Tuesday 8 May 2018

Solat Tahiyat al-Masjid dan I'tikaf di dalam Masjid

Solat Tahiyat al-Masjid dan I'tikaf di dalam Masjid

Pengertian Masjid

Masjid ialah mana-mana tempat yang diwakafkan untuk solat, sama ada diketahui dengan yakin atau dengan zan sahaja (berlaku wakafnya itu). 
Justeru itu, mana-mana tempat yang diwakafkan untuk solat lima waktu, walaupun tempat tersebut tidak didirikan solat jumaat, maka ianya dihukum sebagai madjid. Rujuk: al-Ihatah bi Ahammi Masa'il al-Haid wa al-Istihadah (hlm. 55)

Berdasarkan kepada keterangan di atas, selain masjid yang didirikan solat Jumaat, kita juga dituntut menunaikan solat Tahiyat al-Masjid ketika memasuki tempat-tempat yang mempunyai ciri-ciri masjid seperti surau,madrasah dan musola, walaupun ianya terletak di tempat terbuka di kawasan awam. Rujuk: Hasyiah Qalyubi wa 'Umairah (jil. 2, hlm. 215) dan Hawasyi al-Syarwani 'ala Tuhfah al-Muhtaj bi syarh al-Minhaj (jil. 2, hlm. 233)

Solat Tahiyat al-Masjid setelah memasuki masjid

Yang dimaksudkan solat Tahiyat al-Masjid ialah solat sunat dua rakaat dengan tujuan menghormati masjid. Banyak riwayat-riwayat hadith yang menyuruh seseorang yang memasuki masjid agar bersolat dua rakaat terlebih dahulu sebelum duduk sebagai menghormati masjid. Antara hadith-hadith tersebut ialah yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ السَّلَمِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

Telah menceritakan kepada kami 'Abdullah bin Yusuf berkata, telah mengabarkan kepada kami Malik dari 'Amir bin 'Abdullah bin Az Zubair dari 'Amru bin Sulaim Az Zaraqi dari Abu Qatadah As Salami, bahwa Rasulullah Salallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Jika salah seorang dari kalian masuk masjid, maka hendaklah ia solat dua rakaat sebelum ia duduk." HR Bukhari, 425. Muslim,1166.

Dan juga hadith,

حَدَّثَنَا خَلَّادُ بْنُ يَحْيَى قَالَ حَدَّثَنَا مِسْعَرٌ قَالَ حَدَّثَنَا مُحَارِبُ بْنُ دِثَارٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ أَتَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الْمَسْجِدِ قَالَ مِسْعَرٌ أُرَاهُ قَالَ ضُحًى فَقَالَ صَلِّ رَكْعَتَيْنِ وَكَانَ لِي عَلَيْهِ دَيْنٌ فَقَضَانِي وَزَادَنِي

Telah menceritakan kepada kami Khallad bin Yahya berkata, telah menceritakan kepada kami Mis'ar berkata, telah menceritakan kepada kami Muharib bin Ditsar dari Jabir bin 'Abdullah berkata, "Aku datang menemui Nabi sallallahu 'alaihi wasallam saat beliau berada di masjid -Mis'ar berkata, "Menurutku Jabir berkata, 'Saat waktu duha.'- Jabir bin 'Abdullah berkata, "Beliau bersabda: "Solatlah dua rakaat." Ketika itu beliau mempunyai hutang kepadaku. Maka beliau membayarnya dan memberi tambahan kepadaku." HR Bukhari,424 dan HR Muslim,1168.

Berdasarkan dua hadith di atas, mengikut mazhab Syafi'i, disunatkan untuk solat Tahiyat al-Masjid bagi sesiapa sahaja yang memasuki masjid pada bila-bila masa melainkan Masjidilharam. Iaitu dengan melakukan solat Tahiyat al-Masjid sebanyak dua rakaat dan makruh meninggalkannya tanpa uzur syar'i (uzur yang dibenarkan oleh syarak).

