Tuesday 8 May 2018

Solat berjamaah: Tuntutan mendengar dan memberi perhatian pada bacaan Imam

Solat berjamaah: Tuntutan mendengar dan memberi perhatian pada bacaan Imam

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Dan apabila dibacakan Al Quran, maka dengarkanlah baik-baik, dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat. Al-A'raf:204.

Berdasarkan ayat di atas, al-Syeikh Mohammad al-Syarbini al-Khatib berkata ketika menghuraikan matan Minhaj al-Talibin oleh al-Nawawi: "Tidak disunatkan bagi makmum ketika solat jahriyah membaca apa-apa surah (selepas membaca surah al-Fatihah). Bahkan disunatkan baginya mendengar (dan memerhatikan dengan penuh khusyuk) bacaan surah oleh imam. Mughni Muhtaj (jil 1, hlm 163)

Sementara dalil hadith bagi menyokong ayat al-Quran di atas pula ialah,

إِذَا كُنْتُمْ خِلْفِيْ، فَلَا تَقْرَؤُوْا إِلَّا بِأُمِّ الْقُرْآنِ٠

Maksudnya: "Apabila kamu (solat) di belakang (sebagai makmum), maka janganlah kamu membaca selain surah al-Fatihah sahaja. HR Tirmizi, hasan sahih.

No comments:

Post a Comment