Sumber Rujukan:
1-Fiqh Sunnah oleh Muhammad al-Sayyid Sabiq
Jumhur Ulama berpendapat,bahawa mengerjakan solat
sunat bagi seseorang yang dibolehkan mengqasarkan solat disebabkan musafir
tidaklah dimakruhkan,samada solat sunat rawatib mahupun solat sunat
lain.Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan,yang bermaksud bahawa:
“Rasulullah
SAW. pernah mandi di rumah Ummu Hani’ pada hari penaklukan kota Mekah, lalu
beliau mengerjakan solat sebanyak lapan rakaat.”
Dari Abdulllah bin Umar yang bermaksud, bahawa:
“Nabi SAW
kerap mengerjakan solat di atas kenderaannya dengan menghadap kearah dituju
kenderaannya sambil memberi isyarat dengan kepala.” HR: Bukhari,
Al-Hassan berkata:”Meskipun sahabat-sahabat Nabi
SAW. sering bermusafir, mereka tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan sesudah solat
fardhu.”Tetapi Ibnu Umar dan Ulama selainnya berpendapat,solat sunat
ketika dalam perjalanan, baik sebelum
atau sesudah solat fardhu,tidak disyariatkan, kecuali solat sunat tengah
malam.Bahkan pada suatu hari, Ibnu Umar melihat sesuatu masyarakat yang
mengerjakan solat sunat setelah fardhu dalam perjalanan, lantas ia menegur,
yang maksudnya:
“Seandainya
aku hendak mengerjakan solat sunat, tentulah aku akan mengerjakannya solat
fardhu dengan sempurna, iaitu tanpa mengqasarkan solat.Wahai anak saudaraku!
Aku pernah mengiringi Rasulullah SAW. ketika dalam perjalanan dan aku
melihatnya tidak pernah melakukan lebih dari dua rakaat hingga wafatnya. Aku
pernah mengiringi Abu Bakar dalam suatu perjalanan, namun solatnya tidak
melabihi dari dua rakaat.Demikian pula halnya Umar dan Uthsman.Ibnu Umar
membaca ayat yang berbunyi:”Sesesungguhnya dalam perilaku Rasulullah SAW.itu
terdapat contoh tauladan yang baik bagi kamu.(Surah al-Ahzab:21.” HR:Bukhari
Hadis yang diriwayatkan oleh al-Hassan
disatukan secara maksudnya oleh Ibnu Qudamah, bahawa hadis al-Hasan menyatakan,
tidak ada salahnya bila dilakukan solat sunat ketika bermusafir,sedangkan hadis
Ibnu Umar, tidak ada salahnya pula apabila ditinggalkan.
No comments:
Post a Comment