Tuesday 28 July 2015

Sudut Feqah: Bermegah-megah Dalam Membina Masjid


Sumber rujukan: Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
1-Ahmad,Abu Daud,al-Nasae’i serta Ibnu Majah meriwayatkan hadis yang disahihkan oleh Ibnu Hibban dari Anas:

عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى يَتَبَاهَى النَّاسُ فِي الْمَسَاجِدِ

Dari Anas bahwa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Tidak akan terjadi Hari Kiamat sehingga manusia berlumba-lumba dan bermegah-megahan dalam membina Masjid.”

Dalam riwayat Ibnu Khuzaimah,lafaznya yang bermaksud sebagai berikut:

“Akan datang suatu masa di mana orang-orang yang hanya suka bermegah-megah menghiasi masjid tanpa menghiasinya dengan amal ibadah,melainkan hanya segelintir orang sahaja.

Rujuk: KitabTamam al-Minnah:Lafaz  kedua-dua hadis ini adalah Dhaif

2-Diriwayatkan oleh Abu Daud serta Ibnu Hibban yang mengkategorikan sebagai sahih, iaitu dari Ibnu Abbas bahawa Nabi SAW. bersabda yang bermaksud:

“Aku tidak diperintahkan untuk meningggikan bangunan masjid(melebihi dari keperluan.”

Maksudnya: Meninggikan bangunan masjid melebihi daripada kadar yang diperlukan.

Abu Daud menambahkan dengan katanya, yang bermaksud:

“Ibnu Abbas berkata:”Pada suatu masa nanti, kamu akan menghiasi masjid sebagaimana yang dilakukan oleh golongan yahudi dan Nasrani.” HR: Abu Daud

3-Ibnu Khuzaimah meriwayatkan sekaligus mensahihkannya bahawa, yang bermaksud:

“Umar menyuruh membina masjid dan berkata:’(Dengan membina masjid itu,) agar kaum muslimin tidak kehujanan, tetapi jangan sekali-kali kamu mewarnai merah dan kuning. Sebab, dengan begitu akan menimbulkan fitnah(melalaikan mereka dari melaksanakan ibadah). HR: Bukhari secara mua’allaq  

Akhir zaman manusia  mengkagumi Umar al-Khattab ra. tapi tidak mengendahkan wasiatnya.Beliau adalah merupakan  diantara salah seorang sahabat yang paling rapat dengan Nabi SAW. dan amat memahami tentang Islam.Akan tetapi manusia diwaktu itu bukan hanya setakat mewarnai masjid dengan merah dan kuning tetapi sudah lebih dari itu sehingga mengukir dan melukis masjid seperti lukisan di atas kanvas atau kertas lukisan. Tidak ada keraguan lagi bahawa memperindah, menghiasi dan bermegah-megahan dalam membangun masjid termasuk perbuatan berlebih-lebihan dan membadzir serta sia-sia(tak berpahala).Lebih-lebih lagi menggunakan duit sumbangan orang ramai dalam hal memperindah dan menghiaskan masjid, sedangkan duit sumbangan itu adalah lebih utama digunakan untuk tujuan pengurusan dan pengimarahan masjid  

Kadang-kadang ada manusia yang beranggapan bahawa memperindah dan menghiasi masjid itu adalah suatu perubahan, sedangkan semua itu adalah material/barang atau alat sahaja.Tetapi yang dimaksudkan dengan perubahan adalah apa yang bersifat dalaman(rohani/jiwa) manusia itu sendiri seperti apa yang difirmankan oleh Allah SWT dalam surah  al-Ra’d,11:
إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ
Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah suatu kaum sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri

No comments:

Post a Comment