Friday 14 August 2015

Rahsia Haji Mabrur: Haji Penyempurnaan Ni'mat Allah

Sumber rujukan: Rahsia Haji Mabrur oleh Prof  Dr. Muhammad Mutawali Asy-Sya’rawi  

            Ibadah haji adalah satu-satunya ibadah yang telah memberikan gelaran istimewa kepada orang mukmin iaitu gelaran haji.Anda tidak mengatakan ‘ahli solat’ kepada seseorang yang rajin solat, atau ‘ahli zakat’ kepada seseorang yang bersemangat mengeluarklan zakat.Akan tetapi anda mengatakan ‘haji fulan’ kepada orang yang sudah menunaikan haji di Baitullah al-Haram.
Ibadah haji suatau pengumuman kepada penyempurnaan ni’mat Allah kepada seseorang, baik dalam kurniaan Rububiyah maupun dalam bentuk ‘Uluhiyyah. Anda tidak akan berhaji tanpa bantuan Allah berupa ni’mat Rububiyah, ketika ada orang memanggil :Hai haji fulan…’Maka tahulah kita bahawa Allah Ta’ala telah memberi kurnia keni’matan yang luar biasa besarnya kepada si haji tersebut Allah memberikan kepadanya ni’mat keimanan, suatu ni’mat yang paling tinggi.
Kalau seseorang muslim sudah menyatakan kesediaan diri akan menunaikan ibadah haji, sudah tentu orang itu sudah menunaikan kesemua rukun Islam yang lain dengan baik dan tertib, seperti solat, zakat dan puasa.Ia bertekad pergi haji untuk melengkapi rukun Islam yang kelima untuk memasukkan dirinya dalam kelompok orang-orang yang diajak berbicara oleh Robbnya sepeerti fitmanNya dalam surah al-Maidah 3:
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَن تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِن دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِّإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih) dan darah (yang keluar mengalir) dan daging babi (termasuk semuanya) dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi dan yang mati ditanduk dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya) dan yang disembelih atas nama berhala dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari agama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redakan Islam itu menjadi agama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang dia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah dia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

            Maksudnya Allah telah menyempurnakan kesemua rukun agama. Allah telah menyempurnakan solat dengan kepergian kaum muslimin ke Baitullah al-Haram untuk solat di sana.Dalam ibadah haji juga ada kewajipan berzakat.
Haji merupakan ibadah harta,sekaligus ibadah jasmani kerana anda telah mengeluarkan harta anda ke jalan Allah.Dalam ibadah haji juga ada puasa, kerana anda diharuskan menjauhkan diri anda dari syahwat jasmani selama berihram.Dalam ibadah haji(pada awal dan sebelum melakukan sesuatu)juga perlu mengucapkan syahadat, tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad Rasulullah.Itulah kesempurnaan al-Den(الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ) bila anda pergi haji demi menyambut panggilan Allah Ta’ala dan memenuhi manasik haji sesuai dengan yang diajarkan dan dicontohkan oleh Rasulullah SAW.
Dalam masa beribadah kepada Allah Ta’ala kita harus menjauhkan diri daripada sikap sombong terhadap sesame kita.Kalau kita pergi kemasjid untuk menunaikan solat, maka kita harus menghayati maksud persamaan dalam ajaran Islam.Yang datang terlebih dahulu akan duduk dishaf pertama tanpa melihat kedudukannya dalam masyarakat, samaada dia seoarang yang kaya atau miskin, seorang pegawai tinggi atau pegawai rendah.
Persamaan dalam beribadah kepada Allah Ta’ala bertujuan menyngkirkan peraan sombong daripada jiwa kaum muslimin, dan mendidik agar selalu bersikap tawadduk dan rendah hari dengan sesama muslim, apatah lagi terhadap Allah Ta’ala yang tidak pernah pilih kasih terhadap makhluk-Nya, apa pun warna kulit, asal keturunan dan kedudukan sosialnya. Allah hanya melihat pada qalbu kita, kerana qalbu itulah yang menjadi ukuran di antara manusia dengan manusia lain tanpa mengendahkan tahap intelektual atau tingkat kemewahannya. Ertinya, semua orang yang menunaikan solat di masjid manapun harus benar-benar menyedari bahawa mereka harus memaruhi aturan yang sudah ditetapkan bagi orang yang menghadap diri dan mengharapkan keredaan ilahi serta bersikap tawaddhuk dan tidak sombong, merendahkan dirinya dan qalbunya dihadapah Allahu Akbar!

            Allah Ta’ala ingin meningkatkan rasa persamaan dan tawaddhuk sesama muslimin bukan hanya di perkarangan masjid-Nya sahaja,tetapi diseluruh alam-Nya dan diantara seluruh umat manusia diantara yang kuat dan yang lemah, di antara umat yang kaya dan yang miskin, dan di antara para penguasa dan rakyat-Nya. Demikianlah kaum muslimin diajar bersikap tawadduk dan menjunjung tinggi rasa persamaan dengan sesamanya dalam menunaikan ibadah haji.Allah Ta’ala ingin mendidik dan memberitahu kepada kita bahawa memang pakaian dan kedudukan kita berbeza, sesuai dengan kedudukan setiap manusia dalam masyarakatnya. Perbezaan selera ternyata dalam memilih jenis dan kualiti bahan, warna dan potongannya.Namun dalam menunaikan ibadah haji, Allah Ta’ala tidak ingin melihat adanya perbezaan warna dan potongan pakaian yang dipakai,sama ada dia seorang raja atau seorang penyapu jalan.Semua harus bersaudara.dalam ibadah haji,pakaian Jemaah haji adalah sama, tidak ada  perbezaan di antara mereka.Duduk mereka bersebelahan, tidak ada yang merasa tinggi dan rendah  di hadapan Allahu Akbar.Bahkan adakalanya raja harus menerima situasi di mana dia duduk atau berjalan di belakang tukang sapu jalan tanpa merasa rendah diri dan sakit hati.Dia harus menyedari bahawa diri-Nya adalah makhluk Allah yang di Padang Masyhar kelak dihadapkan ke pengadilan-Nya bersama dengan tukang sapu jalan itu sekali lagi, seperti dia dikumpulkan di Padang Arafah sekarang ini.
            Allah juga menghendaki agar kita sebagai hamba-Nya memakai pakaian seragam, tidak ada perbezaan antara yang satu dengan yang lain.Dalam ibadah haji, kita dituntut menagggalkan semua simbol dan lambang perbezaan kita, meskipun pada hakikatnya fungsinya dan kedudukan sosial kita berbeza-beza dan tidak boleh dilenyapkan.Namun apabila kita sudah tiba di Miqat al-Bait, maka semua perbezaan dan keistimewaan itu harus ditinggalkan.Pakaian yang tidak berjahit mesti kita kenakan.Semua yang mengerjakan haji memakai pakaian seragam yang serupa.Dengan mematuhi perintah yang difardhukan Allah itu,maka kita telah mengakhiri salah satu sikap membezakan diri dan mengistimewakan peribadi dengan pakaian dan kedudukan. Dengan sendirinya kita sudah menyatakan kerelaansebagai hamba Allah yang patuh dan bersaudara.

No comments:

Post a Comment