Amalan-amalan utama pada Bulan Ramadhan
Ketika bulan Ramadhan umat Islam digalakkan memperbanyakkan amal ibadat sebaik mungkin bagi mendapatkan fadilat yang tinggi di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Antara amalan utama dan besar pahalanya pada bulan ini adalah:
2- Menghidupkan malam Ramadhan dengan ibadah sunat (Tarawih,Tahajjud,Witir dan sebagainya).
ِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah Saallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa menegakkan/qiyam(untuk beribadah) Ramadhan kerana iman dan mengharap pahala, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu". HR Bukhari,36,Muslim,759.
Menurut Imam Nawawi, yang dimaksudkan qiyam ramadhan dalam hadith di atas ialah solat Tarawih. Namun, ada ulama yang memberi makna umum iaitu segala solat sunat yang dilakukan untuk menghidupkan malam dengan qiamullail. Justeru itu, menurut pandangan yang kedua ini, termasuk dalam qiyam Ramadhan ialah solat Tarawih, solat Tahajud, solat Witir dan ibadah-ibadah lain yang dikerjakan pada malam Ramadhan. Syarh Sahih Muslim ,Imam Nawawi. Raudhah al-Muttaqin Syarh Riyadh ash Salihin
No comments:
Post a Comment