Tuesday 8 May 2018

Tempat di dalam Syurga untuk orang pergi ke Masjid dan kembali darinya

Tempat di dalam Syurga untuk orang pergi ke Masjid dan kembali darinya

حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ قَالَ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُطَرِّفٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ وَرَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ نُزُلَهُ مِنْ الْجَنَّةِ كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ

Telah menceritakan kepada kami 'Ali bin 'Abdullah berkata, telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun berkata, telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin Mutharrif dari Zaid bin Aslam dari 'Atha bin Yasar dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Barangsiapa datang ke masjid(untuk solat berjamaah) di pagi dan petang hari, maka Allah akan menyediakan baginya tempat tinggal yang baik di syurga setiap kali dia berangkat ke masjid di pagi dan petang hari." HR Bukhari,662.

Cuba bayangkan betapa hebatnya kediaman di dalam syurga yang dijanjikan oleh Allah Subhanahuwata'ala yang memerintah langit dan bumi. Itulah kelebihan yang diberikan untuk mereka yang pergi dan pulang dari masjid. Lantaran itu, cuba bayangkan alangkah besarnya pahala dan ganjaran yang akan diperolehi oleh mereka yang solat berjamaah.

Hadith-hadith seperti ini bukan sahaja diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, malahan juga diriwayatkan Ibn Khuzaiman dalam Sahih Ibn Khuzaimah, Kitab al-Imamah fi al-Salah,dan juga Ibn Hibban dalam al-Ihsan fi Taqrib Sahih Ibn Hibban, Kitab al-Salah(jil 5,hlm 385)

Imam Muslim meriwayatkan hadith berikut,

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ قَالَا حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُطَرِّفٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ غَدَا إِلَى الْمَسْجِدِ أَوْ رَاحَ أَعَدَّ اللَّهُ لَهُ فِي الْجَنَّةِ نُزُلًا كُلَّمَا غَدَا أَوْ رَاحَ


Telah menceritakan kepada kami Abu Bakr bin Abu Syaibah dan Zuhair bin Harb keduanya berkata; telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah mengabarkan kepada kami Muhammad bin Mutharrif dari Zaid bin Aslam dari 'Atha` bin Yasar dari Abu Hurairah dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam, beliau bersabda: "Barangsiapa berangkat pagi atau petang hari ke masjid(untuk solat berjamaah), maka Allah akan mempersiapkan persinggahan baginya di syurga, Itu dilakukan-Nya setiapkali keberangkatan pagi atau petang hari." HR Muslim,1073.

No comments:

Post a Comment