1- Fiqh Islami wa Adillatuhu oleh Dr. Wahbah
al-Zuhaily
2-Madinah Munawwarah oleh Dr.Abdul Basit Bin
Abdul Rahman
3-Fath Bari oleh Ibnu Hajar al-Asaqollani
Tanah
Haram
Dari segi bahasa: Al-Tahrim, Ertinya”menahan atau
menegah”. Makkah dan Madinah dinamakan dua Tanah Haram kerana kehormatan
kedua-duanya.Allah SWT. mengharamkan beberapa perkara dilakukan didalamnya yang
tidak dilarang ditempat lain.Ini menunjukkan perbezaan dan kemulian di dalamnya,
kedua-duanya berbanding dengan tempat-tempat lain didunia ini.
Pengisytiharan Tanah Haram Madinah melalui lisan
Nabi SAW. yang bermaksud:
“Sesungguhnya
Nabi Ibrahim telah mengharamkan Makkah dan berdoa untuknya dan aku mengharamkan
Madinah sepertimana Nabi Ibrahim mengharamkan Makkah.Dan aku berdoa untuk
(keberkatan) cupak dan gantangnya sepertimana Ibrahim berdoa untuk Madinah. HR:
Bukhari dan Muslim
Bilakah pengisytiharan
Tanah Haram Madinah
Menurut al-Hafiz, Ali bin Hajar r.hm.:
“Hadis
pengisytiharan Tanah Haram Madinah ialah selepas Rasulullah SWA. Pulang dari
peperangan Khaibar(pada tahun ke7 Hijrah).
Anas ra. berkata yang bermaksud:
Saya keluar bersama Rasulullah SAW. ke Khaibar,
berkhidmat untuk baginda. Semasa pulang menuju ke Madinah, selepas terpandang Bukit
Uhud, Baginda bersabda yang bermaksud:
“Ini Bukit
yang sayang kepada kami dan kami sayang kepadanya.”
Kemudian Baginda memandang kea rah Madinah dan bersabda
yang bermaksud:
“Ya Allah,
aku mengharamkan bumi di antara dua tanah hitam(sempadan Madinah) sebagaimana
Nabi Ibrahim as. mengharamkam Makkah. Ya Allah berilah keberkatan kepada mereka
dalam cupak dan gantang mereka. HR Bukhari dan Muslim
Sempadan
Tanah Haram Madinah
1-Dari utara ke Selatan
Rasulullah SAW. menjelaskan sempadan Tanah Haram
Madinah melalui sabdanya yang bermaksud:
“Tanah
Haram Madinah itu diantara Bulit’Eir(selatan Madinah) dan Bukit Thaur(utara
Madinah)
Bukut ‘Eir ialah sebuah bukit besar terletak di sebelah selatan Madinah, dapat
dilihat dengan jelas dari masjid Quba’ dan Masjid Miqat Zulhulaifah.Bahkan ianya kelihatan dari segenap penjuru Madinah,
bertentangan dengan Jabal Uhud.Manakala Bukit Thaur pula ialah sebuah bukit kecil
yang terletak di belakang Bukit Uhud.
2-Dari timur ke barat
Sepertimana sabda Nabi SAW. yang bermaksud:
‘Diantara
dua tanah hitamnya(Madinah) itu adalah Tanah Haram”.
Al-labah: Tanah yang berbatu hitam.Dikenali
dengan nama Harrah Syarqiyyah dan Harrah Gharbiyyah.
Menurut
sebahagian ahli sejarah, ukuran Tanah Haram Madinah dari utara ke selatan ialah
sepanjang 15km.Ini bertepatan jika diukur jarak di antara Jabal Thaur an Jabal ‘Eir
ialah kira-kira 15km.Sekarang ini sempadan Tanah Haram Madinah telah ditanda
dengan batu yang bertulis permulaan dan akhir tanah haram. Sebanyak 161 tanda
telah dibuat.Ianya dilihat dengan jelas daripada setiap penjuru.
No comments:
Post a Comment