Wednesday 15 July 2015

Sudut Feqah: Hari Raya DiSunatkan Mandi, Memakai wangian dan Pakain Yang Terbaik

Sumber Rujukan:
1-Fiqh Manhaji
2-Fiqh Sunnah Oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
3-Nailul Authar oleh Asy-Syaukani
4-Fiqh Islami Wa Adillatuhu oleh Dr Wahbah al-Zuhaili

Disunatkan mandi pada hari raya fitrah dan hari raya adha.Hukum tersebut meliputi mereka yang ingin menghadiri solat atau tidak.Ini kerana hari raya adalah hari untuk berhias,maka disunatkan mandi kerananya. Dalilnya sebagaimana yang diriwayatkan oleh Imam Malik ra. dalam al-Muwatta'(1/177), yang bermaksud:
"Abdullah bin Umar ra. mandi pada hari raya fitrah sebelum beliau pergi ketempat solat.

Diqiaskan hari raya Qurban dengan hari raya fitrah(dari segi hukum sunat mandi pada hari tersebut).

      Amalan sahabat Nabi SAW. ini dikuatkan lagi dengan diqiaskan mandi dua hari raya dengan mandi hari jumaat.Ini kerana makna yang terkandung pada keduanya adalah sama iaitu membersihkan diri bagi menghadiri satu perhimpunan orang ramai (kerana mendirikan solat).

      Ibnu Majah(1315) telah meriwayatkan dengan sanad yang terdapat kelemahan padanya, dari Ibnu Abbas ra. bahawa ia berkata:
"Rasulullah SAW. mandi pada hari raya fitrah dan hari raya Qurban ."
Hadis ini menguatkan lagi dalil yang lalu(amalan sahabat dan Qias)

Waktu Mandi:
Menurut Syafi'e pada kedua-dua hari raya bermula daripada pertengahan malam hari raya.Menurut Maliki pada seperenam terakhir malam dan dianjurkan mandi setelah melakukan solat subuh. Menurut Hanafi dan Hanbali setelah solat subuh sebelum berangkat ketempat solat

Dari Ja'far bin Muhammad dari Ayahnya dari datuknya yang bermaksud:
"Rasulallah SAW.  memakai selendang(Burd Hibrah-selendang yang berasal dari Yaman) buatan Yaman yang indah pada setiap hari raya." Diriwayatkan oleh al-Syafi'e dan al-Baghawi

Dari Hassan al-Shibti, katanya yang bermaksud,
"Rasulallah SAW. menyuruh kami agar pada dua hari raya memakai pakaian terbaik , memakai Wangi-wangian yang terharum dan berkorban dengan haiwan yang berkualiti tinggi.
HR:al-Hakim, tetapi didalam sanadnya terdapat Ishaq bin Barzaj yang dianggap dhaif oleh al-Azdi,sementara Ibnu Hibban menganggapnya dapat dipercayai)
Mustdakrak al-Hakim,jil:4 lhm 230-131 dan Hakim berkata,"sekiranya bukan kerana kejahilan Ishaq bin Barzaj, tentunya saya menghukumkan hadis ini sebagai sahih.Kenyataa ini turut disokong oleh al-Zahabi

Ibnu Qayyum berkata: "Rasulullah SAW. biasa memakai pakaian terbaik pada dua hari raya dan beliau mempunyai sepasang pakaian yang khusus untuk solat dua hari raya dan solat Jumaat."

No comments:

Post a Comment