Al-Nawawi berkata : " Sunat Tahiyat al-Masjid terhasil dengan melakukan solat fardu dan solat sunat lain ketika mula-mula memasuki masjid, walaupun tidak diniatkan solat sunat Tahiyat al-Masjid ketika melakukan takbiratulihram untuk solat fardu atau solat sunat tersebut. Alasannya kerana pengjormatan masjid telah berlaku dengan sebab didirikan solat fardu dan solat sunat tersebut yang dilaksanakan selepas mula-mula memasuki masjid. Rujuk Mughni al-Muhtaj,al-Syeikh al-Syarbini (jil. 1 hlm. 224) dan Minhaj al-Talibin, Imam al-Nawawi, bab solat al-Nafl.

Imam al-Nawawi berkata dalam al-Azkar: "Sebahagian ulama Syafi'i berkata: " Sesiapa yang memasuki Masjid, tetapi tidak berkesempatan melakukan solat Tahiyat al-Masjid kerana berhadas atau sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan maka disunatkan baginya nengucapkan ucapan berikut:

سُبْحَانَ اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ

Al-Syeikh al'Syarbini berkata dalam Mughni Muhtaj (jil. 1, hlm. 224): "Solat sunat Tahiyat sl-Masjid akan luput apabila seseorang itu duduk dalam masjid walaupun sekejap, melainkan apabila dia duduk kerana terlupa dan jangka masa terlupa itu sekejap sahaja. Pendapat ini telah dimuktamadkan oleh Imam al-Nawawi dalam kitabya al-Tahqiq.

Apabila seseorang masuk Masjidilharam, maka hendaklah dia melakukan tawaf terlebih dahulu. Setelah selesai tawaf, barulah disunatkan baginya solat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah kerana di dalam Masjidilharam ada Kaabah. Penghormatan kepada kaabah adalah dengan tawaf. Maksudnya penghormatan terhadap Kaabah diutamakan terlebih dahulu berbanding dengan Masjidilharam. Ibid

Ber'ktikaf didalam Masjid

Ini juga satu kelebihan yang akan diperolehi bagi mereka yang datang ke Masjid untuk solar berjamaah. Sebenarnya kelebihan beri'tikaf itu secara tidak langsung berlaku seiring dengan solat Tahiyat al-Masjid. Ini adalah kerana syarat asas bagi menentukan sah atau tidak sahnya i'tikaf dan solat Tahiyat al-Masjid ialah Masjid.

I'tikaf disyari’atkan berdasarkan dalil dari Al Quran, sunnah, dan ijma’. Berikut dalil-dalil pensyari’atannya.

Firman Allah ta’ala,

وَعَهِدْنَا إِلَى إِبْرَاهِيمَ وَإِسْمَاعِيلَ أَنْ طَهِّرَا بَيْتِيَ لِلطَّائِفِينَ وَالْعَاكِفِينَ وَالرُّكَّعِ السُّجُودِ

“Dan telah Kami perintahkan kepada Ibrahim dan Ismail: “Bersihkanlah rumah-Ku untuk orang-orang yang thawaf, yang i’tikaf, yang ruku’ dan yang sujud.” Al Baqarah: 125

Firman Allah ta’ala,

وَلا تُبَاشِرُوهُنَّ وَأَنْتُمْ عَاكِفُونَ فِي الْمَسَاجِدِ

“(tetapi) janganlah kamu campuri mereka itu, sedang kamu beri’tikaf dalam masjid.” Al Baqarah: 187.

