; seperti jujur,amanah,pemurah,penyabar dan berbagai
akhlak terpuji yang lain. Berbagai akhlak yang terpuji yang itu terangkum
menjadi satu dalam peribadi Ibrahim as. bagaikan dalam sebuah umat.
Selain sebagai seorang yang senang
dan sukacita melaksanakan perintah Allah Ta’ala, Ibrahim juga seorang penyabar dalam
menghadapi ujian-Nya yang bertubi-tubi.Semua ujian itu dijalaninya dengan
keikhlasa dan sebaik-baiknya.Hal ini dibenarkan oleh Allah Ta’ala dalam firman-Nya
dalam surah al-Baqarah 124:
وَإِذِ ابْتَلَىٰ إِبْرَاهِيمَ رَبُّهُ بِكَلِمَاتٍ
فَأَتَمَّهُنَّ ۖ قَالَ إِنِّي جَاعِلُكَ لِلنَّاسِ إِمَامًا ۖ قَالَ وَمِن
ذُرِّيَّتِي ۖ قَالَ لَا يَنَالُ عَهْدِي الظَّالِمِينَ
Dan (ingatlah) tatkala
telah diuji Ibrahim oleh TuhanNya dengan beberapa kalimat(perintah dan
larangan), maka telah dipenuhinya semuanya. Diapun berfirman : Sesungguhnya Aku
hendak menjadikan engkau Imam bagi manusia. Dia berkata : Dan juga dari antara
anak-cucuku. Berfirman Dia : Tidaklah akan mencapai perjanjianKu itu kepada
orang-orang yang zalim.
Perintah apa yang diujikan Allah kepada Ibrahim? Allah Taa’ala telah
memerintahkannya agar menyembelh putera tunggalnya , Ismail,putera tunggalnya
yang masih kecil.Tapi ternyata Ibrahim menerima ujian yang amat berat dan
memilukan itu. Dia tetap melaksanakannya dengan penuh keikhlasan dan ketabahan.
Ini merupakan salah satu ayat yang
nmenandakan bahawa anda harus menunaikan taklif itu dengan sabar, tabah,ikhlas
dan reda dengan perintah Allah.
Ayat lain adalah seperti yang menyebutkan ketika Ibrahim as. diperintahkan
membangunkan tapak al-Bait.Dia berusa keras mendirikan bangunan itu lebih
daripada sekadar tapaknya.Dia mencari sebuah batu untuk menjadi tempat berpijak
dalam usaha mendirikan al-Bait.Batu itu terletak beberapa meter dari Ka’abah.Perhatikanlah!
Anda akan melihat ada bekas dua telapak kakinya.Ada cerita yang mengatakan
bahawa ketika Ibrahim berdiri diatas batu itu(hendak membangunkan al-Bait),
batu itu menjadi lembut sehingga memberikan bekass pada telapak kakinya,
seolah-olah sebagai tanda atau saksi atas ciptaanya yang besar membangunkan
Baitullah.
Ada juga orang mengatakan bahawa ketika Ibrahim hendak membangunkan
bahagian atas al-Bait, dia berusaha mengukir batu itu seukuran telapak kakinya
supaya berdirinya kukuh dan kuat serta tidak mudah licin dan tergelincir.
Semua hal diatas
merupakan kejadian yang menarik perhatian kita. Ini bertujuan agar kita
menyambut perintah Allah yang telah dibebankan kepada kita dengan sukacita, dan
menunaikan dengan baik dan sempurna..Kerapian dan kesempurnaan boleh
ditakbirkan sebagai keikhlasan dan keredhaan kita dalam menjalankan taklif
Allah Ta’ala.Allah Subhanahuwata’ala adalah sumber keindahan, Seperti maksud
hadis: Allah itu indah dan Dia suka pada yang indah.
No comments:
Post a Comment