Hendaknya kita
benar-benar menyedari bahawa para jemaah haji telah mengeluarkan diri
masing-masing dari daerah ikhtiar yang umum ke daerah taklif yang khusus.Mereka
menjaga diri masing-masing agar tidak melampaui daerah-daerah yang telah
ditetapkan untuk mengenakan ihram.Erti al-Ihram ialah menaggalkan rasa sombong
dan hak menentukan pilihan dan menggantinya dengan kehendak dan iradat Allah
dengan penuh keimanan.
Disini juga terdapat
istilah miqat.Miqat ialah suatu daerah yang memisahkan antara al-Haram dan
al-Halal.Bila anda berada diluar daerah miqat maka anda diatur oleh hukum khusus
dan gerak-geri anda pun tidak terikat.Namun jika anda berada di dalam daerah
miqat bererti anda ada di daerah al-Haram yang anda hanya dibenarkan
memasukinya bila berihram.Apabila anda ingin menunaikan ibadah haji, setiap kaum mukmin harus terlebih dahulu mamasukan diri ke dalam taklif baru.Tapi anehnya, daerah-daerah miqat tidak ditetapkan berdasarkan hitungan matematik yang jaraknya sama dari Kaabah.daerah miqat bagi penduduk Hijar(didalamnya terletak Baitullah) merupakan daerah miqat yang paling jauh.Siapa yang hendak menunaikan haji dari Madinah maka dia diharuskan memakai ihramnya dari daerah Abyar Ali yang biasa dikenal dengan Bir Ali..Jarak antara Abyar Ali dan makkah sekitar 450 kilometer.Sedangkan miqat Rabigh hanya 204 kilometer. Miqat al-Juhfah 187 kilometer, miqat Irak 94 kilometer, dan Miqat Yulamlam 54 kilometer.
Jadi,penetapan daerah
miqat tidak berdasarkan hitungan matematik.Hendaklah anda mengetahui bahawa
masalah itu bukan masalah matematik tapi masalah kepatuhan pada kemutlakan qudrat
iradat Allah Ta’ala.Mungkin aqal kita sukar untuk mengikuti hikmah dari berbagai
taklif itu.Misalnya, kita berwuduk untuk solat,ada orang yang mengatakan bahawa
berwuduk bertujuan untuk membersihkann diii dan menyucikannya.Maka kami katakana
kepada mereka,”Masalah itu bukan masalah kebersihan dan kesucian sebab kalau
anda tidak menemui air, anda diperintahkan bertayammum dengan debu.Kerana itu janganlah
anda mengatakan bahawa wuduk itu untuk kebersihan.Ingatlah, Allah Ta’ala
memiliki hukum-hukum yang tidak kita ketahui maksud dan hikmatnya.
Para jamaah haji melintasi daerah miqat dari ikhtiar
kedaerah keterikatan.Mereka tidak memakai pakaian yang berjahit,tidak memakai
wangi-wangian,tidak mencukur janggut atau memotong rambut, tidak berdebat dan
bertengkar.Semua perintah khusus itu diberikan kepada Jemaah yang melintasi daerah
miqat. Dengan melintasi daerah itu bererti ia telah mengikat dirinya.
Allah Ta’ala yang
memberikan perintah itu telah menetapkan kewajipan khusus bagi Jemaah haji.Anda
sebagai orang mukmin telah memasukkan diri sendiri kedalam sektor taklifat
Allah untuk membatasi diri dan hak memilih.Ini bertujuan agar Allah Ta’ala reda
kepada anda dan sudi memberikan keampunan serta pahala.KeredaanNya akan anda
perolehi bila anda menunaikan kewajipan haji dengan mengikuti semua hikmah amal
ibadah yang diperintahkan Allah kepada anda. Yang penting anda melakukan semua
semata-mata kerana perintah itu datangnya daripada Allah Ta’ala.Kalau anda
melakukan dengan niat ikhlas maka kalbu anda akan dipenuhi oleh rasa tenang,
tenteram dan reda.Di sinilah letak perbezaan antara taklif manusia untuk manusia
dengan taklif al-Khaliq untuk makhluk-Nya.
Kalau ada orang yang
menyuruh anda melakukan sesuatu, anda boleh bertanya, kenapa saya harus melakukannya.akan tetapi jika Allah Ta’ala
yang mentaklifkan perintah itu maka pekerjaan yang paling layak dan bahkan
terhormat untuk diri sendiri ialah dengan mentaati perintah-Nya.Janganlah anda
bertanya, kenapa saya harus melakukannya dan apa hikmahnya.Tetapi bertanya,
apakah ini perintah Allah Ta’ala.Kalau ya, pasti Allah Ta’ala selalu menghendaki
kebaikan untuk hambaNya. Allah tidak akan memutuskan sesuatu melainkan dengan
kebaikan. Kebaikan-Nya sentiasa lebih besar dan luas sehingga fikiran kita
manusia tidak boleh menjangkaukannya.Kebaikan-Nya dalam hal seperti ini jauh
lebih besar untuk anda jankau.
