Zakat Fitrah: Zakat fitrah untuk
orang yang beraya di tempat lain
Sumber rujukan:
Fatawa Mua’sirah (Fatwa
kontemporari) oleh Dr Yusuf al-Qaradhawi
Soalan:
Dalam
masaalah zakat fitrah apabila seseorang itu sudah berpuasa sebanyak dua pertiga
daripada bulan Ramadhan di sesebuah tempat(contohnya di sesebuah negeri) dan
dia berniat bagi menyempurnakan puasanya itu di tempat lain dan beraya di sana.
Maka di manakah dia wajib mengeluarkan zakat?
Jawapan:
Setiap
Muslim perlu mengeluarkan zakat fitrah di negeri yang didiami pada malam
pertama bulan Syawal. Ini kerana sebab pensyariatan zakat ini bukan disebabkan
puasa. Tetapi disebabkan fitrah(hari berbuka puasa). Oleh sebab itu. Lafaz zakat
ini disandarkan kepadanya, iaitu zakat fitrah.
Dengan itu, sekiranya seseorang itu
meninggal dunia sebelum maghrib pada hari terakhir Ramadhan, maka zakat itu
tidak diwajibkan kepadanya. Hal ini berlaku meskipun dia sudah berpuasa selama
sebulan.
Sebaliknya jikalau seseorang anak
dilahirkan selepas maghrib pada hari terakhir dibulan Ramadhan, iaitu malam
pertama bulan Syawwal, maka diwajibkan zakat pada dirinya. Hal ini disepakati
oleh para ulama. Ini kerana, zakat fitrah berhubung kait dengan hari raya dan
keseronokan pada hari tersebut, apabila ia melibatkan golongan fakir dan miskin.
Oleh sebab itu, sebuah hadith menyatakan;
أغنوهم عن
الطواف في هذا اليوم
Cukuplah
keperluan mereka pada hari ini,HR Malik
No comments:
Post a Comment