2- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah
al-Zuhaily
Pertama:
Apabila masuk 10 Zulhijjah dan dia berazam melakukan ibadah qurban, dia
disunatkan untuk tidak menghilangkan bulu atau memotong kukunya. Oleh itu, dia hendaklah
menjaga kedua-duanya dengan baik. Imam Muslim (1977) meriwayatkan daripada Nabi
SAW. sabdanya yang bermaksud:
“Apabila
kamu melihat anak bulan Zulhijjah dan salah seorang daripada kamu ingin
melakukan ibadat qurban, maka hendaklah dia menyimpan bulu dan kukunya”.
Kedua:
Disunatkan kepada orang yang berqurban menyembelih binatang qurbannya sendiri.
Sekiranya dia tidak boleh melakukannya kerana uzur atau lain-lain, maka dia
hendaklah hadir bersama menyaksikan penyembelihan yang dilakukan.
Al-Hakim(4/222) meriwayatkan dengan sanad yang sahih bahawa Rasulullah SAW. bersabda kepada Fatimah yang
bermaksud:
“Bangunlah
kepada qurbanmu dan saksilah ia kerana sesungguhnya (dengan tertitisnya)
titisan darah yang pertama maka akan diampunkan dosamu yang terdahulu. Fatimah
bertanya: Wahai Rasulullah, ini adalah untuk kita Ahlil Bait sahaja atau untuk
kita dan orang-orang Islam seluruhnya? Rasulullha menjawab: Bahkan untuk kita
dan untuk orang-orang Islam seluruhnya”.
Ketiga:
Sunat bagi hakim(pemerintah) orang-orang Islam atau pemimpin mereka untuk
berqurban menggunakan harta Baitul Mal bagi pihak orang-orang
Islam.Sesungguhnya diriwayatkan daripada Muslim(1967) yang bermaksud:
“Rasulullah
SAW. telah korbankan seekor kibasy.Dan baginda mengucapkan semasa sembelih:
Dengan nama Allah, Ya Allah terimalah daripada Muhammad dan keluarga Muhammad
dan umat Muhammad. Baginda menyembelih
di tempat solat, di mana orang ramai berkumpul untuk solat. Dan Baginda
menyembelih binatang tersebut dengan tangan Baginda sendiri.
Al-Bukhari meriwayatkan
didalam sahihnya(5232) daripada Ibnu Umar ra. katanya yang bemaksud:
“Rasuluillah SAW. menyembelih(binatang qurbannya) di
tempat didirikan solat”.
No comments:
Post a Comment