Friday 4 December 2015

Sudut Feqah: Orang Yang Mampu Bekerja Adalah Haram Menganggur


Sumber Rujukan:
Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi
 
Tidaklah dibenarkan seorang muslim itu malas bekerja hanya dengan alasan ingin beribadah dan bertawakkal semata-mata kepada Allah, kerana langit tidak akan menurunkan emas. Tidak benar juga jika dia bersandar kepada belas kasihan orang, manakala dia mampu bekerja untuk mencukupi keperluan keluarganya sendiri. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda:
 
 لَا تَحِلُّ الصَّدَقَةُ لِغَنِيٍّ ، وَلَا لِذِي مِرَّةٍ سَوِيٍّ
"Tidaklah halal sedekah bagi orang kaya dan orang yang mempunyai kekuatamn fisik yang baik”. HR: Tirmizi
Termasuk satu aspek yang dilarang dan diharamkan Rasulullah adalah mengemis, kerana perbuatan itu akan mengotori imej baik dirinya sendiri, harga diri dan kehormatannya, padahal tidak ada alasan mendesak untuk menjadi pengemis, Dalam hadis Rasulullah SAW. bersabda:
الَّذِي يَسْأَلُ النَّاسَ مِنْ غَيْرِ حَاجَةٍ كَمَثَلِ الَّذِي يَلْتَقِطُ الْجَمْرَ
“Orang yang mengemis tanpa adanya kepentingan, serupa dengan orang yang mengambil bara api dengan tangannya”.HR Baihaqi dan Ibnu Khuzaimah.
Dalam hadis lain Nabi SAW. bersabda:
 مَنْ سَأَلَ ألَنَّاسِ لِيُثْرِيَ بِهِ مَالَهُ كَانَ خُمُوشًافِي وَجْهِهِ إِلَى يَوْم أَلقيامَةِ.وَرَضْفًا يَأْكُلُهُ مِنْ جَهَنَّمَ
فمَنْ شَاءَ تَرَكَ إِلا أَنْ يَسْأَلَ ذَا سُلْطَانٍ أَوْ فِي أَمْرٍ لا يَجِدُ مِنْهُ بُدّا
“Sesiapa yang mengemis kepada manusia kerana untuk memperbanyakkan hartanya, maka perbuatan itu akan menjadi guratan hitam diwajahnya sampai hari Qiamat, dan batu panas dari neraka jahanam yang dimakannya. Maka sesiapa yang berkehendak. Maka sesiapa yang berkehendak, maka mestilah hal itu ditinggalkan, kecuali jika dia meminta kepada orang yang mempunyai wewenang(kedudukan) atau alam suatu keadaan yang tidak ada lagi jalan keluarnya.” HR: Tirmizi
Peringatan keras semacam ini merupakan bimbingan Rasulullah SAW. untuk menjaga kehormatan,harga diri, kemandirian seseorang dan tidak selalu berharap kepada pemberian dan bantuan orang lain.  

No comments:

Post a Comment