Solat berjamaah: Sesiapa yang ucapan 'AMIIN( آمِيْنَ ) ' nya bersamaan dengan 'AMIIN( آمِيْنَ ) ' nya Malaikat, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ سُمَيٍّ مَوْلَى أَبِي بَكْرٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ السَّمَّانِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَالَ الْإِمَامُ { غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ }
فَقُولُوا آمِينَ فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ الْمَلَائِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ تَابَعَهُ مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنُعَيْمٌ الْمُجْمِرُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ
Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Maslamah dari Malik dari Sumayya mantan budak Abu Bakar, dari Abu Shalih As Siman dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika Imam membaca { غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ } maka ucapkanlah 'AMIIN'. Karena siapa yang ucapan 'AMIIN' nya bersamaan dengan 'AMIIN' nya Malaikat, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni." Hadits ini dikuatkan oleh Muhammad bin 'Amru dari Abu Salamah dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, dan Nu'aim Al Mujmir dari Abu Hurairah." HR Bukhari, 782.
Banyak hadith yang menyebutkan betapa besarnya kelebihan mengucapkan perkataan amin bersama imam. Mengucapkan perkataan amin bersama-sama dengan imam supaya ianya berlaku serentak dengan amin yang diucapkan oleh para malaikat. Al-Hafiz Ibnu Hajar.
Al-Syafi'i berkata dalam al-Umm: "Disunatkan bagi makmum menyebut amin walaupun imam tidak menyebutnya, samaada meninggalkannya dengan sengaja atau terlupa.
Al-Hafiz Ibn Hajar berkata: "Perkataan amin dibaca dengan dimadkan huruf alif, iaitu dipanjangkan sekadar dua harkat dan di'takhfif'kan huruf mim iaitu tidak ditasydidkan ( آمِيْنَ ) . Hanya cara bacaan seperti ini sahaja yang didapati dalam semua riwayat hadith dan yang dinukilkan daripada semua ulama qiraat kecuali al-Waahidi yang telah meriwayatkan daripada Hamzah dan Kisa'i bahawa kedua-dua mereka telah membaca amin dengan 'imalah'.
Selain bentuk bacaan di atas ada lagi tiga bentuk bacaan, akan tetapi semuanya dikira syaz(buruk), iaitu tidak sah dibaca didalam solat.
Tiga bentuk bacaan yang tidak sah dibaca didalam solat ialah:
1- Dibaca dengan diqasarkan huruf Alif, iaitu huruf Alif dibaca sekadar satu harakat dan tidak ditasydidkan huruf mim,iaitu أَمِيْنَ.
2-Dibaca dengan ditasydid huruf mim dan dimadkan huruf alif iaitu dipanjangkan sekadar dua harakat,iaitu آمِّيْنَ.
3-Dibaca dengan ditasydid huruf mim dan diqasarkan huruf alif iaitu dibaca sekadar satu harakat,iaitu أَمِّيْنَ.
Al-Hafiz Ibn Hajar berkara lagi: "Perkataan amin ( آمِيْنَ ) ialah satu ismu fi'lin ( اسم فعل ), iaitu kata nama perbuatan. Mengikut jumhur ulama iaitu majoriti ulama, maknanya Tuhan kami,perkenankanlah. Mengikut al-Baghawi ialah,'Wahai Tuhan kami,dengarlah dan perkenankanlah'. Syarh al-Sunnah(jil 2,hlm. 211). Ada sebilangan ulama memberi makna berlainan daripada makna tadi tetapi semua makna lain pada hakikatnya sama dengan makna yang telah diberikan oleh majoriti ulama. Fath al-Bari (jil.2,hlm. 306)
No comments:
Post a Comment