Ketika berbicara dengan makhluk-Nya, Allah Ta’ala tidak
berbicara dengan taklif.Dia tidak pernah memerintah hamba-hamba-Nya dengan perkataan.”kerjakan
ini,dan yang ini jangan!’ Tetapi Allah
selalu memulai perintah dan
larangan-Nya dengan awalan, “Hai orang-orang beriman!”
Allah akan membebani hamba-hamba-Nya
dengan taklif-Nya bila mereka sudah beriman kepada-Nya.Kerana
itulah semua perintah dan larangan-Nya dalam al-Qur’anul Karim dimulai dengan
firman-Nya: “Hai orang-orang yang berimann kepada Allah Ta’ala yang Maha Agung yang
memiliki berbagai sifat kesempurnaan yang mutlak, maka seharusnya anda menerima
semua perintah dan larangan-Nya dengan penuh keimanan dan melaksanakannya
dengan keikhlasan sehingga anda akan merasa puas dan tenang.Dengan demikian,
keimanan anda kepada Allah Ta’ala ada ertinya kerana berdasarkan aqidah.Anda
yakin Allah tidak akan memerintah dan melarang jika hal itu tidak mendatangkan
kemunfaatan dan kemaslahatan yang sempurna bagi
diri kita sendiri.
Syariat Allah Ta’la
boleh diterima oleh sifat dan jiwa manusia, baik yang kita ketahui mahupun yang
tidak kita ketahui.Allah menetapkan syariat-Nya.Tidak ada sesuatu pun yang
ghaib daripada ilmu-Nya.Hanya kita saja yang tidak mampu melihatnya secara
lengkap dan sempurna.
Perhatikan bagaimana sikap Abu Bakar Assiddhiq ketika
mendengar suara orang yang mengia dan tidak menyetujui perjalanan Isra dan Mi’raj
Rasulullah SAW. kelangit ke tujuh. Apa yang dikatakannya? Apakah yang dia
perdebatkan? Apakah dia menawarkan masalah itu pada persetujuan akalnya,
seperti yang dilakukan orang-orang kafir dan orang-orang yang lemah iman.Mereka
bertanya kepada Rasulullah SAW.dengan penuh kehairanan.
“Anda mengaku telah
menempuh perjalanan pulang balik ke Baitul Maqdis dalam semalam. Bagaimana
mungkin? Dengan menaiki unta sahaja kamu mengambil masa sebulan.” Mereka menggunakan
berbagai alasan dengan perhitungan lahiriah padalahal yang dipermasaalahkan
adalah hal yang ghaib yang tidak boleh selesai dengan hukum matematik
Abu Bakar Assiddhiq ra.
tidak memakai perhitungan lahiriah dalam menaggapi kisah perjalanan Isra dan Mi’raj
Rasulullah Saw. Kerana itulah dia
mengatakan dengan tegas, ”Kalau yang berkata itu Muhammad tentu perkataannya amat benar.”
Abu Bakar mengembalikan masaalah itu kepada pembicaranya,
Nabi Muhammmad SAW. yang sejak zaman jahiliah digelar al-Amin, yang amanah,
yang tidak berbohong dan berkhianat. Abu bakar tidak pernah berbohong dan
berkhianat. Abu Bakar tidak mengambalikan masaalah itu kepada aqalnya yang
dangkal.Selanjutnya dia berkata, “kalau aku sudah mempercayai berita-berita
dari langit yang dibawanya, apakah tidak lebih layak lagi kalau kita mempercayai kisah perjalanannya”.
Perhatikan pula ucapan Umar bin Khattab ra. ketika hendak
mencium hajar aswad. Katanya, “demi Allah, aku tahu bahawa engkau adalah batu
yang tidak boleh memberi manafaat dan mudharat. Kalau tidak kerana aku melihat
Rasulullah menciunmu, maka aku tidak
akan menciummu”.
Itulah kepasrahan yang
sempurna. Dia tidak memecahkan masaalah syariat dengan ukuran aqalnya yang
terbatas, tetapi mendasarkan pada perintah Allah Ta’ala semata.
Diantara
wajib-wajib yang rahsianya juga tidak boleh dipecahkan oleh aqal adalah wuquf
di Arafah.
No comments:
Post a Comment