Friday 21 August 2015

Rahsia Haji mabrur: Ka'bah adalah tanda al-Baitul Haram

Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi

            Ka’abah al-Musyarrafah bukan al-Baitul Haram.Akan tetapi hanya merupakan tanda bahawa di situ terletaknya Baitullah al-Haram.Ini berdasarkan firman Allah SWT. dalam surah al-Baqarah 127:
وَإِذْ يَرْفَعُ إِبْرَاهِيمُ الْقَوَاعِدَ مِنَ الْبَيْتِ وَإِسْمَاعِيلُ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا ۖ إِنَّكَ أَنتَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan (ingatlah) ketika Ibrahim meninggikan binaan dasar-dasar (tapak) Baitullah itu bersama-sama Ismail, sambil keduanya berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami! Terimalah daripada kami (amal kami); sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui;
Allah Ta’ala mengikut sertakan Ismail as. bersama ayahndanya,Ibrahim as.dalam mendirikan tapak al-Bait.jadi seolah-olah tapak al-Bait bukan didirikan oleh Ibrahim sendiri tapi di bantu oleh anaknya, Ismail ketika dia telah dewasa.
            Sesetengah orang berkeyakinan bahawa al-Baitullah Haram adalah Ka’abah.Ini tidak benar! Al-Baitullah Haram ialah tempat dimana Ka’abah didirikan.Jadi terdapat perbezaaan antara tempat dan tanda yang menunjukan adanya tempat tersebut.Yang dilakukan Ibrahim as. ialah meninggikan tapak al-Bait. Sebelum mendirikan al-Bait, Ibrahim terlebih dahulu menentukan ukuran panjang dan lebarnya dan tempat al-Bait itu sendiri adalah tempat yang didiami isterinya, Hajar dan bayinya Ismail

No comments:

Post a Comment