Hadits riwayat Ummu al-Mukminin, ‘Aisyah radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan,

أَنَّ النَّبِىَّ – صلى الله عليه وسلم – كَانَ يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ حَتَّى تَوَفَّاهُ اللَّهُ ، ثُمَّ اعْتَكَفَ أَزْوَاجُهُ مِنْ بَعْدِهِ

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan hingga beliau wafat, kemudian para istri beliau beri’tikaf sepeninggal beliau.”HR Bukhari dan Muslim

Hadith riwayat Ibnu ‘Umar radhiallahu ‘anhu, beliau mengatakan,

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – يَعْتَكِفُ الْعَشْرَ الأَوَاخِرَ مِنْ رَمَضَانَ

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.”HR Bukhari dan Muslim

Al-Nawawi rahimahullah mengatakan,

فالاعتكاف سنة بالاجماع ولا يجب إلا بالنذر بالاجماع

“Hukum i’tikaf adalah sunnah berdasarkan ijma dan ulama sepakat bahwa i’tikaf tidak berhukum wajib kecuali seorang yang bernazar untuk beritikaf. Al Majmu’ 6/475; Asy Syamilah

I'tikaf dari segi bahasa bermaksud berhenti, menahan dan membiasakan diri dalam melakukan sesuatu perkara,samaada baik atau jahat. Dari segi syarak ialah diam atau berhenti di dalam masjid dengan tujuan mendekatkan diri atau beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala. Rujuk: Mughni al-Muhtaj,al-Syeikh al-Syarbini(jil. 1,hlm. 449-450)

Rukun-rukun i'tikaf ialah:

1-Orang yang beri'tikaf.
2-Tempat beri'tikaf.
3-Perbuatan berhenti.
4-Niat beri'tikaf.

Kesimpulannya sesiapa yang memasuki masjid, kemudian dia berhenti dalam keadaan berdiri, maka ini bererti dia telah memenuhi tiga rukun. Justeru itu, supaya sempurna rukun i'tikaf dan dia perlu pula mendapat pahalanya, dia hanya perlu berniat i'tikaf sahaja.

Berdasarkan huraian di atas mengenai i'tikaf, maka kita dapat memahami bahawa berniat i'tikaf terlebih dahulu sebelum menunaikan solat Tahiyat al-Masjid akan menjadikan pahala berganda dan semakin besar berbanding solat Tahiyat al-Masjid tanpa niat i'tikaf. Rujuk: Takmilah Ziadah al-I'anah

Justeru itu,jelaslah bahawa kelebihan i'tiikaf sebenarnya seiring dengan kelebihan solat Tahiyat al-Masjid.

Bagaimanakah hukum i’tikaf bagi wanita?

Pendapat jumhur mengatakan i'tikaf dianjurkan juga bagi wanita sebagaimana dianjurkan bagi lelaki. Dalil bagi pendapat ini diantaranya adalah:

Keumuman berbagai dalil mengenai pensyari’atan i'tikaf yang turut mencakupi lelaki dan wanita. Asalnya, segala peribadatan yang ditetapkan bagi lelaki, juga ditetapkan bagi wanita kecuali terdapat dalil yang mengecualikan.Firman Allah ta’ala,

كُلَّمَا دَخَلَ عَلَيْهَا زَكَرِيَّا الْمِحْرَابَ

“Setiap kali Zakariya masuk untuk menemui Maryam di mihrab…” Ali ‘Imran: 37

dan firman-Nya,

فَاتَّخَذَتْ مِنْ دُونِهِمْ حِجَابًا

“Maka ia mengadakan tabir (yang melindunginya) dari mereka…” Maryam: 17

Ayat ini memberitakan bahwa Maryam telah membaktikan dirinya untuk beribadah dan berkhidmat kepada Allah. Dia mengadakan tabir dan menempatkan dirinya di dalam mihrab untuk menjauhi dari manusia. Hal ini menunjukkan bahawa beliau beri'tikaf. Meskipun perbuatan Maryam itu merupakan syari’at umat terdahulu, namun hal itu juga termasuk syari’at kita selama tidak terdapat dalil yang menyatakan syari’at tersebut telah dihapus.

No comments:

Post a Comment