Tuesday 15 December 2015

Sudut Feqah: Jauhi Pub Dan Bar

Sumber Rujukan:

Halal dan Haram menurut Perspektif Islam  oleh Dr. Yusuf Al-Qardhawi

Seseorang Muslim diperintahkan untuk menjauhi bar,diskotik dan tidak bercampurgaul dengan mereka yang suka minuman keras(khamar @ arak). Umar ra. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda:
مَنْ كَنَ يُؤْمِنُ بِالَّله وَألْيَوْمَ أَلْآخِرِ فَلَا يَقْعُدْ عَلَى مَاءِدَةٍ تُدَارُ عَلَيْهَا أَلْجَمْرُ.   رواه أحمد

“Sesiapa beriman kepada Allah dan Hari Akhir, maka dia tidak boleh duduk di sebuah jamuan di mana minuman keras ditawarkan”
Seseorang muslim diperintahkan untuk mengubah kemungkaran ketika melihatnya, dan jika tidak sanggup mengubahnya, dia mesti meninggalkan tempat itu.Sebagaimana Hadith riwayat Abu Said al-Khudri

“Barangsiapa yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya, sekiranya dia tidak mampu, maka dengan lisannya, dan sekiranya dia tidak mampu (juga), maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemah keimanan.” (Riwayat Imam Muslim). 

 Di dalam atsar yang diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz ra. disebutkan bahawa dia mencambuk peminum-peminum keras bersama dengan mereka yang menyaksikannya, walaupun mereka tidak ikut minum. Diriwayatkan juga pada suatu hari dilaporkan kepadanya mengenai suatu kaum yang meminum minuman keras, maka diapun mengarahkan agar mencambuk mereka semua. Ada yang protes: “Di antara mereka ada si Fulan yang suka berpuasa.” Dia menjawab: “Mulakanlah daripada dia. Tidakkah kalian dengar firman Allah:

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلَا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا
“Dan sesungguhnya Allah telahpun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: Apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang munafik dan orang kafir di dalam Neraka Jahanam." (An-Nisa:140)

 

No comments:

Post a Comment