Thursday 16 July 2015

Sudut Feqah:Mengadakan Permainan, Pertunjukkan, Nyanyian dan Acara Makan


 
Sumber Rujukan: Fiqh Sunnah oleh Muhammad Sayyid Sabiq

Mengadakan permainan,pertunjukan dan nyanyian yang sopan termasuk syiar agama yang disyariatkan Allah pada hari raya sebagai salah satu bentuk riadah jasmani dan membangkitkan rasa kesenangan hati. Ketika Rasulallah SAW datang ke Madinah,orang Madinah sudahpun mempunyai dua hari untuk mereka bermain dan bergembira: Untuk apa anda semua gunakan dua hari ini? Jawab mereka: Untuk kami bermain dimana permainan ini diwarisi turun-temurun dari zaman jahilaiyah lagi.Rasulallah SAW bersabda: Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikan untuk anda semua dengan sesuatu yang lebih baik dari hari itu iaitu dua hari raya. Hari raya Fitrah dan Hari raya Adha.  HR Ahmad,Abu Dawud,Al-Nasei

Dari Aisyah ra. katanya yang bemaksud,
“Orang-orang Habsyi suka mengadakan permainan  di hadapan Rasulullah SAW. pada hari raya.Saya pun menjengukkan kepala saya diatas bahu baginda, dan beliau pun merendahkan kedua bahunya, sehingga saya menyaksikan permainan itu dari atas bahu beliau. Saya melihatnya sampai puas, kemudian saya berpaling untuk pulang.

HR: Ahmad, Bukhari dan Muslim.Bukhari dalam bab al-Hirab wa al-darq Yawm al-Id(Bab: Bermain tombak dan kemahiran memasang baju besi pada hari Raya).Bab al-ruskhsha fi al-La’bi al-Lazi la ma’syiah  fihi fi Ayyam al-‘id(Bab: Dibolehkan mengadakan permainan yang tidak mengandungi maksiat pada hari raya) jil2 hlm 609-610.Al-Nasa’ei dalam kitab:Shalah al-‘idain:bab, al-La’abu baina yaday al-imam(Bab: bermain dihadapan imam.jil3 hlm 195.

Dari Aisyah ra. katanya yang bermaksud:

“Pada suatu hari raya, Abu Bakar masuk ketempat kami,padahal disisi kami ada dua orang hamba perempuan yang sedang menyanyikan syair-syair mengenai peperangan Bu’ath, dimana ramai diantara tokoh-tokoh dari kedua suku Aua dan Khazraj mati terbunuh.Melihat itu Abu Bakar berkata: “Wahai para hamba Allah! Bukankah ini nyanyian syaitan? Perkataan ini diulangi hingga tiga kali. Kemudian sabda Rasulullah SAW.: ”Wahai Abu Bakar! Setiap kaum mempunyai hari raya dan hari ini adalah hari raya kita.” HR:Ahmad, al-Bukhari dan Muslim.

Bu’ath adalah nama benteng milik Aus.Peperangan di Bu’ath merupakan antara peperangan yang masyhur dikalangan masyarakat Arab, dimana ramai puak Aus yang terkorban dalam peperangan ini berbanding puak al-Khazraj.

Menurut lafaz Bukhari, dinyatakan maksudnya:

“Rasulullah SAW masuk ketempatku kebetulan disana ada dua orang hamba perempuan sedang menyanyikan syair-syair perang Bu’ath. Beliau terus masuk dan berbaring di ranjang sambil memalingkan kepalanya. Tiba-tiba pula masuk Abu Bakar dan membentakku, dengan berkata:”Kamu sungguh berani meniup seruling syaitan dihadapan Nabi SAW? Mendengar itu Nabi SAW. pun menoleh kepadanya dengan katanya:Biarkanlah mereka! Kemudian setelah beliau terlena’aku pun memberi isyarat kepada mereka supaya keluar, dan mereka pun pergi. Setiap hari raya ramai orang Sudan mengadakan permainan senjata dan perisai; adakalanya aku meminta kepada Nabi SAW. untuk melihat dan adakalanya beliau menawarkan: Mahukah kamu melihatnya? Aku jawab:’Ya’ Kemdian beliau menyuruh aku berdiri di belakangnya,sehingga kedua pipi kami bersentuhan, lalu bersabda:’Teruskan wahai Bani Asfadah’. Demikianlah sehingga aku berasa bosan, maka beliau bertanya: ‘Cukupkah’? dan aku menjawab: ‘cukup’. ‘Kalau begitu pergilah’! Perintah beliau pula.

Dalam pada itu, al-Hafiz berkata dalam Fath al-Bari, “Ibnu al-Siraj meriwayatkan dari Abu al-Zinad dari ‘Urwah, dari ‘Aisyah ra. bahawa Nabi SAW. ketika itu bersabda yang bermaksud:

“Hendaklah orang-orang Yahudi Madinah itu mengetahui bahawa dalam agama kita ini cukup memiliki keluasan.Sesungguhnya saya diutus untuk membawa agama yang lurus dan lapang. Rujuk Tamam al-Minnah:(351)

No comments:

Post a Comment